Gaya Hidup By: Fadzlena Jafar December 4, 2019 @ 12:07pm

Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP bantu kanak-kanak Orang Asli

Jenama produk isi rumah terkenal, TOP bekerjasama dengan Tesco menganjurkan kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP bagi menyediakan keperluan persekolahan kanak-kanak Orang Asli di Pahang dan Perak.

Menerusi kempen yang bermula 15 November hingga 15 Disember 2019 itu, sebanyak RM0.30 daripada setiap pembelian produk terpilih TOP di semua cawangan Tesco atau Tesco Online akan disumbangkan bagi membeli pakaian seragam sekolah, kasut, stoking, beg sekolah dan alat tulis baharu.

Latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan menyebabkan ramai kanak-kanak Orang Asli hadir ke sekolah dengan pakaian seragam yang tidak lengkap. Gambar hiasan/Sumber Southern Lion

Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik) Southern Lion Sdn Bhd (Southern Lion), Ling Ai Li, berkata menerusi inisiatif program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Cerahi Kehidupan Bersama TOP itu, pihaknya berharap dapat memberi motivasi kepada kanak-kanak Orang Asli untuk mengikuti sesi pembelajaran di sekolah.

“Objektif kempen ini adalah untuk menggalakkan kehadiran kanak-kanak Orang Asli ke sekolah melalui sumbangan pakaian seragam dan kelengkapan sekolah yang dapat meningkatkan keyakinan serta imej diri.

“Selain itu, kami berharap sumbangan ini dapat mendidik kanak-kanak Orang Asli mengenai kepentingan pendidikan dalam kehidupan dan mempunyai penampilan diri yang bersih serta kemas,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, baru-baru ini.

Orang Asli mewakili hanya 0.7 peratus daripada populasi rakyat Malaysia dengan sebahagian daripada mereka tinggal di bawah garis kemiskinan. Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, transisi pelajar Orang Asli daripada sekolah rendah ke sekolah menengah adalah 73.1 peratus berbanding purata kebangsaan 87.19 peratus  pada tahun 2017.

Kadar purata kehadiran pelajar Orang Asli ke sekolah rendah adalah 87.4 peratus, lebih rendah berbanding purata kebangsaan, justeru bantuan pihak korporat penting bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pendidikan dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

Kebanyakan kanak-kanak Orang Asli berminat untuk ke sekolah, namun ketiadaan kelengkapan persekolahan melemahkan semengat mereka untuk hadir ke sekolah. Gambar hiasan/Sumber Southern Lion

Tahun ini, kempen berkenaan memberi tumpuan kepada komuniti luar bandar membabitkan Orang Asli di Pos Tenau, Kuala Rompin dan Sungai Lembing dengan menyediakan pelbagai keperluan persekolahan, selain menyediakan buku latihan yang diharap dapat mengurangkan beban kewangan keluarga.

Jenama yang menerima Putra Brand Award 2019 Platinum untuk kategori produk isi rumah itu menganjurkan pelbagai program CSR membabitkan pendidikan kerana percaya bahawa setiap kanak-kanak perlu mendapat pendidikan yang baik.

Sejak empat tahun lalu, TOP menganjurkan kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP yang,membantu kanak-kanak daripada beberapa buah rumah anak yatim berusia tujuh hingga 17 tahun dengan kelengkapan sekolah.

Sejak dilaksanakan, kempen itu berjaya membantu lebih 1,800 orang kanak-kanak daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan.

TOP yang dibangunkan oleh Lion Corporation Jepun, terkenal dengan konsep yang mengutamakan kehidupan bermutu dengan menggalakkan cucian pakaian lebih bersih, selesa dan kesejahteraan hidup lebih baik menerusi inovasi teknologinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 May 2020
Gaya Hidup Fri, 6 Apr 2018

[VIDEO] Anak Diragut, Ini Sebab Ibu Bapa Perlu Fikir Dahulu Sebelum Pakaikan Anak Barang Kemas!

Kalau orang dewasa pun boleh kena ragut, inikan pula budak kecil yang lemah dan mudah diperdaya.

Gaya Hidup Mon, 15 Jan 2018

Suplemen Kolagen. Selamat Atau Tidak?

Suplemen berkolagen kini semakin mendapat tempat di hati golongan wanita lebih-lebih lagi ia dikatakan mampu mencantikkan, mencerahkan serta mengembalikan keanjalan kulit. Namun, tahukah anda pengambilan produk kolagen dalam kuantiti yang banyak boleh memberi kesan terhadap […]

Gaya Hidup Tue, 5 Feb 2019

10 petua menghilangkan kesan kotoran degil

Anda hanya perlu menggunakan bahan dari dapur sahaja

Featured Wed, 6 May 2020
Gaya Hidup Wed, 29 May 2019

Dr Irma, wanita serba boleh berjiwa seni

Seni adalah minatnya sedari dulu

Featured Tue, 20 Dec 2022

Imran Bard Bangga Miliki Kancil Turbo – “Kalau Kat Highway Aku Kanan Je!”

Pempengaruh media sosial, Imran Bard sekali lagi berjaya mencuri tumpuan warganet dengan gelagat dan kata-katanya yang sering menyelar tohmahan orang luar terhadap dirinya. @kucengnanges hidup kancil! 🚙 #anakkirimansyurga #imerang #imranbard #anaqkirimanheaven #kancilturbo ♬ original sound […]

Gaya Hidup Tue, 8 May 2018

Rindu Zaman Kanak-Kanak? Jom Flashback Permainan Popular Yang Pasti Akan Mengimbau Nostalgia

Kalau anda rindu zaman kanak-kanak anda, jom kita imbau kenangan anda bermain permainan ini.

Cahaya Mata Mon, 30 Jan 2023

Umum Hamil Lagi, Netizen Bimbang Kesihatan Isteri Fizo Omar – “Tak Boleh Jadi Contoh…”

Kesian juga dekat yang pregnant tu.. Hmm apa pendapat korang?