Gaya Hidup By: tex_admin December 3, 2019 @ 6:36pm

ISETAN The Japan Store tampil segar dengan wajah baharu

Oleh Amnan Hibrahim

Selepas tiga tahun pengenalannya, ISETAN The Japan Store (ISETAN) yang beroperasi di Lot 10 Shopping Centre, Kuala Lumpur tampil dengan wajah baharu melalui penawaran jenama serta produk yang dikemas kini.

Pengarah Urusan  Isetan Japan Sdn Bhd, Koji Oyama, berkata pembaharuan yang dilakukan oleh  ISETAN adalah satu proses evolusi yang dilakukan oleh syarikatnya dalam usaha menawarkan pilihan yang terbaik buat pengguna.

“Di samping menyediakan pilihan fesyen, aksesori dan makanan yang terbaik dari Jepun, pembaharuan yang dilakukan ini merangkumi penawaran pelbagai jenama yang lebih komprehensif kepada pelanggan.

“Dalam usaha memberikan rekaan dan kualiti yang terbaik buat pelanggan, adalah penting untuk kami mengenal pasti kehendak pasaran yang sentiasa berevolusi. Oleh itu, kami mengalu-alukan kehadiran jenama global dan Malaysia untuk dijual bersama-sama dengan jenama Jepun di ISETAN,” katanya ketika berucap di Majlis pengenalan kemas kini gedung berkenaan, baru-baru ini.

Koji Oyama (empat dari kiri) ketika di majlis pengenalan kemas kini ISETAN The Japan Store di Lot 10 Shopping Centre, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Foto: The Archive of Hijab & Heels

Antara jenama artis tempatan yang ditampilkan oleh ISETAN dalam kemas kini gedungnya ialah, A by Jane, Motoguo dan Jonathan Liang. 

Apa yang lebih menarik, pereka fesyen terkenal tempatan, Joe Chia, turut menampilkan buat pertama kalinya koleksi pakaian hasil kolaborasi bersama-sama dengan label Denim Jepun FDML di acara pengenalan kemas kini gedung berkenaan.

Untuk yang mencari produk dan barangan gaya hidup yang lain, setiap aras di ISETAN menjanjikan tawaran barangan yang bersesuaian dengan setiap aspek keperluan kehidupan harian mereka:

Aras bawah: The Design

Bagi yang mencari produk terhad hasil rekaan eksklusif daripada pereka  Jepun dan Malaysia, The Design adalah tingkat yang menawarkan apa yang mereka cari.

 Antara jenama terkenal yang berada di tingkat ini adalah FDMTL, Mastermind World, #FR2, Porter and Comme Des Garcons, Billionaire Boys Club dan beberapa jenama tempatan.

The Design turut menempatkan kedai jam Seiko, barangan perhiasan Imayo, jenama kamera Leica dan jenama mainan Bearbrick.

Aras pertama: The Fashion

Foto: ISETAN The Japan Store

The Fashion adalah aras yang direka khas buat penggemar fesyen pakaian bagi wanita dan lelaki. Wanita pastinya akan teruja dengan produk jenama Ecesis, Bebebutterfly, Island Shop, Max Tino, David Jones, Cath Kidston dan Oyone Paris.

Terdapat juga beberapa kedai jenama pakaian sukan seperti Anta, RYZ dan Li Ning.

Aras kedua: The Wellness

Foto: ISETAN The Japan Store

Bagi wanita, perkara berkaitan kesihatan dan kecantikan adalah antara aspek yang paling diutamakan dalam kehidupan harian mereka. Oleh itu, aras The Wellness direka khusus buat para pengunjung mendapatkan barangan kesihatan dan kecantikan mereka.

Turut ditawarkan adalah perkhidmatan penjagaan kecantikan dan kesihatan seperti Hammam Spa dan pusat dandanan, Number 76. Di samping itu, terdapat juga kafe Salubre yang menyajikan hidangan khas buat pelanggan yang mahukan makanan segar dan enak serta pada masa yang sama baik buat kesihatan mereka.

Selain itu, terdapat juga jenama pakaian dan peralatan kesihatan seperti Arena, Huitieme Sport Studio, Surfers Paradise dan UFL Outdoor.

Aras ketiga: The Lifestyle

Foto: ISETAN The Japan Store

Bagi yang mencari barangan rumah, aras ini adalah sangat sesuai untuk anda mencari alatan yang diidamkan dan berkualiti tinggi. Antara jenama barangan rumah bagi perkakasan katil premium yang disediakan di aras ini ialah The Linens Company, Grand Atelier dan Jean Perry.

Untuk alatan membersihkan rumah, terdpat sebuah ruang pameran yang khusus buat memperkenalkan teknologi terkini yang digunakan jenama itu kepada pengunjung.

Turut ditawarkan di aras ini adalah pusat sehenti bagi keperluan perjalanan dengan beg daripada jenama Wings, Antler atau Boarding Gate dan sewaan pakaian bagi wanita daripada Fashion Library Winter Clothing.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 16 Nov 2018

Anugerah Haiwan Peliharaan Paling Popular Jatuh Kepada…

Untuk mendapatkan haiwan-haiwan famous ini, anda kena buat booking dulu!

Oh Lawa Mon, 4 Jun 2018

Nak Meletop Seperti Idola Anda? Ikuti Stail Raya Selebriti Yang Bakal Menjadi Trend Tahun Ini

Minimalist berbanding tahun lalu, dominasi fesyen di kalangan selebriti tahun ini memperlihatkan penguasaan stail back to basic atau less is more.

Oh Lawa Wed, 19 Dec 2018

Nak Cantik Macam Selebriti? Jom Ke FABUlash!

Penyambungan bulu mata menyerlah kecantikan wanita hanya dengan sentuhan yang minimal.

Gaya Hidup Mon, 29 Jul 2019

Panggilan ke Befrienders percuma mulai Ogos, ketahui dulu apa fungsinya

Fungsi NGO ini penting sebenarnya bagi warga Malaysia.

Oh Lawa Tue, 1 Jan 2019

11 Of The Weirdest Fashion Moments Of 2018

You couldn’t have predicted most of these fashion trends.

Oh Lawa Tue, 4 Dec 2018

Boy De Chanel, Produk Solekan Untuk Jejaka Yang Obses Dengan Penampilan!

Ia sudahpun dilancarkan di Korea Selatan dan seterusnya di serata dunia November lalu secara atas talian.

Oh Lawa Thu, 17 May 2018

17 Foto Busana Perkahwinan Diraja Yang Tercantik Dari Negara-Negara Serata Dunia

Sebelum Harry dan Meghan berkahwin, jom tengok dulu wedding dress di majlis-majlis perkahwinan diraja.

Gaya Hidup Fri, 19 Apr 2019

Baru 12 tahun, sudah mampu beli BMW Sedan. Hebatnya jurusolek cilik ini!

Hasil solekan adik Nathannan memang mengagumkan!

Oh Lawa Tue, 8 Jan 2019

27 of the most notable carpet looks at the 76th Golden Globes 2019

Western celebs took the moment to showcase their good taste in fashion.

Oh Lawa Wed, 22 Aug 2018

Ais Kiub Aloe Vera Boleh Kecutkan Jerawat. Ini Cara Membuatnya

Aloe vera ini 100% selamat untuk kulit wajah anda.