Gaya Hidup By: Bibi Ramli April 15, 2018 @ 9:00am

Mariah Carey Luahkan Rasa Hati Setelah Bergelut Dengan Gangguan Bipolar Dalam Diam

Sejak beberapa tahun yang lalu, penyanyi tersohor ini memang terkenal dengan perangai divanya, yang membuatkan orang ramai melihatnya sebagai kurang sopan.

Kehidupannya pula sering melalui liku-liku tajam yang memang boleh menjejaskan kesihatan emosi dan mental mana-mana individu.

Pada tahun 2014, Mariah Carey telah bercerai dengan bekas suaminya Nick Cannon yang juga merupakan bapa kepada anak kembarnya, Morrocan dan Monroe.

Kemudian penyanyi berumur 48 tahun itu bertunang dengan ahli perniagaan Australia James Packer tapi mereka berpisah pada 2016.

Nasib malangnya tidak berhenti di situ! Rancangan realitinya di saluran E!, Mariah’s World, pula dihentikan selepas satu musim.

Wah, banyak betul insiden yang menghampakan, bukan saja dari segi hubungan percintaannya malah kerjaya. Mungkin sebab inilah moodnya terumbang-ambing hingga dia dilihat berkelakuan pelik.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini Mariah akhirnya mendedahkan perkara sebenar yang menghantui dirinya: dia menghidapi penyakit gangguan bipolar.

Ini adalah satu masalah mental di mana pesakit mempunyai mood yang sentiasa bertukar di antara kemurungan dan mania.

Penyanyi ini mengesahkan berita diagnosis penyakitnya itu dalam edisi majalah People untuk minggu ini.

Ia dikenalpasti ketika dia dimasukkan ke hospital pada 2001 ekoran gangguan mental dan fizikalnya. Pada masa itu, dia berkata dia tidak mempercayai kata-kata doktor dan pada mulanya, dia enggan menerima rawatan.

Baru-baru ini, dia telah mengubah fikiran kerana beberapa tahun kebelakangan ini merupakan tahun-tahun yang paling mencabar baginya.

Foto: Fox

“Oleh kerana saya tak boleh terima kenyataan yang saya sebenarnya bipolar, saya telah hidup dalam ketakutan sekiranya ada orang yang mendedahkan keadaan sebenar,” katanya kepada People.

“Bebannya terlalu berat dan saya tak sanggup lagi memikulnya. Jadi saya lebih berbuka hati untuk menerima rawatan.

“Selain itu, saya memilih untuk meluangkan masa dengan orang-orang yang positif. Akhirnya saya kembali melakukan aktiviti yang saya suka – mencipta muzik.”

 

A post shared by Mariah Carey (@mariahcarey) on

Mariah kini sedang menjalani terapi dan mengambil ubat untuk Bipolar 2 yang melibatkan kemurungan dan hypomania. Dia berkata ubatnya itu tidak melemahkan badan.

Sebelum ini, untuk tempoh masa yang lama, Mariah berfikiran yang dia mengalami gangguan tidur kerana dia sering tak dapat lelapkan mata. Sebaliknya dia sentiasa bekerja dan ada perasaan takut yang kuat di dalam dirinya sekiranya dia menghampakan seseorang yang memberi harapan tinggi padanya.

Penyakit itu rupa-rupanya sejenis mania, bukan insomnia. Ada kalanya bipolar ini menyebabkan dia memukul dinding apabila dia terasa murung.

“Saya berasa sunyi dan sedih; bersalah pun ada kerana saya tak buat apa yang saya patut untuk kerjaya saya.”

Itu semuanya sudah lepas. Penyanyi yang memiliki 18 lagu hit nombor satu dan telah menjual lebih 200 juta album, kini sudah kembali ke studio dan akan mengeluarkan sebuah album pada tahun ini.

Mariah berkata dia berada dalam satu keadaan baik di mana dia selesa berbincang tentang bipolarnya secara terbuka.

“Saya mengharapkan kita akan mencapai satu tahap di mana tak akan ada lagi stigma terhadap mereka yang memutuskan untuk menangani masalah mereka secara bersendirian.

“Ia tak patut mengawal hidup saya dan saya enggan biarkan perkara itu berlaku.”

Sumber: CosmopolitanMalaysian Digest

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 6 Mar 2019
Gaya Hidup Thu, 28 Mar 2019

Wanita dari United Kingdom ini tidak boleh merasai kesakitan dan ini sebabnya

Beliau tidak mempunyai kebolehan untuk berasa sakit seperti manusia normal lain.

Gaya Hidup Mon, 16 Dec 2019
Gaya Hidup Thu, 24 Jan 2019
Gaya Hidup Thu, 19 Jul 2018
Gaya Hidup Mon, 16 Apr 2018

Belajar Buat Ramen Halal Ketika Melancong Ke Kyoto. Pengalaman Unik Yang Takkan Anda Lupa!

Jika anda ke restoran Ramen Factory di Kyoto, anda bukan saja dapat makan ramen halal, tapi anda boleh juga buat ramen anda sendiri!

Featured Mon, 15 Jun 2020

Tag roti Gardenia jadi aksesori cantik penyambung pelitup muka

Murah, bergaya, paling penting kitar semula

Gaya Hidup Sun, 20 Jan 2019

Enam bahasa tubuh yang sering dipraktikkan dalam kehidupan seharian masyarakat Jepun. No 2 dianggap aneh! 

Bahasa tubuh, salah satu cara menterjemahkan sesuatu tanpa perlu bertutur.

Gaya Hidup Tue, 30 Apr 2019
Gaya Hidup Mon, 1 Oct 2018

Lapan Pekerjaan Pelik Yang Wujud Di Muka Bumi Tuhan

Sesetengah daripadanya menerima bayaran lebih tinggi daripada seorang doktor, jurutera mahupun akauntan. 

| Live TV