Gaya Hidup By: tex_admin October 22, 2018 @ 10:00am

Ini Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Apabila Tercekik Tulang Ikan

Anda pernah tercekik tulang ikan?

Penulis nak tanya, jika anda tercekik tulang ikan, apa tindakan yang anda lakukan? Adakah minum air sebanyaknya? Atau telan gumpalan nasi? Tak pun sambung makan semula tanpa hiraukan tulang yang tersekat pada tekak?

Agaknya kenapa ya kita boleh tercekik tulang ikan? Mungkin kita makan terlalu gelojoh ataupun tak berhati-hati. Yela, tengah lapar kan mungkin tak perasan tersuap tulang dalam mulut! 

Bagi anda yang tak pernah melalui pengalaman tercekik tulang, mungkin perkongsian oleh Dr. Mohd Shaiful Nizam ini dapat membantu anda untuk bersiap siaga jika tercekik tulang.

Foto: Hello Sehat

1. Jangan panik

Untuk pengetahuan anda kes terlekat atau tercekik tulang ikan adalah sangat normal dijumpai di hospital ataupun klinik. Maka, anda tidak perlu berasa malu untuk datang berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan yang terperinci.

2. Gejala yang dirasai

Apabila anda tercekik tulang, anda akan:

  • Terasa mencucuk-cucuk seperti jarum setiap kali menelan. 
  • Sakit atau susah hendak menelan, nak telan air liur pun rasa susah.
  • Bengkak pada leher diikuti dengan demam yang tinggi. (Jika sudah teruk dan kemungkinan ada komplikasi)

3. Rawatan

Apabila anda tercekik tulang, segeralah ke hospital yang terdekat. Jika tulang itu hanya tersangkut di kawasan tonsil dan nampak dengan jelas, kebiasaannya akan dikeluarkan oleh doktor tanpa perlu rujuk ke Hospital Pakar Telinga, Hidung & Tekak (ENT).

4. Rawatan pakar

Doktor akan melakukan X-ray pada tekak dan pemeriksaan laryngoskopi akan dibuat. Proses mengeluarkan tulang biasanya dilakukan di klinik sahaja jika nampak. Andai tidak juga nampak, tapi masih ada gejalanya, anda akan diaturkan untuk ke dewan bedah bagi menjalani ujian esophagoskopi.

5. Petua

Anda boleh makan kepalan nasi ataupun pisang. Tetapi jika gejala masih ada, segeralah ke hospital. Jangan sesekali menggunakan jari untuk mengorek tulang kerana ia berisiko untuk menambahkan lagi kecederaan sekaligus boleh menyebabkan tulang tertanam ke dalam tisu tekak.

6. Komplikasi

Sekiranya anda membiarkan saja tulang tersebut tersekat pada saluran tekak, komplikasi yang teruk akan berlaku. Anda mungkin akan terkena jangkitan kuman yang boleh menyebabkan bernanah di kawasan tekak sekaligus menimbulkan pembengkakan saluran pernafasan (retropharyngeal abscess) . Ada juga pesakit di mana tulang itu berpindah ke tempat lain.

Kesimpulannya, cepat-cepat bertindak sekiranya anda tercekik tulang ikan!

Sumber: Twitter

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Apr 2020

UPSR dan PT3 dibatalkan, SPM, SVM dan STAM ditunda ke suku pertama 2021

Sesi persekolahan hanya dibuka apabila selamat

Gaya Hidup Thu, 27 Dec 2018
Featured Fri, 10 Jan 2020
Gaya Hidup Fri, 6 Apr 2018

Tak Perlu Oven Untuk Buat Kek Keju Jika Anda Ikuti Resipi Mudah Ini

Ada sesetengah kek yang tidak memerlukan anda untuk menggunakan oven langsung, seperti cheesecake.

Featured Thu, 16 May 2019

Keliru waktu berbuka puasa dan imsak ketika dalam penerbangan? Ini panduannya

Bagi anda yang kaki jalan, info ini untuk anda hadam!

Gaya Hidup Sun, 22 Apr 2018

Alahai Kacangnya Resipi Pulut Mangga Ini, Pejam Mata Pun Boleh Buat

Rahsia kecantikan wanita Thailand sering dikaitkan dengan pemakanan pulut serta penggunaan beras sebagai asas di dalam produk penjagaan kulit keluaran negara itu. Bahkan makanan tradisi pulut mangga disahkan sebagai hidangan yang baik oleh pakar nutrisi.

Gaya Hidup Fri, 6 Apr 2018

3 Perkara Ini Mampu Buat Suami Bertambah Sayang Pada Anda. No 1 Paling Penting!

Bagi mewujudkan suasana harmoni dalam berumahtangga ini anda harus bijak mencari pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

Gaya Hidup Mon, 29 Jan 2018

Senaman Setiap Hari, Selamat Atau Tidak?

Melakukan senaman setiap hari boleh memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan.

Gaya Hidup Mon, 29 Jul 2019

Panjang umur seperti Tun M dan Tun Siti Hasmah, amalkan 22 tip ini!

Singkirkan aura negatif baru boleh hidup lama