Gaya Hidup By: tex_admin May 1, 2018 @ 9:00am

Kiub Ais Aloe Vera Mampu Kecutkan Jerawat. Buat Sendiri, Jimat & Senang!

Jerawat merupakan masalah biasa yang akan menghantui setiap golongan wanita mahupun lelaki. Lagi banyak tumbuh lagi stres kita dibuatnya! Betul tak? Mungkin anda pernah mencuba pelbagai jenis produk untuk merawat masalah jerawat ini, tapi jerawat tersebut tetap tumbuh.

Jangan risau, penulis nak kongsikan kepada anda salah satu petua yang dapat membantu mengecutkan jerawat sekaligus menjadikan kulit wajah anda licin dan flawless. Kiub ais aloe vera antara cara yang boleh selesaikan masalah anda! Jom kita lihat cara-cara nak buat kiub ini.

Cara-cara nak buat:

1. Buangkan duri dan kulit pada bahagian bawah aloe vera. Kemudian, keluarkan isinya dan masukkan ke dalam mangkuk kecil.

2. Masukkan isi aloe vera tersebut ke dalam pengisar dan kisar sehingga hancur. Anda tidak perlu tambah air kerana lendir aloe vera akan memudahkan proses kisaran tersebut.

3. Setelah itu, masukkan dalam acuan air batu dan bekukan dalam peti sejuk. 

Cara untuk memakainya:

1. Apabila aloe vera sudah membeku, keluarkan daripada acuannya. Oleskan kiub aloe vera tersebut pada seluruh wajah sehingga kiub tersebut cair. Kemudian, biarkan kering. 

2. Setelah kering, cuci bersih wajah anda menggunakan air bersih. Saat ini anda akan merasakan kulit wajah menjadi lembut dan fresh.

3. Anda perlu melakukan petua ini 3 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang menakjubkan. 

Mudah sahaja kan? Tak salah kan kalau anda nak cuba petua ini sebab penulis jamin aloe vera ini 100% selamat untuk kulit wajah anda. Jangan biarkan masalah jerawat ‘membunuh’ rasa percaya diri anda! Selamat mencuba!

Sumber: Petua Ibu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 15 May 2018

Nak Cantik Hujung Rambut Hingga Hujung Kaki, Ladies Kena Amalkan Penggunaan Minyak Pati

Daripada insomnia sehinggalah masalah jerawat, segala kebimbangan anda tentang penjagaan kecantikan boleh diselesaikan dengan bantuan minyak pati.

Featured Fri, 5 Jun 2020
Gaya Hidup Fri, 6 Jul 2018

Nak Pindah Rumah? Ikuti 7 Tip Ini Yang Boleh Menyenangkan Kerja Anda

Tak semestinya anda perlu bungkus semua barang ke dalam kotak.

Gaya Hidup Tue, 25 Sep 2018
Gaya Hidup Fri, 23 Dec 2022
Featured Tue, 10 Dec 2019
Featured Wed, 4 Jan 2023

Petik Kata Pujangga, Ucapan Tahun Baru Hana Ismail Bakar Semangat Netizen Mulakan Hidup Baru

Tahun 2022 sudah melabuhkan tirainya, pengacara Hana Ismail menzahirkan ucapan tahun baru buat warganet agar sentiasa menjadi lebih baik dan positif. @hanaalmauzah_Episod 4 | BISMILLAH 2023 ⚡️♬ original sound – Hana ismail Menerusi hantaran di […]

Gaya Hidup Wed, 12 Sep 2018
Featured Fri, 30 Dec 2022

Kalah Main Badminton, Imran Aqil & Dahlia Rizal Terpaksa Cium Stokin!

Pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil dan tunang, pempengaruh Dahlia Rizal terpaksa mencium stokin setelah tewas dalam permainan badminton. @imjeebsterpantang undur kecuali operasi♬ original sound – iJeebster Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Dahlia […]

Gaya Hidup Thu, 27 Sep 2018

Uniknya Terrarium Air Tangan Sang Pengembara…Love Sangat!

Terrarium dalam bahasa Latin bermaksud bumi mini.