Acara By: tex_admin December 14, 2019 @ 3:52pm

Jurusolek, pintu gerbang untuk menjadi usahawan kosmetik

Industri kecantikan dan kosmetik adalah satu industri yang boleh dikatakan wujud di seluruh dunia. Di Malaysia, laporan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) menunjukkan sebanyak lebih kurang RM1.7 bilion dibelanjakan oleh masyarakat Malaysia untuk membeli produk kosmetik dan kecantikan.

Presiden Persatuan Jurusolek Bumiputera Malaysia (MBMUAA), Rosnawati Salleh ataupun dikenali sebagai Rose berkata, industri kosmetik dan kecantikan khususnya perkhidmatan jurusolek adalah sangat luas dan terbuka untuk diterokai oleh masyarakat Malaysia khususnya wanita.

Presiden Persatuan Jurusolek Bumiputera Malaysia (MBMUAA), Rosnawati Salleh pada Gaya Fest 2019 di Busana Mara. Foto: NSTP/ MOHD YUSNI ARIFFIN

“Hanya bermula dengan menjadi jurusolek, seseorang individu itu mampu melangkah dengan lebih jauh sekiranya mereka mengamalkan amalan dan teknik perniagaan yang betul.

“Adalah menjadi kelaziman di Malaysia apabila individu yang menyertai industri solekan dan juga kosmetik dengan secara langsungnya akan memiliki dan menjual produk mereka sendiri,” katanya ketika ditemui pada acara pertandingan solekan Anugerah Jemari Emas Gaya Fest 2019 yang berlangsung di Medan MARA , Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pertandingan solekan Anugerah Jemari Emas yang diadakan bersempena dengan penganjuran showcase usahawan produk gaya hidup tempatan, Gaya Fest 2019 itu menarik penyertaan sebanyak 30 jurusolek yang datang dari seluruh negara termasuklah Sabah.

Dua juri yang mengadili pertandingan solekan berkenaan adalah Rosnawati sendiri, yang juga pengasas Beauty Fest Sdn Bhd dan jurusolek artis terkenal, Ahmad Firdaus Abd Aziz atau lebih dikenali dengan nama popularnya Epie Temerloh.

Hanya dengan bermodalkan RM1,000

Sebahagian peserta pertandingan solekan sempena Gaya Fest 2019 di Busana Mara. Foto: NSTP/ MOHD YUSNI ARIFFIN

Rose berkata, ramai pengasas jenama kosmetik terkenal tempatan memulakan langkah mereka dalam industri ini dengan menjadi jurusolek, di samping permintaan yang tinggi, kos permulaan yang rendah adalah perkara yang memungkinkan kebanyakan daripada mereka ini mengambil keputusan untuk menceburi bidang ini.

“Untuk satu set alatan solekan, seseorang individu hanya perlu membelanjakan tidak lebih RM5,000. Bagi yang hanya mahu mendapatkan alatan solekan asas, alatan berkenaan boleh diperoleh pada harga tidak sampai RM1,000.

“Disebabkan itu, kita boleh lihat ramai pelajar universiti yang mula menawarkan perkhidmatan solekan buat rakan-rakan mereka, namun seseorang yang mahu pergi lebih jauh perlulah tahu untuk memasar dan mempromosikan skil mereka kepada umum,” katanya.

Kukuhkan nama sebelum keluarkan produk

Usahawan kosmetik yang mahu menghasilkan produk mereka sendiri perlu mengukuhkan nama terlebih dahulu bagi memudahkan mereka memasarkan produk kepada umum. Gambar hiasan/NSTP/ MOHD YUSNI ARIFFIN

Menurut Rose, penyertaan dalam pertandingan solekan yang diadakan di seluruh negara mampu membantu untuk mengukuh dan menambahkan populariti jurusolek yang mahu pergi lebih jauh ke dalam industri kosmetik dan kecantikan di Malaysia.

“Jika memperolehi kemenangan, pastinya hal berkenaan akan membantu mereka untuk membina nama. Hal ini adalah sangat penting kerana seseorang individu itu perlulah memiliki nama yang kukuh sebelum mula mengeluarkan produk sendiri.

“Jika seseorang usahawan itu mengeluarkan produk secara terus tanpa mengukuhkan nama mereka terlebih dahulu dalam bidang ini, pastinya mereka terpaksa mengeluarkan kos pemasaran yang sangat tinggi,” katanya yang juga bertugas sebagai penyelia kepada program Business in Beauty (BISS) anjuran MARA yang dijalankan bagi memberi panduan perniagaan buat pengusaha kosmetik tempatan.

Pada pertandingan Anugerah Jemari Emas berkenaan, sebanyak 10 pemenang diumumkan  bersama-sama dengan tiga pemenang khas BISS Gaya Fest 2019. Pemenang membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai daripada MARA, trofi, sijil dan barangan daripada penaja pertandingan seperti NRC Cosmetics, Narqes Skintelligent, Schatz, Asheeqeen Aesthetic dan Kayla.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 May 2020
Featured Mon, 27 Apr 2020

Bekalan darah semakin berkurangan, penderma darah dibenar menderma darah

Waktu operasi derma darah bermula jam 10 pagi dan 10 malam.

Gaya Hidup Wed, 29 Aug 2018

Wanita 4 Series Disangka 20-an, Kisah Awet Muda Lure Hsu Bikin Tular!

Selain faktor genetik, Lure turut mendedahkan dia mengamalkan diet pemakanan yang ketat untuk mengekalkan keremajaan.

#tilljannah Thu, 29 Sep 2022
Acara Fri, 14 Sep 2018

Kolaborasi Media Prima-Viu Saksikan Sinergi Antara Platform TV & Digital

Kolaborasi ini sekaligus menepis dakwaan industri digital mahu mencabar industri TV.

Gaya Hidup Tue, 11 Jun 2019
Acara Fri, 16 Aug 2019
Gaya Hidup Tue, 17 Apr 2018

Ini Resipi Mudah Untuk Biskut Oat Coklat, Tak Perlu Bakar Dalam Oven!

Bukan kek saja yang anda boleh buat tanpa menggunakan ketuhar, ya. Biskut pun boleh!

Gaya Hidup Tue, 14 Aug 2018

Cuaca Panas Kembali Melanda Malaysia, Ini Tip Untuk Anda Bersiap Siaga!

Fenomena ini berlaku akibat fasa monsun Barat Daya yang mendominasi keadaan cuaca negara.