Gaya Hidup By: Nani Ramlee October 22, 2018 @ 10:00am

Keliru Dengan UVA, UVB, SPF dan PA? Jom Fahami Maksud Label Produk Sunscreen Anda

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal JAMA Dermatology, para penyelidik daripada Northwestern University Feinberg School of Medicine mendapati bahawa walaupun 93% dari mereka yang hadir ke klinik pernah membeli sunscreen atau pelindung matahari, kebanyakan daripada mereka kurang memahami istilah yang digunakan pada label produk.

Kurang daripada separuh peserta didapati boleh mengenal pasti istilah yang digunakan. UVA, UVB, SPF, broad spectrum, PA, semuanya mungkin mengelirukan pengguna. Adakah anda juga keliru? Jangan bimbang, kerana artikel ini akan menerangkan semua istilah yang biasa digunakan pada produk penting ini.

Sunscreen atau sunblock?

Kebanyakan jenama produk sunscreen hari ini sebenarnya merupakan campuran sunscreen dan sunblock. Perkataan ini juga sering digunakan secara silih berganti. Sunscreen atau sunblock membantu melindungi anda dari sinaran ultraviolet berbahaya matahari dengan cara yang berbeza:

Sunscreen: Ia berfungsi dengan cara menapis sinaran ultraviolet (UV) matahari. Juga dipanggil pelindung kimia, ia menyerap kebanyakan sinaran UV dan lebih biasa digunakan berbanding sunblock. Pelindung matahari ini menggunakan pelbagai bahan kimia yang menyerap sinaran UV berbahaya sebelum ia menembusi kulit anda.

Foto: busybeemommyandme.blogspot.com

Sunblock: Sunblock atau pelindung fizikal memantulkan sinaran matahari daripada kulit. Ia menghalang sinaran UV daripada menembusi kulit. Kebanyakan sunblock menggunakan titanium oksida atau zink oksida sebagai bahan aktif.

Apakah itu sinaran UVA dan UVB?

Terdapat pelbagai jenis sinaran daripada cahaya matahari. Sinaran yang paling merosakkan kulit dipanggil sinaran ultraviolet (UV). UVB dan UVA adalah dua jenis sinaran ultraviolet yang sampai ke permukaan bumi.

Sinaran UVB bertanggungjawab menghasilkan selaran matahari (sunburn). Cara mudah untuk mengingatinya ialah UVB menyebabkan burning (terbakar). Sinaran UVB juga memainkan peranan paling besar dalam menyebabkan kanser kulit.

Sinaran UVA menembusi lebih jauh ke dalam kulit dan memainkan peranan yang lebih besar dalam penuaan kulit termasuk pembentukan kedut muka. Oleh itu, ingatlah UVA menyebabkan aging (penuaan). UVA juga memainkan peranan dalam pembentukan kanser kulit.

Terdapat kira-kira 500 kali ganda sinaran UVA dalam cahaya matahari berbanding sinaran UVB. UVA ada pada setiap hari, sewaktu terik mahupun mendung disebabkan keupayaannya menembusi tingkap dan awan.

Berapa banyak SPF yang anda perlukan?

SPF bermaksud faktor perlindungan matahari (Sun Protecting Factor). Ia mengukur keupayaan pelindung matahari menapis sinaran UVB. SPF 30 bermaksud bahawa secara teknikal, anda boleh keluar di bawah sinaran matahari 30 kali lebih lama sebelum anda terbakar berbanding jika anda keluar tanpa pelindung matahari, selagi mana anda menyapu pelindung matahari dengan secukupnya.

Foto: Banana Boat

SPF 30 bukanlah bererti keberkesanan dua kali ganda daripada SPF 15. Sebaliknya, keberkesanan penapisan sinaran UVB adalah seperti berikut:

  • SPF 15 menapis kira-kira 93% sinaran UVB
  • SPF 30 menapis kira-kira 97% sinaran UVB
  • SPF 50 menapis kira-kira 98% sinaran UVB

Oleh itu, perbezaan antara SPF 30 dan SPF 50 hanya penambahan keberkesanan penapisan 1%. Sekiranya pelindung matahari disapu semula setiap dua jam dan gunakan dalam jumlah yang betul, pelindung matahari SPF 30 sudah cukup untuk orang dewasa biasa.

Maksud broad spectrum

Oleh kerana SPF hanya mengukur perlindungan terhadap sinaran UVB, pelindungan daripada UVA ditunjukkan dengan perkataan ‘broad spectrum‘ atau spektrum luas.

Kebanyakan bahan aktif pelindung matahari melindungi daripada UVB, tetapi sangat sedikit yang mempunyai pelindungan UVA, dan hanya sedikit menawarkan kedua-duanya. Pelindung matahari yang menggabungkan kedua-dua pelindung matahari fizikal dan kimia biasanya mempunyai ciri spektrum luas.

Bagaimana dengan PPD dan PPA?

Pelindung matahari keluaran Amerika Syarikat yang melindungi daripada sinaran UVA dan UVB dilabel sebagai spektrum luas. Namun terdapat beberapa kritikan daripada aktivis pengguna bahawa piawaian yang digunakan sangat lemah. Iaitu asalkan pelindung matahari tersebut memberikan perlindungan daripada sinaran UVA, walaupun perlindungan itu sangat rendah.

Foto: ZME Science

Oleh itu, di negara-negara lain, label untuk perlindungan UVA mungkin tidak sama. Ujian dan label lain digunakan berbeza dengan label SPF yang sama di seluruh dunia. Banyak pelindung matahari daripada Eropah dan Asia menunjukkan tahap perlindungan UVA yang lebih spesifik antaranya pada label:

  • PPD (Persistent Pigment Darkening): digunakan di Asia dan Eropah, PPD hampir sama kaedah ujian seperti SPF tetapi mengukur pendedahan kepada UVA. Sebagai contoh, PPD 10 bermakna ia akan mengambil masa 10 kali lebih lama untuk kulit anda menjadi gelap berbanding jika tidak memakai pelindung matahari tersebut.
  • PA (Protection Grade of UVA): digunakan di negara-negara Asia seperti Jepun dan Korea Selatan, sistem PA meringkaskan dan mengelompokkan penilaian daripada ujian PPD. Sebagai conoh, PA+ bermaksud pelindung matahari tersebut mendapat PPD2-4, dan begitulah seterusnya hingga PA++++ yang bermaksud PPD 16 atau ke atas.

Disebabkan sinaran UVA sentiasa ada dan boleh memberi kesan penuaan serta kanser kulit, pelindung matahari perlu dipakai setiap hari, termasuklah pada hari mendung dan redup. Ingat, mencegah lebih baik daripada merawat.

Sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 23 May 2018

Doktor Nasihat Hati-Hati Beli Ayam Di Bazar Ramadan Kalau Tak Nak Terkena Kuman Ini

Sebelum beli ayam di bazar Ramadan, anda perlu peka tentang kebersihan juadah itu.

Gaya Hidup Tue, 13 Feb 2018

7 Jenis Makanan Tingkat Keghairahan Agar Suami Tak Cari Lain

Pasif di ranjang atau kurang keghairahan melakukan hubungan seks, sering dikaitkan dengan wanita lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak. Keadaan ini biasanya didorong kesibukan harian dipejabat serta komitmen dirumah.

Gaya Hidup Tue, 8 May 2018

Rindu Zaman Kanak-Kanak? Jom Flashback Permainan Popular Yang Pasti Akan Mengimbau Nostalgia

Kalau anda rindu zaman kanak-kanak anda, jom kita imbau kenangan anda bermain permainan ini.

Gaya Hidup Mon, 1 Oct 2018

Lapan Pekerjaan Pelik Yang Wujud Di Muka Bumi Tuhan

Sesetengah daripadanya menerima bayaran lebih tinggi daripada seorang doktor, jurutera mahupun akauntan. 

Featured Sun, 28 Oct 2018
Featured Thu, 27 Feb 2020
Featured Fri, 14 Sep 2018
Gaya Hidup Wed, 23 Jan 2019

Pelukis ini menggunakan cawan Starbucks untuk menghasilkan seni kartun menarik!

Bintangnya ialah watak duyung yang sinonim dengan jenama kedai kopi ini.

Gaya Hidup Fri, 20 Apr 2018

Karva Salon For Ladies By Nora Danish Utamakan Privasi Wanita

Aktres Nora Danish terus mengukuhkan profilnya sebagai usahawan dengan pembukaan empayar perniagaan baru iaitu Karva Salon For Ladies by Nora Danish.

Gaya Hidup Mon, 9 Apr 2018

Stres Bila Ada Stretch Mark Lepas Bersalin? Amalkan Cara Mudah Ini

Anda mesti akan berasa risau bila ada stretch mark pada bahagian perut semasa hamil. Betul tak?

| Live TV