Gaya Hidup By: Ad Ops December 22, 2018 @ 12:00pm

Jurufoto Keluarga Diraja Britain Kongsikan Gambar-Gambar Kegemarannya Dari Tahun Ini

Bagi anda yang tak tahu, syarikat media Getty Images ada jurugambar khas yang ditugaskan untuk hanya menangkap gambar-gambar keluarga diraja Britain. Namanya Chris Jackson.

Mesti syok, kan, sebab dapat luangkan masa dengan royalty dan lihat mereka dengan lebih dekat?

Tapi kalau seronok pun, tanggungjawab ini adalah besar, sebab dia harus tangkap momen-momen penting. Kalau terlepas, naya!

Sebab itulah dia kena tangkap gambar banyak-banyak. Dan dari jumlah ini, ada beberapa yang telah menjadi kegemarannya; yang stand out. Jom kita lihat yang mana dari tahun ini adalah cukup menarik baginya.

Chris telah mengikuti Putera Harry dan Meghan Markle ke Australia pada Oktober lalu. Gambar ini ditangkap di Bondi Beach, Sydney

“Saya sukakan gambar ini kerana ia dapat menggambarkan rasa sayang yang mereka ada untuk satu sama lain,” kata Chris.

Meghan dilihat menyapa seorang kanak-kanak perempuan di acara Commonwealth Day Service 2018 pada bulan Mac

“Saya suka mengabadikan momen sebegini dan melihat Meghan menyesuaikan diri dengan tanggungjawabnya sebagai Duchess of Sussex sepanjang tahun ini.”

Chris juga telah mengikuti Harry dan Meghan ke New Zealand

Di dalam imej ini, Meghan dilihat mempersembahkan hongi, ucapan salam tradisional bagi kaum Māori di Wellington, New Zealand.

Gambar di balkoni Buckingham Palace yang menjadi kegemaran Chris telah ditangkap ketika sambutan ulangtahun ke-100 bagi Royal Air Force pada bulan Julai

Ia merupakan gambar kerabat diraja ini yang lebih bersahaja.

Daripada majlis perkahwinan Harry dan Meghan Mei lalu, inilah gambar kegemaran Chris

Acara ini telah ditunggu-tunggu oleh ramai pihak, dan Chris telah menangkap banyak foto yang telah dikongsikan ke seluruh dunia. Boleh dikatakan ia merupakan salah satu highlight untuk tahun ini, tapi Chris berbesar hati untuk menggalas tanggungjawab berat ini.

“Memang banyak kerja, tapi saya bersyukur kerana diberi peluang untuk mengabadikan momen milik kerabat diraja dan orang di seluruh dunia pula menghargainya.”

Chris berpendapat gaun elegant Alexander McQueen yang dipakai oleh Kate Middleton ini adalah salah satu outfit Kate yang paling diingati.

Chris berkata gambar ini adalah contoh kepelbagaian stail yang dia berpeluang untuk tangkap menerusi tugasnya sebagai seorang royal photographer.

“Seronok apabila saya dapat tangkap gaya fesyen kerabat diraja Britain yang berlainan dan ketahui reaksi orang ramai dari seluruh dunia.”

Gambar ini diambil tak lama selepas Putera Louis dilahirkan pada April lalu

Sweet! “Imej ini tak perlu diterangkan. Itulah rasa sayang di antara ibu dan anaknya,” kata Chris. “Sebagai seseorang yang sedang menanti kehadiran anaknya sendiri, gambar ini bermain dengan emosi saya.”

Kate telah bermain permainan bandy ketika melawati Sweden pada bulan Januari

Permainan ini menggabungkan elemen-elemen hoki dan bola sepak dan ia sangatlah popular di Stockholm.

Putera William meraikan kemenangan dalam permainan wheelchair basketball ketika melawati Copper Box Arena pada Mac lalu

Inilah salah satu gambar candid penting yang Chris cekap tangkap sebelum terlepas.

Ini pula adalah salah satu gambar terbaru Chris, diambil pada bulan lalu

Ia ditangkap ketika upacara peringatan tahunan Remembrance. Tengoklah muka Ratu Elizabeth II dekat-dekat!

Harry sempat berseronok ketika melawat Maseru, Lesotho Jun lalu

Pandai betul dia beramah mesra dengan kanak-kanak di Mamohato Children’s Centre.

Harry telah memberikan ucapan di upacara pembukaan Invictus Games Oktober lalu

“Saya gemar bagaimana gambar ini dibingkaikan dengan Sydney Opera House di latar belakangnya dan ada cahaya yang menyuluh tepat ke arah Harry.

“Saya selalu menangkap gambar di sebalik tabir Invictus Games, dan perspektif unik sebeginilah yang memberikan anda bermacam-macam angle.”

Pada Mei lalu, Putera Charles telah menyertai sebuah tarian tradisional di Crete, Greece

“Beberapa gambar favourite saya yang saya telah tangkap adalah foto-foto yang menunjukkan sisi diri ahli kerabat diraja Britain yang anda jarang-jarang sekali dapat lihat,” kata Chris.

Chris juga sempat menangkap momen manis di antara Charles dan isterinya Camilla

Pasangan ini dilihat memberi pandangan penuh kasih sayang Julai lalu di acara pembukaan Strand Hall di Builth Wells, Wales. Aww.

Gambar ini ditangkap ketika Meghan dan Harry melawati New Zealand

Meghan dilihat sedang bermain permainan “Welly Wanging”. Sesiapa yang dapat lontarkan Wellington boot paling jauh, dia menang. Game macam ini pun ada!

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 30 Oct 2018
Gaya Hidup Sun, 15 Apr 2018

Cara Mudah Untuk Buat Kek Pandan Kukus Yang Gebu Gebas, Hanya Guna Alat Pengisar!

Teringin nak makan kek pandan kukus, tapi tak ada alat-alat membuat kek? Jangan risau, kami akan kongsikan resepi kek pandan dengan menggunakan mesin pengisar!

Gaya Hidup Wed, 17 Jan 2018

5 Pencuci Mulut Yang Tak Ganggu Diet!

Demi mendapatkan berat badan dan bentuk badan menawan, ramai yang sanggup tahan selera daripada menikmati makanan kegemaran seperti pencuci mulut ataupun pemanis mulut. Hrmm… sebenarnya tindakan itu tidak betul. Anda boleh makan kek, aiskrim, puding […]

Gaya Hidup Sat, 8 Dec 2018
Featured Thu, 9 Apr 2020

Kes keganasan rumahtangga meningkat sejak penularan wabak COVID-19

Krisis akibat arahan perintah duduk di rumah

Featured Tue, 9 Jul 2019

10 petanda hubungan anda dengan pasangan semakin renggang

Pastikan anda tidak berada di dalam situasi ini.

Gaya Hidup Sun, 6 Jan 2019

Waris Mendiang Steve Irwin Dinobatkan Wildlife Photographer Of The Year!

Andai mendiang Steve Irwin masih hidup, tentunya dia berbangga dengan pencapaian Robert.

Featured Mon, 4 Nov 2019

Bekas isteri Sultan Kelantan dedah wajah anaknya, Ismail Leon

Perkongsian gambar terbaru Rihana curi tumpuan