Gaya Hidup By: Yanie Baharom April 23, 2018 @ 3:00pm

Ikuti Tip 5 Selebriti Wanita Ini, Pasti Langsing Dan Sihat

Jika minggu lalu, Hijab & Heels membicarakan topik “Diet Aneh Golongan Selebriti, Berkesan Tapi Membahayakan Nyawa”, edisi kali ini kami merakamkan pula pengakuan lima selebriti jelita tempatan sekaligus merungkai rahsia mereka menjaga bentuk badan agar kekal langsing walaupun sudah berkeluarga dan mempunyai anak.

Memang tidak dinafikan melihat bentuk tubuh ramai selebriti wanita tempatan, boleh buat kita makan hati dibuatnya. Sudahlah wajah cun, pakai apapun cantik terletak.

Kesihatan dan kelangsingan tubuh badan itu penting bagi mengekalkan imej muda dan sihat sentiasa. Ia sedikit sebanyak meningkatkan keyakinan diri lebih-lebih lagi bidang kerja mereka memerlukan mereka tampak cantik di depan lensa.

Nak tahu rahsia Izara Aishah, Erra Fazira, Fouziah Ghous, Nora Danish dan Diana Danielle kekal langsing, jom ikuti temubual ini.

Izara Aishah

Foto : The Aida Sue

“Saya gemar menari dan itu cara senaman saya. Hampir setiap hari itulah rutin harian dan lakukannya dengan konsisten sekurang-kuraangnya satu jam sehari. Selain itu saya turut ke gym,” – Izara Aishah

Erra Fazira

Foto : Rojak Daily

“Biasanya saya akan mengambil heavy brunch dan sajian yang sangat ringan untuk makan malam. Saya akan makan malam sejurus selepas waktu Maghrib yakni sebelum 8 malam. Saya percaya tentu ada sebab kenapa waktu berbuka puasa ditetapkan sekitar waktu berkenaan,” – Erra Fazira.

Nora Danish

Foto : My News Hub

“Yoga dan MMA (Mixed Martial Arts) bila ada kelapangan. Memandangkan rutin harian saya yang sentiasa padat dengan kerjaya seni, perniagaan dan kembali mempunyai anak kecil sejak melahirkan baby Ney Ney dua bulan lalu, paling tidak pun cuba lakukan squat dan sit ups di rumah,” – Nora Danish.

Fouziah Gous

Foto : Geng Sembang

“Makan apa saja yang anda mahu cuma kurangkan kuantitinya. Wanita juga jangan malas, make sure setiap hari lakukan senaman 30 minit hingga 1 jam. Sekurang-kurangnya dapat mengeluarkan peluh,” – Fouziah Gous.

Diana Danielle

Foto : Gondang Online.

“Saya turunkan berat badan dengan mengambil makanan berprotein tinggi, rendah karbohidrat dan banyakkan sayur-sayuran serta buah-buahan. Saya berasa kenyang dan masa yang sama makanan yang diambil tidak berat serta rendah kalori. Rambut dan kulit saya juga berada dalam kondisi yang baik apabila saya menjaga pemakanan,” – Diana Danielle.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 15 Jun 2018

Dah Guna Deodoran, Tapi Ketiak Masih Basah? Amalkan 4 Cara Ini

Jangan biarkan diri anda malu dengan keadaan ketiak yang sentiasa basah!

Gaya Hidup Thu, 7 Nov 2019

Coffee Bean & Tea Leaf kumpul RM30,000 bagi pemuliharaan burung enggang

Spesies burung ini diancam oleh pemburuan haram

Gaya Hidup Sat, 24 Nov 2018
Featured Tue, 12 Oct 2021

Nak Bercuti Rentas Negeri Tapi Masih Ragu-Ragu? Jangan Risau, Ikuti 5 Saranan Ini!

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan berita gembira yang dinantikan oleh ramai rakyat Malaysia iaitu kebenaran untuk merentas negeri yang telah berkuatkuasa bermula Isnin, 11 Oktober 2021. Ramai yang sudah merancang untuk […]

Gaya Hidup Thu, 5 Apr 2018

Kaki Kejang Semasa Hamil? Ini Cara Yang Boleh Anda Lakukan

Masalah ini berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot membuatkan otot anda menjadi kejang.

Featured Fri, 12 Jun 2020
Gaya Hidup Fri, 11 Jan 2019

Resolusi 2019: Jom singkap azam baru selebriti terkenal

Selain kerjaya, menyebarkan kasih sayang dan keamanan menjadi fokus selebriti tempatan.

Gaya Hidup Mon, 8 Jan 2018

Jarang Ada Masa Untuk Diri Sendiri? 7 Tips Ini Mesti Buat Anda Senyum Sepanjang Hari

Pasti ramai ibu bapa di luar sana yang setuju jika kami simpulkan bahawa bukan mudah menjadi ibu bapa pada zaman yang begitu mencabar ini, betul kan? Susahnya nak lihat golongan ini senyum lebar di pagi […]

Featured Wed, 12 Feb 2020
Featured Fri, 12 Jun 2020