Gaya Hidup By: Yanie Baharom April 7, 2018 @ 12:00pm

Jom Belajar Buat Popcorn Di Rumah, Guna Periuk Saja Pun Boleh Ya!

Hidangan ini merupakan snek paling popular kalau kita ke pawagam. Kata orang tak sah kalau tak mengadap snack ini tiap kali menonton wayang atau lepak tengok movie di rumah.

Snack apakah itu? Apalagi kalau bukan popcorn atau bertih jagung. Apa yang bestnya kali ini anda tak perlu susah payah membelinya kerana anda boleh buat sendiri di rumah saja. Snek mudah dan cepat, boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.

Bahan-bahan

  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • jagung kering secukupnya
  • garam secukup rasa
  • tambah karamel (pilihan)
  • 1 sudu mentega/margerin
  • 3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/ banyak mana popcorn yg ada)
  • tambah coklat (pilihan)
  • 60 – 80 gram coklat bar (ikut suka/ banyak mana popcorn yang ada)

Cara-cara

1. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Mula-mula guna api kuat untuk panaskan minyak dan mentega dalam 2 minit lepas tu perlahankan api.

2. Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dengan minyak dan butter yang dah cair tadi. Tutup periuk tadi.

3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi “pop”..”pop” dengan rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat-cepat keluarkan popcorn. Popcorn boleh dapat penuh satu periuk.

Foto Kredit : www.wanista.com

4. Taburkan garam secukupnya – (kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)

Foto Kredit : www.wanista.com

5. Untuk karamel (pilihan) – Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan biarkan sehingga bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat-cepat. Hati-hati sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan.

6. Untuk coklat (pilihan) – Cairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan gaulkan dengan popcorn yang dah disalut karamel. Dah jadi karamel popcorn bersalut coklat.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 31 Jan 2018

Nak Kuruskan Badan? Makan 9 Buah-Buahan Ini

Buah yang kaya dengan serat serta mengandungi vitamin C merupakan jenis buah yang sangat disarankan ketika anda sedang berusaha mendapatkan bentuk badan menawan.

Featured Fri, 30 Aug 2019
Gaya Hidup Fri, 20 Apr 2018

Peminat Salted Eggyolk Mesti Cuba Resipi Ayam Goreng Oleh Chef Cilik Danish Harraz Ini

Salted eggyolk croissant dah biasa sangat, jadi anda kena try makan dengan dengan ayam goreng pula. Gerenti rasa power!

Gaya Hidup Thu, 24 Jan 2019
Gaya Hidup Thu, 15 Nov 2018

Ini Cara Nak Elak Dapur Gas Kaca Daripada Meletup

Dapur gas kaca yang meletup boleh cederakan anda!

Featured Tue, 28 May 2019

Prestasi pekerja wanita menurun ketika berada di dalam pejabat yang terlalu sejuk – kajian

Minda mereka terbukti lebih produktif jika suhu pejabat lebih tinggi.

Gaya Hidup Thu, 10 Oct 2019
Gaya Hidup Wed, 25 Apr 2018

Secawan RM220, Kopi Tahi Gajah Paling Mahal Di Dunia!

Kopi tahi gajah? Wujud ke kopi jenis ini?

Gaya Hidup Thu, 28 Jun 2018

Ini Rahsia Puteri Aishah Untuk Kekal Cantik & Sihat Yang Perlu Anda Tahu

Kalau anda nak sentiasa cantik dan sihat macam Puteri Aishah, sila amalkan tip yang dikongsikan ini.

Gaya Hidup Fri, 21 Feb 2020

| Live TV