Gaya Hidup By: Ad Ops December 16, 2018 @ 1:00pm

Lihatlah Gambar Majlis Perkahwinan Wanita Dari Keluarga Terkaya Di India, Mewah & Meriah!

Memang tuah wanita ini kerana dilahirkan dalam keluarga yang berduit. Tapi bapanya bukan sekadar kaya biasa-biasa.

Mukesh Ambani, 61, adalah lelaki terkaya di India dengan nilai anggaran harta sebanyak $41.5 bilion (RM173.5 bilion)!

Anda pernah dengar tentang Antilla, bangunan 27 tingkat yang merupakan sebuah kediaman peribadi di Mumbai, India? Itu dia yang punya!

Patutlah majlis perkahwinan anak perempuannya Rabu lalu pun meriah sakan, dengan para tetamunya dibarisi oleh golongan artis dan yang ternama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Isha Ambani (@ambani.isha) on

Pengantin perempuan, Isha Ambani, 27 juga untung kerana dia telah mengahwini mogul hartanah Anand Piramal, 33 yang merupakan anak kepada seorang lagi billionaire! Fuyo!

Majlis ini yang diadakan di Antilla dianggarkan telah menelan kos sebanyak $100 juta (RM418 juta) dan merangkumi beberapa acara termasuklah persembahan konsert oleh Beyoncé!

Hmm… bila dah kaya macam itu, mestilah mampu nak minta penyanyi terkemuka di dunia untuk buat private show. Dia dianggarkan telah dibayar sebanyak $4 juta (RM16.7 juta) untuk satu persembahan peribadi!

Foto: Instagram @beyonce

Bukan itu saja! Kerana keluarga ini datang dari golongan elit, tetamu yang datang pun mestilah yang ada nama. Antara yang hadir adalah ahli politik Amerika Syarikat, Hillary Clinton, model dari Russia Natalia Vodianova dan ‘raaamai’ artis Bollywood yang top.

Salah satu daripadanya adalah kawan baik Isha, Priyanka Chopra yang hadir dengan suami barunya Nick Jonas.

Selama dua hari sejak Isnin lalu, tetamu-tetamu khas telah dihiburkan dengan parti tari-menari, brunch dan konsert Beyoncé (45 minit saja!) di bandar Udaipur.

Pada Rabu pula, ratusan tetamu hadir ke Antilla yang dihiasi dengan fairy lights bermeter-meter panjangnya, serta hiasan beribu bunga segar.

Foto: Hindustan Times

Kedua-dua keluarga ini dilaporkan telah menjalankan polisi “no phones” dalam kalangan tetamu supaya majlis ini kekal intim dan private.

Tapi ada juga yang mereka kongsikan kepada orang ramai dan ada juga yang orang sebarkan di laman media sosial.

Jom kita check out gambar-gambar para tetamu, serta potret perkahwinan rasmi Isha, seorang graduan Yale University yang nampak anggun dalam sari perkahwinan bersulam milik ibunya.

Hillary Clinton

Priyanka Chopra dan Nick Jonas

Abhishek Bachchan (kanan), Aishwarya Rai Bachchan dan anak perempuan mereka Aaradhya

Rajinikanth dan isterinya Latha Rajinikanth

Aamir Khan dan isteri Kiran Rao

Karishma Kapoor (kiri) dan Kareena Kapoor Khan

Deepika Padukone dan suaminya Ranveer Singh

Shilpa Shetty

Madhuri Dixit Nene dan suami Shriram Madhav Nene

Inilah rupa Antilla yang dihiasi penuh

Adik lelaki Isha, Anant, kiri, dan Akash, kanan menunggu sambil menunggang kuda untuk menyambut kedatangan keluarga pengantin lelaki

Ini bukan penghabisannya. Majlis resepsi pasangan ini pula diadakan kelmarin (Jumaat) di Jio Garden, Bandra Kurla Complex, Mumbai.

September lalu, Isha dan Anand telah bertunang di Lake Como, Italy. Meriah!

Sumber: Daily Mail

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 7 Sep 2018

Ini Masa Terbaik Untuk Minum Secawan Kopi Pertama Anda

Ia bukannya seawal yang anda sangka.

Gaya Hidup Tue, 31 Jul 2018

Ini Perkara Yang Anda Perlu Buat Jika Berlakunya Gempa Bumi

Di Malaysia mungkin tak ada, tapi tak salah jika anda belajar.

Featured Sat, 14 Dec 2019

Sukar tidur? 5 tanaman ini mampu buat tidur lebih nyenyak

Tidak perlu lagi bergantung pada pil tidur

Gaya Hidup Mon, 19 Mar 2018

Mahu Rasai Keseronokan Berganda Cuti Sekolah Ini? Jom Ke Mamee Jonker House, Melaka

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seisi keluarga di mana pengunjung boleh meneroka keunikan World of Good Taste Gallery, Noodle Doodle, Lil Monsters Kitchen & Merchandise Store, semuanya di bawah satu bumbung!

Featured Tue, 3 Sep 2019

Ikuti panduan ini agar bilik tidur anda kelihatan luas!

Senangnya nak bagi bilik kelihatan luas!

Gaya Hidup Thu, 12 Apr 2018

Ini Cara Mudah Untuk Bersihkan Periuk Yang Hangus Supaya Kembali Berkilat

Kalau tahap kehangusannya teruk sangat, memang susah kita nak cuci balik sampai licin.

familuv Sat, 24 Dec 2022

Selepas Tertusuk Kaca, Isteri Kongsi Keadaan Terkini Tajul

Tular sebuah video memaparkan isteri kepada penyanyi Tajul Arif, Nurul Shamieza Eddie berkongsi momen ketika suaminya dirawat di hospital setelah mengalami kecederaan tertusuk kaca. @icaaeddie2Terima kasih semua yg mendoakan 🫶 alhamdulillah suami dah makin stabil, […]

Featured Fri, 30 Sep 2022

[VIDEO] “Dia Rajin Mandi Awal Pagi…” – Netizen Dedah Rahsia Awet Muda Nasha Aziz

Betul ke petua tu? Boleh cuba kalau nak cantik macam Nasha Aziz 😍

#tilljannah Tue, 6 Dec 2022

Dai Syed Tak Halang Karier Hana Ismail, Ingin Fokus Dalam Perniagaan

Pendakwah selebriti, Dai Syed tidak menghalang isterinya, pengacara Hana Ismail untuk terus aktif dalam bidang seni. Menurut Hana, selepas ini mereka berdua juga akan fokus dalam bidang perniagaan dan mengambil apa sahaja peluang yang ada […]