Gaya Hidup By: Bibi Ramli October 17, 2019 @ 5:46pm

Jurufoto ini guna benda biasa sebagai aksesori, hasilnya menakjubkan!

Untuk menghasilkan gambar yang benar-benar cantik dan sempurna, tidak semestinya jurugambar atau sesiapa sahaja yang berminat dengan bidang fotografi perlu menggunakan peralatan atau peralatan yang mahal-mahal. 

Bersandarkan kreativiti dan bakat, bahan-bahan biasa yang boleh dijumpai di sekeliling kita pun sudah cukup untuk dijadikan nilai tambah  untuk ‘menghidupkan’ gambar yang ingin dihasilkan.

Itulah apa yang dilakukan oleh Kai Böttcher, seorang jurugambar dari Jerman, yang memuat naik di laman Instagram foto-foto potret wanita.

Dikepilkan bersama adalah gambar ‘sebelum dan selepas’ yang menunjukkan bagaimana dia menukar latar belakang yang biasa-biasa kepada sesuatu yang menarik perhatian.

Anda juga boleh melihat apa yang dia gunakan sebagai peralatan untuk merakam gambar. Rata-ratanya ia merangkumi bahan-bahan yang murah dan mudah didapati.

Contohnya, tengok gambar di bawah. Geser gambar untuk ketahui bagaimana ia diambil. Jangan lupa tonton videonya, ya!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Kai Böttcher (@kai.boet) on

“Kadangkala alat-alat yang harganya kurang daripada RM10 sudah cukup untuk mewujudkan corak dan kesan pencahayaan yang menarik,” kata Kai menurut Insider

Di bawah ini ada banyak lagi gambar-gambar contoh di Instagram Kai yang menunjukkan momen ‘sebelum’ dan ‘selepas.’

Kai memang ada menggunakan perisian suntingan foto termasuklah Adobe Photoshop untuk mengubah skim warna dan pencahayaan di dalam gambarnya. Tetapi selalunya dia lebih suka mencari inspirasi daripada perkara yang biasa.

“Apabila saya terjumpa suatu cahaya, objek atau latar belakang yang menarik, saya akan cuba untuk menyelitkannya ke dalam gambar saya setakat mana yang boleh,” katanya.

 

Kai kadangkala menangkap gambar subjeknya di kedai peralatan pejabat atau logam. “Saya biarkan kreativiti saya diinspirasikan daripada pelbagai jenis benda harian. Jika saya bekerja dengan model, idea dan hasil kreativiti itu datang secara spontan.”

“Cari inspirasi daripada benda-benda yang ada di sekeliling anda.”

 

Menarik, bukan? Bijak!

Anda boleh tengok lagi bakatnya dalam merakam gambar potret di laman Instagramnya. Manalah tahu, mungkin anda boleh mendapat inspirasi daripadanya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Kai Böttcher (@kai.boet) on

Kai berkata lagi bahawa di dalam era yang mana telefon pintar mampu menangkap imej berkualiti tinggi, anda tidak perlu melabur untuk peralatan yang mahal-mahal. Sekurang-kurangnya bukan serta-merta.

“Terutamanya bagi anda yang baru ingin menjinak-jinakkan diri, saya menyarankan anda pelajari teknik-teknik asas dalam pencahayaan dan komposisi terlebih dahulu dengan kamera yang murah atau telefon pintar. Apabila sudah mahir barulah anda boleh membeli alat yang lebih mahal.”

Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 19 Mar 2020
Gaya Hidup Mon, 9 Apr 2018

Ini 10 Restoran Paling Aneh Di Dunia. No. 2 Gerenti Buat Tekak Anda Loya

Kombinasi hidangan yang menyelerakan dan konsep dekorasi yang hebat, pastinya membangkitkan keterujaan untuk pengunjung kembali semuala ke restoran anda.

Featured Sun, 12 Apr 2020
Gaya Hidup Fri, 16 Aug 2019

Pernah ditipu secara ‘online?’ Ini apa yang anda perlu buat & cara pencegahan

Tahap kesedaran warga Malaysia nampaknya masih rendah.

Gaya Hidup Tue, 27 Nov 2018

25 Pekerjaan Dengan Gaji Paling Masyuk Di Malaysia, Cecah Lima Angka!

Demand Planning Manager merupakan kerjaya makan gaji dengan bayaran paling tinggi, wow!

Gaya Hidup Tue, 24 Jul 2018

Jangan Biarkan Perasaan Gayat ‘Membunuh’ Hobi Anda! Tangani Dengan 5 Langkah Ini

Nak atasi perasaan gayat ini anda perlu fokus dan berani!

Featured Wed, 13 Nov 2019
Featured Mon, 24 Feb 2020
Gaya Hidup Mon, 8 Oct 2018

Lebih 200 Ekor Siput Beraksi Dalam Kejohanan Lumba Siput Sedunia. Comel Sungguh!

Pemenang berpeluang untuk memenangi hadiah semangkuk salad.

| Live TV