Gaya Hidup By: tex_admin April 7, 2018 @ 6:00pm

Ini Cara Menjaga Bra Kesayangan Anda Agar Ia Tahan Lebih Lama

Bra merupakan pakaian yang wajib ada di dalam almari bagi setiap wanita. Ini kerana, ia harus dipakai setiap hari. Mesti anda ada koleksi bra kesayangan kan? Kalau kita lihat bra didatangkan dengan pelbagai jenis bentuk dan warna yang berbeza mengikut cita rasa seseorang individu.

Tetapi tahukah anda, semahal mana pun harga bra yang anda beli jika ia tidak dijaga dengan betul pasti akan cepat rosak. Kalau anda perasan bra yang mula rosak adalah apabila besi yang terdapat pada bahagian bra tersebut akan terkeluar daripada jahitan asalnya. Bila anda memakainya sudah rasa tidak selesa dan pasti anda akan buang sahaja bra tersebut. Betul tak? Kalau tak nak situasi ini berlaku lagi, anda perlu mengetahui teknik penjagaan dan pembersihan bra yang betul. Ini kami kongsikan khas buat anda.

1. Tukar dengan kerap 

Anda mesti mempunyai bra yang anda suka pakai kan? Jadi, anda mesti akan kerap memakai bra yang sama kerana lebih rasa selesa. Tetapi anda juga perlu menukar dan memakai bra yang lain jugak tau untuk mengekalkan keanjalannya. Tidaklah bra anda longgar dengan lebih cepat nanti! Jika anda rasa selesa dengan dengan satu jenama bra tersebut, mungkin anda perlu membeli 4 hingga 5 pasang bra yang sama untuk memudahkan anda menukar bra setiap hari. Jadi, anda tidak perlu memakai dengan kerap bra yang sama setiap hari!

2. Cuci dengan tangan

Foto: One Good Thing

Anda perlu mencuci bra anda dengan menggunakan cucian tangan. Anda perlu mencuci bra ini menggunakan air sejuk dan jangan sesekali menggunakan air panas atau suam kerana ia akan merosakkan struktur bra. Sebenarnya, cucian tangan dapat menjamin kebersihan pada seluruh sudut bra tersebut. Selain itu, mencuci menggunakan tangan juga bagus untuk menjaga struktur dan keanjalan bra anda. Kalau boleh, tidak menggunakan mesin basuh kerana ia lama-kelamaan akan merosakkan bra anda. 

3. Gunakan laundry bag

Foto: AliExpress

Sekiranya anda tidak mahu mencuci bra menggunakan tangan ataupun tiada masa, anda boleh menggunakan mesin basuh. Tetapi wajib menggunakan laundry bag bagi menjaga struktur bra supaya tidak rosak. Ini kerana, putaran mesin basuh kuat juga akan menjejaskan bra anda.

4. Jangan gunakan peluntur

Kalau anda perasan pada bahagian bra anda pasti akan ada simbol ini. Jangan ambil mudah tau dengan simbol ini kerana penggunaan bahan peluntur ketika mencuci bra akan merosakkan tali dan kain bra tersebut. Mesti anda akan menyesal nanti!

5. Jemur di bawah matahari

Foto: Portal Madura

Jangan sesekali mengeringkan bra menggunakan mesin pengering kerana ia akan menghilangkan bentuk bra anda. Kalau anda pernah mengeringkan bra menggunakan mesin pengering mesti anda akan melihat perubahan pada bentuk bra anda, ia tidak lagi sama seperti bentuk asal. Selain itu, tali bra juga akan mudah rosak. Sebaiknya, anda perlu menjemur bra tersebut di bawah sinaran matahari.

6. Simpan dengan betul

Biasanya pasti anda akan menyimpan bra bersama baju kan? Lepas ini jangan ya! Anda perlu menyimpan bra di tempat yang khusus agar ia dijaga dengan rapi. Selain itu, anda akan lebih mudah untuk mengambil dan memilih bra anda yang tersusun rapi itu.

Mungkin ada segelintir daripada anda kurang menitik beratkan tentang penjagaan bra ini. Jadi, lepas ini ikuti teknik penjagaan bra ini agar bra kesayangan anda terjaga dan tahan lebih lama. 

Sumber: Cewekbanget 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 7 Mar 2018

Mahu Rasai Penginapan Mewah Seperti Bercuti Di Bali? Jom Ke Aman Rimba Janda Baik!

Terpegun dan terpesona, perasaan yang  terlahir jujur saat menjejakkan kaki di perkarangan Aman Rimba Private Estate, terletak di Janda Baik, yang mengambil masa cuma 50 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

Gaya Hidup Mon, 9 Apr 2018

Ini 10 Restoran Paling Aneh Di Dunia. No. 2 Gerenti Buat Tekak Anda Loya

Kombinasi hidangan yang menyelerakan dan konsep dekorasi yang hebat, pastinya membangkitkan keterujaan untuk pengunjung kembali semuala ke restoran anda.

Featured Wed, 8 Apr 2020

Bila yang berduit dikuarantin di hotel, gelandangan di dewan serba guna, netizen tempelak isu keadilan

 Bersyukurlah ada tempat berlindung, Ecuador biar mayat tepi jalan

Featured Mon, 24 Feb 2020
Gaya Hidup Wed, 26 Sep 2018
Featured Wed, 6 Mar 2019
Gaya Hidup Tue, 3 Apr 2018

Ini Masa Paling Sesuai Untuk Beli Tiket Kapal Terbang Jika Anda Ingin Berjimat

Teringin nak travel tapi jumlah wang simpanan dalam bank tak mengizinkan?

Gaya Hidup Tue, 17 Apr 2018

Ini Sebab Kenapa Anda Tak Patut Biarkan Handphone Anda Dicas Semalaman

Anda pernah dengarkan, yang kita tak patut biarkan telefon kita dicas berlebihan? Kononnya lama-lama kuasa bateri itu akan berkurangan.

Gaya Hidup Wed, 25 Apr 2018

Secawan RM220, Kopi Tahi Gajah Paling Mahal Di Dunia!

Kopi tahi gajah? Wujud ke kopi jenis ini?