Gaya Hidup By: tex_admin April 12, 2018 @ 11:59am

Ini Cara Nak Buat Bila Sinki Dekat Rumah Anda Tersumbat. No. 4 Memang Berkesan!

Masalah sinki tersumbat mesti akan mengganggu kaum wanita yang biasanya adalah orang yang paling sibuk melakukan tugasan di rumah. Pasti menyukarkan! Yela, keadaan sinki yang penuh dengan air membuatkan kita sukar untuk membuat kerja dapur seperti mencuci pinggan, sayur, ikan dan sebagainya.

Jika dibiarkan sinki terus tersumbat, habislah air akan melimpah dan mengotorkan kawasan dapur kita! Jangan risau, kami tahu bagaimana ingin menyelesaikan masalah anda. Hanya lakukan cara ini, sinki anda sudah tidak tersumbat lagi!

1. Sabun pencuci

Anda mesti tidak percayakan bahawa sabun pencuci boleh membantu masalah sinki tersumbat? Sebenarnya, sabun pencuci boleh melarutkan sebarang sisa makanan yang melekat. Caranya pula adalah dengan mengambil beberapa sudu sabun pencuci ke dalam baldi yang mengandungikira-kira dua liter air panas. Kemudian, alirkan air panas tersebut pada lubang sinki anda. Ulang cara ini sekiranya sinki masih tersumbat lagi.

2. Soda penaik dan cuka

Foto: Listerine Foot Soak

Cara ini juga efektif tau, caranya anda perlu mencampurkan 1/3 cawan soda penaik dengan 1/3 cawan cuka. Setelah berbuih, tuangkan terus ke dalam saluran sinki yang tersumbat. Biarkan beberapa minit dan tuangkan pula air panas sehingga sinki kembali normal.  

3. Soda penaik dan garam

Anda juga boleh menggunakan garam! Caranya, campurkan 1/4 cawan soda penaik dan ¼ garam kasar. Kemudian, tuang campuran tersebuat ke dalam sinki dan seperti biasa tuangkan pula air panas. Ulang cara ini sehingga sisa makanan tanggal.

4. Garam

Anda juga boleh taburkan garam kasar ke dalam saluran sinki dan curahkan dengan air panas sehingga sisa makanan tanggal.

5. Cecair peluntur

Foto: Wikipedia

Anda juga boleh menggunakan cecair peluntur! Caranya dengan mencampurkan sedikit cecair peluntur ke dalam saluran sinki dan curahkan air panas sehingga sisa makanan tanggal.

Mudah sahaja kan? Selepas ini jika anda tidak mahu sinki tersumbat, anda boleh melakukan pembersihan sinki ini setiap minggu. Janganlah dah tersumbat baru nak bersihkan! Selain itu, jangan buang secara langsung sisa makanan ke dalam sinki sebaliknya, asingkan terlebih dahulu ke dalam plastik terlebih dahulu sebelum anda mencuci pinggan. Barulah sinki tidak tersumbat lagi!

Sumber: Jelita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 29 Oct 2018

Gara-Gara Beri Anak Minum Coca-Cola, Bapa Dipenjara 3 Bulan!

Anaknya tak cukup makan sebab bapanya habiskan duit beli minuman keras!

Gaya Hidup Wed, 30 May 2018

Badan Terasa Lesu? Jom Tinjau Rawatan Spa Apa Yang Sesuai Dilakukan Ketika Berpuasa

Tiada masalah sama sekali ke spa ketika sedang berpuasa, asalkan rawatan yang dibuat itu tidak memudaratkan dan menyebabkan hidrasi kepada tubuh.

Gaya Hidup Thu, 12 Apr 2018

Enam Taktik Memikat Ini Mampu Membuatkan Lelaki Poket Tebal Jatuh Ke Tangan Anda

Kebanyakan wanita mendambakan lelaki kaya kerana mereka mengejar kemewahaan dan tidak mahu hidup susah.

Gaya Hidup Mon, 18 Jun 2018

Kekal Harum Sepanjang Hari, Follow 6 Tip Ini Yang Membuatkan Pewangi Anda Tahan Lama

Magisnya tentang wangian ia dapat meningkatkan keyakinan diri dan membuatkan mereka berasa istimewa.

Gaya Hidup Sat, 20 Oct 2018

Wanita Ini Dipenjara Kerana Mendisiplinkan Anak Dengan Merampas Telefon Bimbitnya!

Eh, salah ke sebagai ibu untuk berbuat demikian sampai kena masuk jel?

Featured Fri, 29 May 2020
Gaya Hidup Mon, 2 Apr 2018

Sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia: Ini 9 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Austime

Tahukah anda bahawa satu daripada 160 kanak-kanak di dunia adalah kanak-kanak autistik?

Gaya Hidup Mon, 2 Jul 2018
Gaya Hidup Thu, 30 Aug 2018

Nak Tahu Bagaimana Anda Mentafsir Sesebuah Kehidupan, Jom Layan Kuiz Ini

Objek pertama yang anda lihat menerusi gambar ini bakal mengungkap bagaimana anda mentafsir sesebuah kehidupan selain goals yang ingin dicapai!

Featured Thu, 20 Feb 2020

Tapak pengebumian RM300,000, San Diego Hills hanya untuk golongan ‘have-have’!

Harga kubur boleh beli beg tangan Gucci dan sebuah rumah!

| Live TV