Sertai misi di www.jomheboh.com.my dan berpeluang memenangi 5 juta koin Shopee, barangan Xiaomi dan beras ERA!
Gaya Hidup By: Bibi Ramli November 26, 2019 @ 7:07pm

Ini respons betul ketika berdepan dengan individu yang ingin bunuh diri

Ahad lalu, seorang lagi artis K-Pop menamatkan hayatnya dengan membunuh diri. Artis dimaksudkan, Goo Hara mengalami kemurungan kerana bekas teman lelakinya, Choi Jongbum, menderanya dan mengugut untuk mendedahkan video mereka menjalinkan hubungan seks yang dirakam tanpa pengetahuan Hara.

Jongbum ada dibawa ke mahkamah tetapi menurut laporan, dia tidak dikenakan sebarang hukuman. Ditimbuni dengan tekanan berpunca daripada kes ini serta kecaman oleh Netizen, Hara memilih untuk membunuh diri.

Goo Hara (kanan) dan Choi Jongbum. Sumber: Head Topics

Kenyataannya, kes seperti ini dilihat semakin kerap berlaku dan dianggap sebagai satu topik  yang sensitif untuk diperkatakan secara terbuka, namun ia perlu diketengahkan supaya gejala ini dapat dihentikan.

Menurut Ketua Pengarah World Health Organisation, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, setiap 40 saat, seorang individu berjaya membunuh diri. Di Korea Selatan, secara puratanya, seramai 40 orang membunuh diri setiap hari.

Menurut ahli psikologi Dr John Grohol pula, lebih kurang 70 peratus orang yang maut dengan cara ini memberikan petunjuk lisan dan bukan lisan sebelum mereka membunuh diri.

Sebagai orang luar, kita patut peka terhadap petunjuk-petunjuk ini dan memberi respons yang betul dan sesuai. Kadangkala, kata-kata yang kita sangka tidak merbahaya boleh memberi impak negatif kepada golongan ini.

Itu sebabnya kita perlu mengetahui cara yang betul untuk menangani masalah ini. Teruskan baca untuk ketahui pendapat pakar, menurut Says.

Kenal pasti petanda biasa

Pastikan anda peka terhadap perubahan dalam hidup mangsa. Sumber: Medicalnewstoday

Sesetengah orang sudah berfikir lama sebelum betul-betul merancang dan bertindak. “Jadi kita boleh bantu jika kita memberi perhatian lebih kepada golongan ini sejak mula lagi,” kata ahli psikologi klinikal Evone Phoo.

Antara petanda yang dimaksudkan:

  • mengelak daripada berkomunikasi dengan orang
  • murung
  • hilang minat terhadap perkara yang mereka pernah gemari

“Sesetengah orang juga ada memberi petunjuk halus seperti menderma barang kepunyaan mereka, atau memberitahu yang semua masalah sudah selesai dan orang lain tidak perlu risau lagi (walaupun mereka sedang ditimpa masalah besar).”

Elak daripada mengeluarkan kata-kata yang kurang sensitif

Membuat kenyataan yang merendahkan perasaan mangsa memang tidak akan membantu menyelesaikan masalah ini.

Menurut ahli psikologi klinikal Dr Joel Low, kenyataan seperti “Lama-lama nanti eloklah tu,” “Memilih untuk bunuh diri atau lari daripada masalah ialah suatu tindakan yang lemah,” “Tidur dulu, nanti masalah hilang,” ataupun “Ini hanyalah sebuah fasa dalam hidup yang akan berlalu jua” hanya akan membuatkan mangsa berasa seperti masalah yang mereka alami ialah sesuatu yang dipandang remeh oleh orang lain.

Menurut Evone pula, walaupun kita berniat baik ketika berkata “Orang lain ada masalah lebih besar tetapi mereka dapat teruskan hidup,” impaknya lain bagi si mangsa.

“Orang yang ingin membunuh diri merasakan inilah cara terbaik untuk bebaskan diri daripada masalah yang mereka alami. Jadi jika anda memperlekehkan perasaan mereka, lagilah mereka akan terus murung,” kata Joel.

Tunjukkan rasa belas kasihan kepada si mangsa. Sumber: Oprah Magazine

Sebaliknya, apa perlu kita katakan kepada mangsa?

Bukan kata-kata sahaja yang memainkan peranan dalam meredakan perasaan murung si mangsa, tetapi cara kita meluahkan kata-kata ini.

“Kita perlu bertanya kepada diri sendiri bagaimana kita perlu bertindak apabila mendampingi mangsa,” kata Evone. “Kita hanya nampak kelakuan mereka tetapi kita tidak tahu apa perasaan mereka dan makna di sebalik niat untuk membunuh diri.”

“Kita perlu meneliti keadaan menerusi perspektif mangsa dan bayangkan perasaan kita sendiri jika kita berada di tempat mereka. Dari situ, kita boleh cuba memahami perasaan mangsa dengan lebih dekat.”

Yang penting, kita tidak boleh memaksa mangsa untuk mendapatkan pertolongan daripada psikologi jika mereka belum bersedia.

“Kadangkala, anda tidak perlu berkata-kata. Sekadar meminjamkan telinga (dan tidak membuat penilaian) pun sudah cukup,” kata ahli psikologi klinikan Dr Ng Siew Li.

Apakah langkah-langkah praktikal jika kita berada dalam situasi sebegini?

Dengan rakan atau ahli keluarga, langkah termudah ialah sentiasa periksa jika ada sebarang perubahan dalam kelakuan mereka. Tiada masalah untuk kita bertanya jika semuanya OK atau ada apa-apa yang kita boleh bantu.

Tetapi ada situasi yang lebih baik ditangani oleh golongan profesional. Apabila perlu, hubungi pihak kecemasan yang relevan ataupun hospital.

Siew Li berkata, “Kita juga boleh luangkan masa untuk berdamping dengan orang-orang yang kita sayang.”

Luangkan masa dengan mereka dan pinjamkan telinga. Sumber: Getty Images

Apa perlu kita buat jika mangsa enggan berjumpa dengan kaunselor?

Pihak profesional lebih pakar dalam mengendalikan hal-hal sebegini. Jadi mendapatkan khidmat nasihat pakar ialah tindakan yang terbaik.

Di Malaysia, Joel berkata ahli keluarga selalunya mempunyai hak untuk memasukkan mangsa ke hospital. Jadi cubalah untuk libatkan ahli keluarga.

“Tetapi jika anda rasa mangsa menunjukkan niat untuk mencederakan diri sendiri, buat sahaja laporan polis. Lakukan apa sahaja untuk selamatkan nyawanya.

Untuk pengetahuan anda, membunuh diri ialah satu tindakan yang haram di sisi undang-undang. Orang yang terlibat mungkin akan dikenakan hukuman.

Kesimpulannya, hulurkan sebanyak mana pertolongan yang anda mampu. Jangan lupa untuk bertanya terhadap diri sendiri jika anda juga perlukan bantuan!

Nombor telefon penting

Jika perlu, hubungi talian kecemasa 999 untuk sebarang cubaan membunuh diri. Untuk bantuan khidmat nasihat profesional, hubungi Befrienders di talian hotline 03-7956 8145 atau email [email protected]

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 13 Mar 2018

Ini 4 Sebab Kenapa Nyamuk Suka Serang Anda Berbanding Orang Lain

Pernah tak anda perasan? Kadang-kadang nyamuk suka attack orang-orang tertentu je. Orang lain tak pula kena gigit!

Featured Thu, 8 Aug 2019
Gaya Hidup Mon, 18 Nov 2019

Harta melayang, maruah tergadai. Awas, lelaki si pisau cukur!

Mulut manis dan kedekut antara ciri khas mereka

Gaya Hidup Sat, 7 Apr 2018

Jom Belajar Buat Popcorn Di Rumah, Guna Periuk Saja Pun Boleh Ya!

Apa yang bestnya kali ini anda tak perlu susah payah membelinya kerana anda boleh buat sendiri di rumah saja.

Gaya Hidup Tue, 8 Jan 2019
Featured Fri, 19 Jul 2019
Gaya Hidup Tue, 26 Feb 2019
Gaya Hidup Thu, 12 Apr 2018

Betul Ke Memakai Deodoran Boleh Menyebabkan Kanser Payudara? Ini Jawapannya

Ramai yang percaya deodoran boleh menyebabkan kanser payudara. Tapi secara saintifik apakah kesahihannya?

Gaya Hidup Tue, 24 Dec 2019
Featured Sat, 2 May 2020

Peperangan COVID-19 masih belum berakhir

SOP lebih ketat ketika PKPB

| Live TV