Gaya Hidup By: Ad Ops September 27, 2018 @ 10:00am

Kementerian Perumahan Malaysia Dedah Syarikat Pemaju Yang Disenaraihitamkan, Sebelum Beli Rumah Check Dulu!

Sebelum membeli sesebuah rumah itu, anda kena buat banyak kajian kerana pembelian ini jauh daripada mudah dan murah, dan selalunya ia merupakan pembelian untuk jangka masa panjang. Lainlah kalau anda kaya!

Salah satu perkara yang anda perlu ambil kira ialah syarikat pemaju untuk projek perumahan yang anda minati kerana faktor ini banyak mempengaruhi progres terhadap rumah idaman anda.

Bagi anda yang tak tahu, jika pemaju tiba-tiba lari dengan duit pelanggan, projek itu akan tergendala atau dihentikan. Ini akhirnya akan menyebabkan anda bukan saja hilang duit tapi juga kehilangan masa.

Jangan risau, kerana Kementerian Perumahan baru-baru ini telah mengeluarkan senarai terbaru syarikat pemaju di Malaysia yang telah disenaraihitamkan. Ini adalah supaya para pembeli rumah akan lebih tahu-menahu dan berhati-hati jika mereka ingin membeli rumah daripada syarikat-syarikat bermasalah ini.

Ada 4 senarai semuanya iaitu untuk pemaju tanpa lesen, pemaju yang mengingkari Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR), pemaju yang gagal untuk membayar kompaun dan pemaju yang terlibat dalam projek perumahan yang diabaikan.

Ada banyak! Senarai-senarai ini adalah yang terbaru dan telah dikemaskini hingga 13 September lalu.

Jika anda tengah fikir nak beli rumah, semak dulu senarai-senarai ini dan check sama ada syarikat pemaju anda itu tak bermasalah atau tidak.

1. Syarikat pemaju tanpa lesen

2. Syarikat pemaju yang mengingkari Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)

 3. Syarikat pemaju yang gagal untuk membayar kompaun

4. Syarikat pemaju yang terlibat dalam projek perumahan yang diabaikan

Sumber: World Of Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 26 Jul 2019

Starbucks Malaysia rai 3 barista ‘istimewa’

Penggemar kopi, cuba buat langkah ini!

Featured Wed, 17 Jan 2018

8 Tip Diet Imran Ajmain

Penyanyi yang popular dengan lagu Seribu Tahun, Imran Ajmain berkongsi kejayaan menurunkan berat badan daripada 129 kilogram ke 110 kilogram dalam masa 5 bulan. Jelas Imran dia melakukan secara perlahan kerana tidak mahu terlalu memaksa […]

Featured Fri, 23 Dec 2022

Manisan ‘Sweet Table’ Kena Kecam, Ini Penjelasan Fazley Yaakob

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob sering dikecam segelintir wargamaya akibat manisan ‘Sweet Table’ yang mengundang kontroversi. @fazleyyaakob BALIK-BALIK SWEETTABLE KENA KECAM! Semalam, saya menjamu beberapa rakan-rakan media di @sukasucrebistro sempena tradisi hujung tahun dulu-dulu. Dan […]

Gaya Hidup Tue, 19 Jun 2018

Hanya Guna Gula Dan Lemon Untuk Tanggalkan Bulu Pada Anggota Badan. Memang Jimat!

Memang jimat! Anda tidak perlu berbelanja mahal untuk menanggalkan bulu, hanya guna cara ini saja!

Gaya Hidup Tue, 5 Jun 2018
Gaya Hidup Thu, 20 Sep 2018

Ketahui 5 Personaliti Berdasarkan Coklat Kegemaran Anda

Bagi anda yang suka coklat susu, anda adalah seorang yang bijak dan suka menjadi pusat perhatian.

Featured Tue, 20 Dec 2022

Jawab Q&A Session, Naufal Isa Kongsi Erti Sahabat Sejati – “Walaupun Jauh Kita Masih Doakan Dia”

Pempengaruh, Naufal Isa yang sering muncul dengan kandungan motivasi menjelaskan erti sahabat sebenar. @naufal.isa Sahabat ni,melengkapkan. Bukannya saling mencari kesalahan. Sahabat ini juga bukan soal sejauh mana sempurnanya kita. Tetapi soal sejauh mana kita saling […]

Acara Wed, 13 Nov 2019

Starbucks Malaysia perkenal 3 perisa istimewa sempena perayaan

Penggemar kopi jangan terlepas peluang cuba kopi enak!

Gaya Hidup Tue, 15 Jan 2019
Gaya Hidup Mon, 28 May 2018

Buat Perangkap Nyamuk Anda Sendiri Dengan Menggunakan Teknik DIY Yang Mesra Alam Ini

Tak perlu pakai asap ataupun bahan kimia yang membahayakan.