Gaya Hidup By: tex_admin March 27, 2018 @ 12:51pm

Jangan Biarkan Beg Tangan Kulit Anda Dipenuhi Kulat. Ikuti Teknik Pembersihan Ini!

Wanita dan beg tangan bagai best friend yang tidak boleh dipisahkan. Bukan sahaja bagi memudahkan kita untuk menyimpan barang-barang peribadi tetapi sebagai pelengkap untuk berfesyen. Kalau tak pakai beg tangan rasa janggal je kan? Kita juga sanggup berhabis duit untuk membeli beg tangan yang kita inginkan, lagi-lagi beg tangan jenis leather yang memang mahal harganya.

Seperti yang kita ketahui, beg tangan yang diperbuat daripada kulit lebih tahan lasak dan pastinya tampak lebih menawan. Tetapi, walaupun tahan lasak ianya memerlukan penjagaan yang teliti ya! Beg jenis ini perlu disimpan dengan rapi kerana selalunya barang kulit akan menjadi semakin cantik apabila ia sudah berusia. Ada nilai vintaj tau! 

So, kami ingin kongsikan kepada anda tentang cara yang betul untuk menjaga dan mencuci beg tangan kulit.

Barang-barang yang anda perlukan adalah:

Foto: FabHow

Sabun tangan cecair atau syampu bayi – 2 atau 3 titis
Air – ¼ cawan
Sudu
Botol semburan kecil
Berus lembut
Kain
Tuala Kecil

Langkah 1: Bersihkan Kotoran Menggunakan Berus Lembut

Foto: FabHow

Bersihkan secara perlahan menggunakan berus lembut pada permukaan kulit beg tangan bagi mengeluarkan kotoran atau habuk yang melekat. Pembersihan cara ini adalah lebih berkesan kerana habuk-habuk halus akan tersingkir.

Langkah 2: Goncangkan Beg Tangan

Foto: FabHow

Keluarkan semua barang-barang yang ada dalam beg tangan anda. Kemudian buka semua zip yang ada dan putarkan beg kulit anda secara terbalik. Goncangkan beg anda dengan kuat untuk mengeluarkan semua habuk dan serpihan di dalam beg tangan. 

Anda juga boleh membuang mana-mana barang yang tidak diperlukan dan lagi bagus anda asingkan barang-barang solek anda ke dalam beg kecil yang lain. Ia akan lebih kemas dan menjimatkan ruang beg tangan anda.

Langkah 3: Pembersihan

Foto: FabHow

Anda perlu tambahkan 2 atau 3 titis sabun tangan cecair atau sabun bayi ke dalam 1/4 air ke dalam bekas kecil. Kemudian kacau sehingga sabun sebati dengan air tersebut.

Langkah 4: Pindahkan Campuran Ke Dalam Botol Semburan

Foto: FabHow

Foto: FabHow

Masukkan dengan teliti campuran ke dalam botol semburan. Botol semburan ini digunakan untuk memudahkan anda mencuci beg tangan anda.

Langkah 5: Semburkan Cecair Pada Kain 

Foto: FabHow

Semburkan cecair pada kain yang kering secara sedikit demi sedikit. Ingat, pastikan anda tidak menyemburkan cecair tersebut langsung pada permukaan kulit beg tangan anda. 

Langkah 6: Lap Kekotoran Menggunakan Kain

Foto: FabHow

Foto: FabHow

Sapu dan gosok kain yang basah tadi pada semua kawasan beg tangan kulit anda. Gosok secara perlahan dan sehingga bersih. Tidak lupa juga anda perlu bersihkan tali, butang dan zip beg tangan anda Ok! Kawasan tersebut biasanya kotoran yang anda mungkin tak perasan. 

Langkah 7: Lap Beg Tangan Menggunakan Tuala

Foto: FabHow

Foto: FabHow

Lap bersih beg tangan anda menggunakan tuala kering. Biarkan beg tangan anda buat seketika untuk proses pengeringan secara semulajadi. Jangan menggunakan sinaran matahari atau alat pengering untuk keringkan beg anda tau! Ia akan merosakkan permukan beg tangan kulit tersebut.

Kali ini pasti anda akan terkejut kerana semua kotoran yang melekat sudah hilang! Jadi apa lagi jom cuba! 

Sumber: HowFab

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 Apr 2020
Gaya Hidup Mon, 6 Aug 2018
Featured Mon, 16 Jul 2018

Bau Seperti Klorin & Roti Basi. Ini 5 Bau Vagina Yang Perlu Anda Tahu

Vagina yang sihat memiliki aroma yang sedikit hamis tetapi tidak terlalu kuat.

Featured Fri, 17 Feb 2023
Acara Sun, 22 Sep 2019

Mira Filzah lancar Honor 20 Pro Icelandic Frost

Warna merah jambu berkilau memikat wanita

Featured Thu, 18 Jan 2018

Kurus Tak Semestinya Sihat

Kurus itu cantik! Itu fakta yang tersemat di pemikiran ramai wanita. Namun, tahukah anda kurus itu tidak semestinya melambangkan seseorang itu 100% sihat. Ini disebabkan mereka yang kurus selalu merasakan mereka sihat lalu mengambil ringan […]

Featured Thu, 1 Sep 2022
Gaya Hidup Fri, 18 Jan 2019

Kisah ‘Mowgli’ Malaysia buat dunia terpukau, tahniah!

Kasih-sayang dan hormat-menghormati kunci kepada mesej foto ini.

Gaya Hidup Tue, 9 Oct 2018

7 Sebab Kenapa Ramai Orang Tak Boleh Hidup Tanpa Telefon Pintar Mereka

Tidur pun wajib ada telefon pintar di sebelah!