Gaya Hidup By: tex_admin March 9, 2018 @ 1:25pm

Jom Pelajari Senaman Ringkas Bagi Anda Yang Sedang Hamil. Mudah Saja!

Senaman merupakan aktiviti yang perlu dilakukan bagi meningkatkan kecergasan tubuh badan kita. Bagi anda yang sedang hamil, senaman antara langkah yang terbaik yang perlu dilakukan. Kebiasaannya, ibu hamil akan mudah letih, lagi-lagi pada mereka yang bekerja.

Sebenarnya, melakukan senaman tidaklah mengambil masa yang lama pun, 30 minit sehari sudah mencukupi asalkan anda melakukan senaman dengan cara yang betul. 

Foto – Diari Kurus

Terdapat beberapa kebaikan melakukan aktiviti senaman ketika hamil antaranya: 

1. Senaman membantu membaiki mood serta mengurangkan stres, maka ibu hamil akan lebih berasa tenang dan ceria.

2. Senaman memang meletihkan, jadi ibu hamil akan mudah tidur dengan lebih lena. 

3. Mengurangkan kekejangan yang sering berlaku semasa mengandung.

4. Mengurangkan risiko penambahan berat badan selepas bersalin.

5. Senaman membantu melancarkan peredaran darah, menguatkan otot-otot dan mengurangkan sakit belakang di hujung kehamilan (ketika kandungan semakin membesar dan bertambah berat).

6. Ibu hamil yang rajin bersenam juga akan menjadi lebih cergas, berpotensi untuk bersalin secara normal, mudah melahirkan bayi dengan tempoh sakit bersalin yang singkat dan berkemungkinan besar tidak terlalu letih selepas bersalin.

Tetapi, harus diingatkan ya, walaupun aktiviti senaman sangat bagus untuk diamalkan, namun tidak semua ibu hamil sesuai dan berupaya untuk melakukannya. Antara kategori ibu hamil yang tidak digalakkan melakukan senaman adalah:

1. Mempunyai masalah jantung dan pernafasan

2. Mempunyai darah tinggi sebelum atau waktu hamil

3. Placenta previa, iaitu plasenta berada di bawah atau berhampiran servik

4. Penghidap diabetes sebelum atau ketika hamil

Agaknya bagaimana ya cara senaman yang ringkas untuk anda yang sedang hamil ini kan? Jom tengok video ini.. Selamat mencuba!

Sumber: Diari Kurus 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 17 Dec 2019

Selamat datang 2020, 5 azam buat wanita kekal bahagia!

Mulakan azam dengan memperbaiki diri

Featured Wed, 22 Apr 2020
Gaya Hidup Thu, 19 Jul 2018

Malu Miss V Berbau? Atasi Dengan Tip Ini

Jika bau busuk semakin teruk, ia adalah satu tanda yang tidak baik dan boleh menyebabkan masalah yang serius.

Gaya Hidup Mon, 27 Mar 2023
Gaya Hidup Thu, 18 Jul 2019

Semua wanita suka merah jambu, tapi kenapa?

Selalunya wanita memakai warna merah jambu, rasa lebih cantik!

Featured Sun, 24 May 2020
Gaya Hidup Thu, 12 Apr 2018

Betul Ke Memakai Deodoran Boleh Menyebabkan Kanser Payudara? Ini Jawapannya

Ramai yang percaya deodoran boleh menyebabkan kanser payudara. Tapi secara saintifik apakah kesahihannya?

familuv Sat, 24 Dec 2022

Selepas Tertusuk Kaca, Isteri Kongsi Keadaan Terkini Tajul

Tular sebuah video memaparkan isteri kepada penyanyi Tajul Arif, Nurul Shamieza Eddie berkongsi momen ketika suaminya dirawat di hospital setelah mengalami kecederaan tertusuk kaca. @icaaeddie2Terima kasih semua yg mendoakan 🫶 alhamdulillah suami dah makin stabil, […]

Featured Mon, 23 Jul 2018

10 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Sedu

Stres kalau sedu tak hilang-hilang, kan?

Featured Mon, 5 Nov 2018

Jangan Buat Perkara Ini Ketika Berada Dalam Kapal Terbang Kalau Tak Nak Terhempas!

Kerana perbuatan anda, kapal terbang boleh terhempas!