Gaya Hidup By: Ad Ops January 23, 2018 @ 6:00pm

Magis Alam di MaxOne Hotel Ubud

Pulau Dewata Bali tidak pernah sunyi dengan kehadiran pelancong. Ramai pasangan yang memilih pulau ini sebagai destinasi bulan madu, biarpun keindahan pulau ini semakin terhakis dek pembangunan

Mencari lokasi penginapan bukanlah satu isu biarpun perancangan dibuat pada saat-saat akhir. Mengikut rekod, Perhimpunan Hotel dan Restoran Indonesia pada Februari 2017,  jumlah penginapan di Bali meningkat ke 130,000 buah dengan jumlah bilik mencapai 47 juta. Rekod ini untuk hotel berbintang lima sehinggalah ke rumah penginapan yang tidak berbintang.

Jika merancang untuk menginap di daerah Ubud yang kurang hiruk-pikuk kota, apa kata anda memilih Max One Hotel Ubud yang terletak di Jalan Raya Pengosekan Ubud, Ubud, Kabupaten Gianyar, Bali.

 

Hotel yang baru dibuka pada awal 2017 ini menawarkan 66 buah bilik dengan menampilkan dekorasi berkonsep pop art culture. Biarpun ia bukanlah hotel bertaraf lima bintang, tetapi percayalah penginapan anda di sini pasti tiada penyesalan. Harga bilik di sini bermula serendah IDR 450,000 berserta dengan sarapan percuma untuk dua orang.

Terdapat tiga jenis bilik yang tersedia iaitu Happiness & Max Happiness Room, Warmth Room dan Max Warmth Room. Setiap bilik punya kelengkapan yang lebih kurang sama, cuma Warmth Room dan Max Warmth Room bersaiz lebih luas. Sesuai untuk mereka yang berkeluarga kecil.

Bahkan, bilik Max Warmth Room boleh dihias mengikut tema bulan madu jika anda merancang untuk berbulan madu di sini. Cuma hubungi hotel untuk membuat tempahan awal.

Biarpun rangkaian hotel Max One terkenal sebagai hotel bajet, tetapi kualiti perkhidmatan dan kelengkapan yang tersedia menjanjikan keselesaan tetamu. Satu perkara yang perlu anda tahu, Roof Top Max One Hotel Ubud punya infiniti Sky Pool yang menawarkan pemandangan ‘sunset’ memukau pandangan. Sambil berenang bolehlah menikmati magis alam ini dengan suasana tenang. Tambah memikat jika kunjungan anda ke sini ketika sawah padi menghijau atau menguning.

Roof Top ini jugalah menempatkan Max Bistro yang menyediakan sarapan pagi secara bufet. Pilihan menu agak terhad tetapi cukup untuk mengalas perut sebelum anda menikmati hidangan makan tengahari bercitarasa tempatan. Bagaimanapun, terdapat juga menu ala carte yang boleh ditempah untuk makan tengahari atau makan malam.

Salah satu ruang yang terdapat di Roof Top. Sesuai untuk berchit-chat bersama teman-teman atau sekadar melepaskan lelah seketika.

Pendek kata, Max One Hotel Ubud sangat berbaloi untuk wang. Jika info yang diberikan masih tidak mencukupi, anda boleh melayari www.maxoneubud.com untuk keterangan lanjut.

Berikut beberapa maklumat tambahan berkenaan Max One Hotel Ubud.

1) Terletak 800 meter dari Monkey Forest, 5 minit dari Pasar Ubud dan 1 jam setengah masa perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali.

2) Kemudahan Wifi percuma untuk semua tetamu.

3) Mempunyai spa untuk tetamu memanjakan diri. Ada khidmat urutan di bilik, tetapi perlu maklumkan lebih awal.

4) Perkhidmatan menyewa scooter juga tersedia. IDR 80,000 untuk sewaan sehari.

Selamat bercuti!

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 7 Oct 2019

Gaya 90-an jadi inspirasi rekaan kasut ‘streetwear’ pertama Lacoste

Kekal elegan dengan kasut ‘streetwear’ Court Slam

Featured Thu, 14 May 2020

Keistimewaan akan ditarik balik jika enggan bayar kos penginapan kuarantin wajib

Tindakan undang-undang turut akan diambil kepada PR dan pemegang pas lawatan sosial

Featured Wed, 21 Aug 2019
Featured Tue, 28 May 2019

Prestasi pekerja wanita menurun ketika berada di dalam pejabat yang terlalu sejuk – kajian

Minda mereka terbukti lebih produktif jika suhu pejabat lebih tinggi.

Gaya Hidup Fri, 17 Jan 2020

Kenapa ‘lemau’ setiap kali menjelang Isnin?

Jadikan Isnin sebagai permulaan hari yang membahagiakan!

Featured Sat, 2 Feb 2019
Featured Mon, 25 Jun 2018

Jangan ambil enteng depresi ibu bekerja, rawat sebelum mudarat

Bayangkan, seorang suri rumah pun tidak henti-henti tugasan di rumah, inikan pula ibu yang bekerja.

Gaya Hidup Tue, 6 Nov 2018

Ketagihan Minuman Coffee Cup Boleh Menyebabkan Kanser? Ini Sebabnya!

Acrylamide adalah bahan kimia yang digunakan terutamanya dalam proses perindustrian tertentu, seperti membuat kertas, pewarna dan plastik.

Featured Mon, 24 May 2021

Kini Berkahwin Dengan Kerabat Brunei, Tengku Amalin Aisyah Putri Pernah Bergelar Majistret

Semenjak mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, YAM Pengiran Muda Abdul Qawi Ibni DYTM Pengiran Hj Mohamed Bolkiah, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Amalin Aisyah Putri dilihat lebih banyak menumpukan masanya terhadap keluarga dan kerjaya. […]

Featured Wed, 15 Jan 2020