Gaya Hidup By: Ad Ops February 9, 2018 @ 12:44pm

5 Perkara Mengenai Diet Yang Anda Mungkin Tersalah Anggap Selama Ini

Semakin moden semakin banyak tips dan trend kesihatan yang tersebar, sama ada dari mulut ataupun melalui Internet. Tapi adakah semuanya betul dan boleh diamalkan?

Ini antara lima perkara yang ramai orang fikir tidak elok untuk diet tapi sebenarnya tidak.

1. Lagi banyak exercise, lagi bagus prestasi badan

cdn-img.health.com

Sebenarnya bersenam secara berlebihan akan mempercepatkan proses penuaan. Senaman yang extreme pun ada potensi untuk mengakibatkan otot kita terkoyak! Para pakar mengesyorkan kita bersenam dalam kadar yang berpatutan dan mengamalkan diet yang sesuai untuk hidup selesa dan sihat.

2. Jauhi dari semua jenis gula

wikimedia.org

Bila nak kuruskan badan, anda mesti ingat gula adalah musuh kita yang nombor satu, tapi sebenarnya bukan semua gula tu “jahat”. Gula yang datang dari tebu atau mana-mana buah (fruktosa) memang patut dielakkan. Sebaliknya, ramai pakar diet hari ini mengesyorkan kita menggunakan gula kelapa sebagai alternatif.

3. Hapuskan semua jenis lemak dari makanan

commons.wikimedia.org

Sama seperti gula, kita sebenarnya perlukan sedikit lemak dalam sistem kita supaya badan kita boleh berfungsi dengan baik. Contohnya, pakar nutrisi antarabangsa mencadangkan kita campurkan satu sudu besarclarified butter(minyak sapi) dalam masakan.

4. Protein haiwan membuatkan kita panas baran

im.mtv.fi

Pada zaman purba dulu, ada yang menganggap bahawa memakan protein haiwan membuatkan manusia lebih bengis. Walau bagaimanapun, kajian baru-baru ini mengatakan protein haiwan ini sebenarnya berfaedah untuk badan kita. Wanita juga perlu makan daging merah untuk mendapatkan khasiat zat besi darinya.

5. Lagi banyak air kita minum, lagi lama kita akan hidup

pixabay.com

Mak ayah kita dulu selalu suruh minum air banyak-banyak, tapi meminum terlalu banyak air sebenarnya boleh membawa padah! Jumlah air yang kita patut minum haruslah mengikut BMI (Body Mass Index) kita, atau pun sebanyak mana yang badan kita perlukan. Lagi besar kemungkinannya untuk meninggal dunia kerana terlebih minum air daripada tak cukup minum.

Sumber: Curiousmob

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 24 Apr 2018

Buat Kaki Tidur Lewat, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Tidur Awal

Masyarakat hari ini sukar untuk memenuhi keperluan untuk tidur lebih awal kerana tuntutan kerja dan gaya hidup yang sibuk.

Gaya Hidup Mon, 13 May 2019

Panduan mudah solat tarawih di rumah, indahnya beribadah

Jangan sedih kalau tidak sempat ke masjid

Acara Wed, 13 Nov 2019

Starbucks Malaysia perkenal 3 perisa istimewa sempena perayaan

Penggemar kopi jangan terlepas peluang cuba kopi enak!

Gaya Hidup Tue, 14 May 2019
Featured Sat, 10 Dec 2022

Imran Bard Selar Peniaga Makanan Obses Ikut Trend – “Semua Benda Nak Letak Cheese”

Pempengaruh media sosial, Imran Bard atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin, 21, menerima pujian netizen setelah menyelar tindakan peniaga kerana obses menjenamakan produk jualan mengikut trend terkini. @kucengnanges dia bukan viral eh, dia TULAR […]

Featured Mon, 23 Mar 2020

Raja Permaisuri Agong sedia hidangan untuk kakitangan hospital

Untungnya dapat rasa air tangan Tunku Azizah

Gaya Hidup Tue, 6 Mar 2018

Bahaya Bulu Kucing Yang Mungkin Anda Tak Tahu! Nombor 4 Paling Menakutkan

Sebenarnya bukan mudah untuk memelihara kucing ya, kerana kucing juga perlu diberikan vaksin agar terhindar daripada penyakit.

familuv Wed, 10 Aug 2022

“Nak Anak Angkat Tak?” – Bercuti Di Negara Sejuk, Netizen Tawar Diri Untuk Jadi Anak Hairul Azreen

Hairul Azreen dan keluarga bercuti di negara sejuk mendapat perhatian netizen.