Gaya Hidup By: tex_admin April 19, 2018 @ 9:00am

Kehamilan Di Luar Rahim Bahaya Untuk Wanita. Ini Antara Perkara Yang Perlu Anda Tahu

Mungkin ramai di antara wanita di luar sana yang masih tidak tahu tentang betapa bahayanya apabila hamil di luar rahim. Kalau anda nak tahu, jika kehamilan jenis ini tidak diberikan perhatian dan rawatan segera, ia boleh menyebabkan kematian kepada ibu dan bayi.

Kehamilan di luar rahim atau dikenali sebagai kehamilan ektopik di mana janin pada kebiasaanya akan melekat dan membesar di tiup fallopio. Sekiranya kehamilan ini menjadi terlalu besar, ia boleh menyebabkan tiub tersebut pecah seterusnya akan menyebabkan kematian. Takut kan?

Foto: MedicineNet

Anda mesti tertanya-tanya tentang punca yang boleh menyebabkan kehamilan ektopik ini kan? Sebenarnya, kehamilan jenis ini berlaku mungkin disebabkan terdapat jangkitan tiub terdahulu seperti penyakit yang berkaitan radang pelvis, klamidia dan gonorea. Selain itu, pengambilam ubat-ubatan kesuburan juga menjadi salah satu punca kehamilan ektopik ini berlaku.

Simptom kehamilan luar rahim

Terdapat beberapa simptom awal yang boleh membantu mengenal pasti kehamilan di luar rahim seperti:

1. Pendarahan faraj yang tidak normal. Darah ini biasanya berbeza daripada haid biasa, sama ada ia lebih banyak atau sedikit, dan mungkin warnanya lebih gelap daripada biasa dan cair (sesetengah orang menggambarkannya seperti ‘jus prun’).

2. Sakit yang teruk dan berterusan di satu bahagian pada bawah perut: Ini adalah simptom yang biasa. Jika anda mengalaminya dan anda mengesyaki anda hamil, anda harus segera berjumpa doktor. 

3. Jika kehamilan di luar rahim ini tidak dikenal pasti dari awal, dan tiub anda menegang akibat pembesaran embrio sehingga ia pecah, maka anda akan mengalami simptom-simptom berikut: 

  • Sakit yang teruk dan berlaku tiba-tiba, dan beransur-ansur merebak ke seluruh bahagian perut.
  • Berpeluh, rasa seperti hendak pitam, cirit-birit atau terdapat darah dalam najis.
  • Tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalaman yang teruk.
  • Sakit pada hujung bahu. Ini boleh berlaku jika pendarahan dalaman itu mengganggu organ dalaman lain seperti diafragma (rusuk).

Rawatan yang boleh dilakukan

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti yang kami nyatakan, anda perlu mendapat rawatan dengan segera bagi mengelakkan masalah yang lebih besar daripada berlaku. Ini antara cara untuk merawat kehamilan ektopik :

1. Rawatan konservatif

Rawatan ini hanya untuk wanita yang asimptomatik dan tiup fallopian nya tidak pecah serta tiada pendarahan pelvis.

2. Rawatan perubatan

Suntikan melthotrexate juga boleh merawat kehamilan jenis ini. Tapi, ia sesuai untuk wanita yang tiub fallopian nya tidak pecah, diameter kantung kehamilan kurang dari 3cm, tahap serum beta-hCG kurang dari 3000 IU dan imbasan ultrabunyi tidak menunjukkan sebarang pendarahan dalam pelvis.

3. Pembedahan

Kebiasaannya, wanita yang hamil jenis ini akan menjalani pembedahan laparoskopi (pembedahan teropong). Biasanya jenis pembedahan ini dilakukan bagi wanita yang tiup fallopian nya tidak pecah. Tetapi, jika tiup tersebut pecah, pembedahan harus dilakukan dengan lebih cepat tanpa menggunakan laparoskopi.

Semoga info ini dapat membantu anda untuk mengesan lebih awal dan dapat mengatasinya dengan seberapa cepat yang boleh. Apa pun, anda perlu sentiasa sabar dan jangan jadikan masalah ini sebagai penghalang untuk anda mendapatkan zuriat.

Sumber: Baby Center

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 29 May 2020

Kluster baharu dikesan dengan 100 peratus pesakit tidak bergejala

Punca lonjakan jumlah kes harian positif COVID-19

Featured Mon, 9 Jan 2023

“Sebab Curang Ini Pilihan Bukan Paksaan” – Dr Fadzilah Kamsah

Hm betul apa pesan Dr Fadzilah Kamsah ni kan!

Featured Fri, 3 Apr 2020

Salsabila jual aneka kuih tradisional Melayu di Belanda

Anak jati Pontian sedia khidmat makanan halal

Featured Wed, 7 Dec 2022

Hafiz Mahamad Dedah Aktiviti Harian – “Saya Hanya Menumpang Rezeki….”

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Hafiz Mahamad mendedahkan dia hanya menumpang rezeki isterinya, Syafiqah Aina.   View this post on Instagram   A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) Hafiz berkongsi perkara terbabit menerusi kemas kini […]

Featured Fri, 13 Dec 2019
Featured Fri, 6 Jan 2023

Tak Kisah Berpakaian Sederhana, Fynn Jamal Berniqab Demi Kejar Ganjaran Akhirat

Penyanyi Fynn Jamal yang sudah beristiqamah mendekatkan diri dengan hal keagamaan berpesan untuk tidak terlalu taksub dengan fesyen yang lagha. @ayana2262 #assalamualaikum_🙏 ♬ bunyi asal – 𝚈𝚊𝚗𝚊1202 Menerusi video yang dimuat naik di TikTok oleh […]

Gaya Hidup Fri, 7 Dec 2018
Gaya Hidup Mon, 25 Sep 2023
Gaya Hidup Wed, 26 Dec 2018

Trolley vs Basket While Grocery Shopping: Which One Benefits You More?

The right one is good not only for your health but also wallet.

Featured Sat, 14 Jul 2018