Gaya Hidup By: tex_admin April 23, 2018 @ 4:00pm

Kafe Ini Jual Pancake Yang Ditaburi Coklat Yang Melimpah Ruah! Sekali Tengok Memang Terliur

Anda suka tak makan pancake? Kalau anda penggemar pancake, Ahmad Lim Black Pancake menyediakan hidangan pancake yang cukup special! Nak tahu apa yang istimewanya? Pancake yang dihasilkan ditaburi dengan limpahan topping coklat daripada pelbagai jenis jenama coklat yang terkenal. Contohnya, Nutella, Ovomaltine, Skippy, oreo cream cheese cookies dan banyak lagi. Memang sedap!

Memiliki 5 buah cawangan, kafe ini diàbuka pada jam 4 petang sehingga 11 malam. Menariknya lagi, setiap tempahan pancake yang diterima akan dimasak serta-merta mengikut citarasa topping yang anda suka. Jadi, anda perlu menunggu dengan penuh kesabaran ya! Jom kita tengok menu pancake yang awesome ini.

Semasa anda membuat tempahan di kaunter, anda perlu memilih perisa pancake sama ada original vanilla atau black coco. Kemudian, anda juga perlu memilih ketebalan pancake yang anda mahukan sama ada tebal ataupun nipis. Seterusnya, barulah anda memilih nak topping apa yang paling sedap untuk dimakan. Selain itu, pelbagai jenis air juga ada dijual. Jom kita cuci mata tengok pancake yang sedap ini pula.

Terliur tak tengok? Anda mesti tak sabar nak rasa kan? Penulis dah makan pancake ni memang sedap sangat! Jadi, pada anda yang nak try dan nak tahu lokasi yang berdekatan dengan tempat anda, boleh klik website ini Ahmad Lim Black Pancake. Selamat mencuba!

Sumber: Ahmad Lim Black Pancake , Instagram Ahmad Lim Black Pancake

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 13 Feb 2019
Featured Wed, 17 Jan 2018

Tip Diet Efektif

Sudah penat berdiet tetapi berat badan masih tidak berkurangan? Di mana silapnya? Mungkin anda meninggalkan waktu makan tertentu tetapi makan dengan kuantiti yang  banyak apabila berpeluang untuk makan. Fakta membuktikan, pengambilan kalori yang melebihi jumlah […]

Featured Thu, 22 Sep 2022

Anna Jobling Jadi Patung Barbie, Netizen Puji Cantik!

Wahhh memang betul lah sebijik macam Barbie doll kan? 😍

Featured Fri, 3 Apr 2020

Salsabila jual aneka kuih tradisional Melayu di Belanda

Anak jati Pontian sedia khidmat makanan halal

Featured Sat, 14 Jul 2018
Featured Mon, 1 Jul 2019
Gaya Hidup Tue, 27 Nov 2018

Ayuh Sejenak Membaca Kisah Ini Bersama Anak Anda, Agar Mereka Tahu Betapa Bertuahnya Mereka

Sedih melihat foto seorang kanak-kanak dipukul oleh majikannya hanya kerana dia keletihan. Kejamnya dunia!

Gaya Hidup Thu, 18 Jul 2019

Semua wanita suka merah jambu, tapi kenapa?

Selalunya wanita memakai warna merah jambu, rasa lebih cantik!