Gaya Hidup By: Padin December 5, 2021 @ 10:20am

Koleksi Barbie Dalam Pakaian Inspirasi Malaysia… Comelnya!

Kita sudah terbiasa melihat patung Barbie menyarungkan pelbagai busana yang cantik dan menawan.

Pernahkan anda terbayang Barbie menyarungkan pakaian dalam inspirasi Malaysia?

Taylor’s University, Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) dan Barbie Mattel telah bekerjasama dalam projek baharu untuk mempamerkan kekayaan budaya dan warisan Malaysia dalam usaha untuk memelihara dan meraikan kepelbagaian seni dan kraf pelbagai etnik di negara ini.

The Patung Project yang diperkenalkan secara rasmi kepada umum di pameran KLFW baru-baru ini menampilkan empat pelajar dari program Taylor’s Fashion Design Technology dengan koleksi anak patung Barbie berpakaian tradisional berinspirasi Malaysia yang dimodenkan berdasarkan empat tema artisan – Manik Nyonya, Sulaman Tekat, Kaligrafi dan Inai.

Andrew Tan, pengasas dan ketua pegawai eksekutif KLFW dan pengarah program bersama Universiti Taylor’s untuk program Sarjana Muda Teknologi Reka Bentuk Fesyen berkata:

“Kerjasama antara KLFW, Taylor’s University dan Barbie Mattel hadir pada masa Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) yang sedang mengubah industri dengan pantas. Perkembangan ini memerlukan bakat yang memperolehi set kemahiran baharu untuk pekerjaan masa hadapan termasuk segmen fesyen dan runcit.

“Memandangkan sektor ini mengalami perubahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini disebabkan oleh pendigitalan yang pesat dalam proses bahagian hadapan dan bahagian belakangnya, maka penting untuk memastikan para peneraju fesyen veteran, serta bakat baharu dalam ruang fesyen mengikuti perkembangan zaman demi memartabatkan industri fesyen dan tekstil Malaysia.”

Untuk tujuan ini, Universiti Taylor’s telah berusaha untuk merintis bidang pedagogi bagi menangani keperluan pasaran semasa serta membantu pembangunan sosial dan ekonomi negara.

Mengambil langkah untuk mengekalkan kebolehpasaran graduan untuk masa hadapan dalam landskap buruh yang mencabar, matlamat utama Projek Patung adalah untuk memupuk pelajar dengan kemahiran dan pengalaman yang sesuai bagi membangunkan ketangkasan dan kreativiti agar dapat menangani masalah yang kompleks.

“The Patung Project mencerminkan cita-cita Taylor’sphere dalam memupuk pelajar untuk membangunkan kemahiran kritis yang membentuk intelek, kebijaksanaan praktikal dan kemahiran mereka.

“Tambahan pula, kerjasama yang diwujudkan dengan KLFW dan Barbie Mattel, membolehkan pelajar kami berkembang maju dalam persekitaran tempat kerja selamat yang meniru cara industri fesyen beroperasi sambil dibimbing oleh rangkaian tokoh industri kami yang terkenal seperti Fiziwoo, Borneo Dolls dan para penggiat industri fesyen Malaysia yang terkenal,” kata Maria Sandra Wijaya, Pengarah Program Teknologi Reka Bentuk Fesyen di Universiti Taylor’s.

The Patung Project menyaksikan para pelajar mencipta tiga jenis pakaian bersaiz anak patung setiap satu, dengan setiap pelajar ditugaskan kepada mentor artisan yang membimbing mereka dengan kemahiran untuk mencipta reka bentuk dan teknik dalam Sulaman Tekat, Manik Nyonya, Seni Kaligrafi dan Seni Inai.

Para penggiat seni ini termasuklah Puan Mardziah, Artis Tekat Malaysia; May Lim Seiw Seng, pembuat kasut manik terkenal Malaysia; Ong Chia Koon, artis Kaligrafi; dan Revathi Uthamaseelan, artis Inai.

Dengan pendekatan untuk menggalakkan pelajar mengalami keadaan tempat kerja dunia sebenar dalam industri fesyen, mereka juga diberi peluang untuk bekerjasama dengan pemain industri seperti Fiziwoo, jenama fesyen mewah terkemuka di Malaysia; dan Wesley Anak Juntan, atau lebih dikenali sebagai Wesley Hilton, pengasas Borneo Doll.

Mentor industri ini memainkan peranan sebagai penasihat pelajar dalam mengkonseptualisasikan, membangun, mencipta dan menggayakan koleksi Barbie mereka yang sesuai dengan pentas fesyen di KLFW.

Pelajar tempatan Nur Hasyimah dari Perak menampilkan reka bentuk Kebaya Barbie yang telah dicipta untuk projek itu, dengan menyebut subkultur alternatif seperti punk dan goth yang sering merangkumi pemerkasaan dan keberanian sebagai inspirasinya.

Steffi, pelajar yang berasal dari Indonesia telah mencipta koleksi pakaian Barbie berdasarkan tema artisan Manik Nyonya – satu bentuk seni dan kraf yang rumit yang mewakili masyarakat Peranakan.

Michell Poh kelahiran Sabah mempamerkan koleksi bertemakan pakaian jalanan tradisional India yang diilhamkan oleh seni bina makam Akbar untuk projek itu.

Liu Pei Yi dari China ditugaskan untuk mereka bentuk dan menyusun koleksi berdasarkan tradisi seni kaligrafi kuno China.

Untuk The Patung Project, Pelajar Seni Bina Dalaman dari Universiti Taylor’s juga akan bekerjasama dengan pelajar teknologi reka bentuk fesyen untuk mencipta ruang pengalaman 360˚ untuk pameran maya yang dijangka berlangsung pada bulan Disember.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sat, 18 Aug 2018
Gaya Hidup Fri, 8 Mar 2019

3M Malaysia celebrates women empowerment with gender-balanced initiatives for its staff

Head of technical department Chan Yen Sze also contributed to the cause.

Featured Mon, 20 Jan 2020

Panduan umrah untuk wanita, penting untuk diketahui

Semoga mendapat umrah yang mabrur

Gaya Hidup Thu, 19 Apr 2018

5 ‘Port’ Air Terjun Yang Paling Menarik Di Malaysia. No.4 Paling Best!

Jom nikmati keindahan dan kecantikan air terjun di Malaysia. Pasti teruja!

Gaya Hidup Sat, 22 Dec 2018
Gaya Hidup Tue, 26 Feb 2019
Gaya Hidup Fri, 11 Jan 2019

Resolusi 2019: Jom singkap azam baru selebriti terkenal

Selain kerjaya, menyebarkan kasih sayang dan keamanan menjadi fokus selebriti tempatan.

Acara Mon, 8 Jan 2018

Susah Cari Baju Bila Badan Berbentuk Pear? Ini 7 Tips Untuk Wanita!

Pernah tak bila menyarungkan ‘jeans’ atau seluar panjang, tiba-tiba tersangkut dan sempit di bahagian peha? Namun longgar di bahagian pinggang? Kalau pernah, itu antara tanda bentuk badan yang anda miliki adalah berbentuk pear! Cuba bayangkan […]