Gaya Hidup By: Ad Ops May 12, 2018 @ 9:00am

Kerana Obses, Wanita Ini Hiasi Rupa Dan Rumahnya Serba Pink, Sakit Mata Tengok!

Kaum wanita mesti gemarkan warna merah jambu. Dan kalau suka, mungkin mereka akan masukkan warna itu ke dalam outfit mereka, tapi tak mungkinlah dari atas sampai bawah.

Pelakon dan penyanyi yang berasal dari Los Angeles, Kitten Kay Sera, lain sikit orangnya.

Minatnya terhadap tona ini terlalu mendalam sampai dia memang akan memakai pakaian serba pink. Rambutnya pun diwarnakan.

Bukan itu saja! Dia terlalu obses sampai setiap objek di dalam hidupnya pun berwarna pink!

Foto: Jordan Ring Photography

Pakaian, perabot, perkakas isi rumah, kereta, anjingnya Miss Kisses… semuanya pink! Memang patutlah dia digelar sebagai The Pink Lady Of Hollywood.

Tak percaya? Tengok sendiri.

Foto: Facebook Kitten Kay Sera

Foto: Hugh Hamilton

Foto: Instagram Kitten Kay Sera

Menurut wanita berumur 38 tahun ini, dia sudah menjalani kehidupan all-pink ini sejak 1980. “Pada tahun itu, saya mengenakan pakaian serba merah jambu untuk hari jadi saya, dan ia rasa ngam dengan jiwa saya.

“Saya tak pilih warna itu; ia telah memilih saya.”

Tambahnya lagi, ramai yang ingat ini adalah hanya satu fasa di dalam hidupnya. “Tapi ia telah menjadi semakin teruk!

“Tengoklah, saya telah membeli lebih banyak barang berwarna merah jambu. Nampaknya saya tak boleh berhenti,” katanya sambil ketawa.

Nak ketahui lebih lanjut betapa pinknya dunia wanita ini, jom tengok video di bawah. Ia membawa anda ke rumah Kitten Kay, jadi anda boleh tengok bagaimana rupa bilik tidurnya, almari pakaiannya serta dapur.

Dia juga akan menunjukkan pakaian, aksesori, kasut, perabot, peralatan isi rumah dan sebagainya. Semua pink!

Bagi yang tak minat warna merah jambu, anda memang akan sakit mata bila tengok video ini. Awas ya!

Cuba bayangkan berapa banyak duit yang telah dihabiskan untuk mencari peralatan khusus berwarna pink.

“Saya rasa kita perlu bergembira sewaktu hidup. Nyawa kita tak panjang, jadi kita patut hidup seperti mana yang kita inginkan,” kata Kitten Kay.

“Orang di luar sana mungkin akan mengejek saya, tapi saya tak ada masa nak layan. Saya hanya buat apa yang saya nak dengan hidup saya.

“Ini adalah identiti saya, dan inilah bagaimana saya ingin orang lain untuk mengingati saya.”

Cayalah!

Sumber: Twitter Insider, Facebook Kitten Kay Sera

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 11 Sep 2019
Featured Wed, 28 Dec 2022
Featured Fri, 10 Jan 2020
Featured Fri, 5 Jul 2019

Guna duit bonus suami untuk ke London

Pengorbanan yang sangat berbaloi!

Gaya Hidup Fri, 3 Jan 2020

69 % rakyat Malaysia mahu mengembara sendirian, anda bagaimana?

Keselematan, kesunyian bukan halangan dengan Klook!

Gaya Hidup Sat, 6 Oct 2018

Anda Tahukah Apa Maksud Di Sebalik Nama Jenama H&M? Ini Jawapannya!

Selama ini kita beli saja bajunya tanpa mengetahui sejarah kedai ini.

Gaya Hidup Wed, 13 Jun 2018

Jangan Biarkan Karpet Anda Penuh Hama! Ikuti 5 Langkah Penjagaan Ini

Percayalah, karpet yang mempunyai hama akan menjejaskan kesihatan anda.

Featured Mon, 13 Aug 2018
Gaya Hidup Fri, 22 Jun 2018

Breastfeeding Dan Berenang Petua Ramona Zam Zam Rampas Kembali Saiz Asalnya

“The most magical day of my life,” bicara Ramona Zamzam tentang puteri sulungnya, Ivanna Alashkar.

Featured Wed, 15 Sep 2021

Saya Pernah Berkata Kepada Tuhan, ‘Bawalah Saya Pulang’- Ras Adiba Dedah Detik Sukar Bergelar OKU

Senator Datuk Ras Adiba Radzi cukup dikenali sebagai figura terkemuka dalam bidang penyiaran dan kini, beliau merupakan Ahli Dewan Negara mewakili orang kurang upaya (OKU). Sejak disahkan lumpuh separuh badan pada tahun 2002, bekas personaliti […]