Gaya Hidup By: tex_admin April 12, 2019 @ 11:06am

Kenali Shangkharee Nadarajan, graduan perubatan yang lupakan kerjayanya untuk menjadi pelakon

Oleh: Syarifah Fatin Anisa Tuan Said Shakh

Gelaran sebagai  doktor tidak menjadi penghalang buat Shangkharee Nadarajan untuk terlibat dalam industri hiburan tanah air.

Meskipun layak untuk menjadi pegawai perubatan di  hospital tempatan, Shangkharee lebih berminat untuk memberikan sumbangan kepada bidang seni penyiaran negara.

Menariknya, graduan jurusan perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia ini juga pernah menyertai pertandingan ratu cantik Miss Universe pada 2014 dan mendapat tempat ketiga bagi Dewi Remaja 2010.

Foto: Remaja

“Menyertai pertandingan ratu cantik adalah seperti peluang untuk membebaskan diri daripada dunia perubatan dan meneroka alam baharu yang membawa pengalaman berbeza dalam hidup saya,” jelas gadis tinggi lampai ini.

Apabila ditanya lebih lanjut mengenai perbezaan antara dunia perubatan dengan bidang penyiaran yang diceburi, dia tidak menyangkal hakikat bahawa kedua-duanya mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Dunia perubatan lebih menuntut dirinya untuk menjadi rasional dan bergantung kepada fakta manakala bidang hiburan memberikan peluang kepada dirinya untuk mengekspresikan sifat kreativiti yang dimilikinya.

Di samping itu, dia yang dibesarkan oleh ibu tunggal menjelaskan bahawa ibunya adalah sumber kekuatan dan pendorong dalam hidupnya. Meskipun tidak mengaplikasikan kelayakannya dengan berkhidmat sebagai pegawai perubatan, ibunya tidak pernah mempersoalkan perkara tersebut.

Malah, ibunya memberi sokongan padu terhadap keputusan yang diambilnya.

Selain pernah menjadi model untuk beberapa majalah terkenal tanah air, beliau juga berpeluang memulakan karier dalam bidang pengacaraan.  

Bermula dengan menjadi  pengacara untuk  rancangan televisyen V Buzz yang disiarkan di Astro Ulagam beberapa tahun lalu dan yang terbaru, dia akan berlakon dalam teater Malaya Relived: Merdeka arahan Shafeeq Shajahan yang bakal disiarkan pada 19 April ini .

“Meskipun tiada pengalaman sebagai pelakon, saya sering mengagumi seni lakonan sejak terlibat dalam rancangan V Buzz lagi termasuklah hasil kerja yang dilakukan Shafeeq,” katanya.

Oleh itu, saya terus menghubunginya apabila saya mengetahui bahawa beliau sedang mencari pelakon bagi teater yang bakal dihasilkannya,” jelas Shangkharee.

Shangkharee diberitahu bahawa tiada kekosongan bagi pelakon wanita pada waktu itu tetapi disebabkan keberanian dan semangat yang ditonjolkan, dia diterima sebagai sebahagian daripada para pelakon yang bakal menjayakan teater tersebut.

Selain itu, dia menitipkan pesan kepada gadis muda yang ingin menceburkan diri dalam bidang hiburan sepertinya agar mencari keseimbangan antara pelajaran dan cita-cita yang diimpikan.

“Tidak salah untuk mencapai impian sebagai penghibur tetapi pendidikan adalah ciri istimewa setiap insan yang membezakan mentaliti setiap manusia,” jelasnya.

 

Shangkharee memegang watak sebagai Shivani Chandra, iaitu imigran wanita dari India yang memainkan peranan besar dalam memerdekakan tanah air. Teater Malaya Relived: Merdeka bakal bakal dipentaskan pada 19 April ini di GMBB Gallery, Kuala Lumpur.

Jika anda berminat, layari laman sesawang: https://www.liverandlung.com/malayarelived bagi maklumat lanjut mengenai tiket pementasan teater ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Apr 2020

PKP dilanjut sehingga 12 Mei dengan sedikit kelonggaran

Peperangan menentang COVID-19 perlu diteruskan

Featured Wed, 23 Nov 2022

“Awkward & Malu Sedikit…” – Adam Lee Lebih Gembira Selepas Menikah

Pelakon Adam Lee yang baru sahaja menamatkan zaman bujang bersama aktres Sweet Qismina mendedahkan banyak perkara baharu yang dilaluinya setelah bergelar seorang suami. Menurut Adam, kehidupannya selepas berumah tangga lebih gembira kerana kini ditemani oleh […]

Gaya Hidup Tue, 11 Jun 2019
Featured Sun, 22 Mar 2020
Gaya Hidup Mon, 8 Jan 2018

Untuk Wanita Berumur 30-An, Jangan Abaikan 5 Perkara Ini Kalau Nak Cantik

Sedar tak sedar, usia sudah masuk angka 30. Wah pantasnya masa berlalu pergi! Bagi sesetengah wanita, usia 30 tahun boleh dikatakan sebagai waktu puncak , punya karier yang stabil serta keluarga sendiri. Kehidupan pun sudah […]

Gaya Hidup Fri, 22 Jun 2018
Gaya Hidup Tue, 17 Mar 2020
Gaya Hidup Tue, 1 May 2018

Perhatian Kepada Wanita Bekerjaya! Ini 5 Tanda Yang Akan Anda Alami Jika Terlalu Penat Bekerja

Sebenarnya, kalau terlalu penat bekerja, ia akan memudaratkan diri kita! Ketahui 5 tanda ini.

Featured Thu, 8 Aug 2019
Gaya Hidup Tue, 29 Jan 2019