Gaya Hidup By: Ad Ops January 26, 2018 @ 7:45pm

Menstruasi : Apa Yang Perlu Dimakan?

Setiap bulan, setiap wanita mengalami pengalaman menstruasi yang berbeza. Ada yang perlu berbaring seharian ketika datang bulan. Ada pula yang boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa. Tapi tahukah anda bahawa dalam setiap fasa kitaran menstruasi, corak pemakanan yang patut anda amalkan juga berbeza? Mengamalkan corak pemakanan yang betul mengikut fasa menstruasi anda dapat membantu dan mengawal ketidak-stabilan hormon dan mengurangkan simptom pra-menstrual (PMS).

FASA 1 (MENSTRUASI)

Kitaran haid bermula pada hari pertama anda datang bulan. Ketika ini, anda akan merasa sedikit letih dan tidak bermaya. Senggugut dan rasa loya sering menyerang ketika fasa ini. Selera makan anda juga semakin hilang. Untuk mengurangkan kelesuan, pastikan anda mengambil nutrisi yang cukup untuk menggantikan cecair yang hilang dari tubuh anda.

Pastikan anda mengambil makanan yang kaya dengan sumber Vitamin C seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta zat besi seperti daging merah, kuning telur, dan ikan. Ketika fasa ini, jangan lupa mengambil makanan tambahan yang terdiri daripada Vitamin B-Kompleks kerana ia memberi tenaga kepada badan anda yang lesu.

https://static01.nyt.com

FASA 2 (FOLIKEL)

Sebaik saja haid berhenti, anda akan memasuki fasa kedua iaitu folikel. Ketika fasa ini anda akan lebih bertenaga dan ceria. Hormon estrogen anda meningkat, begitu juga dengan keinginan seksual anda. Dalam fasa ini, ovari sedang menghasilkan ovum-ovum yang terbaik untuk dilepaskan ketika fasa ovulasi.

 Jika anda sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat, ini adalah fasa yang penting untuk menjaga pemakanan agar sistem reproduktif anda dapat berfungsi dengan baik. Teruskan menikmati buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan Vitamin C kerana ia dapat menambah cecair dalam badan anda dan meningkatkan lendiran serviks.

Kehadiran lendiran serviks amat penting kerana ia membantu sperma berenang lebih jauh menuju tiub fallopio. Untuk memastikan sistem imunisasi anda berada pada kadar maksimum, pastikan anda kerap berjemur di bawah matahari pagi untuk mendapatkan sumber Vitamin D. Atau sekurang-kurangnya, pastikan ada ikan salmon atau tempeh atau telur dalam menu harian anda untuk mendapatkan nutrisi yang sama.

 

http://food.fnr.sndimg.com

FASA 3 (OVULASI)

14 hari sebelum kitaran haid seterusnya bermula, merupakan hari dimana salah satu ovari melepaskan ovum yang paling matang. Bagi yang inginkan zuriat, anda dan suami perlu bersama lebih kerap ketika ini dan persenyawaan boleh berlaku sebaik saja ovum dilepaskan. Bagaimanapun jika tiada persenyawaan berlaku, ovum akan bergerak menuju ke tiup fallopio dan seterusnya ke uterus.

Ketika fasa ini, anda lebih bertenaga dan selera makan anda bertambah. Sama ada anda mahu hamil ataupun tidak, pastikan anda mengambil makanan yang kaya dengan zink seperti bayam, bawang putih, bijirin dan cokelat gelap. Zink membantu menstabilkan hormon reproduktif anda iaitu Estrogen dan Progesteron. Kekurangan zink dalam tubuh anda mengakibatkan kitaran haid yang tidak teratur dan mengganggu perkembangan sistem reproduktif anda.

FASA 4 (LUTEAL)

Fasa keempat ini lebih dikenali sebagai ‘Two Week Wait (TWW)’ bagi mereka yang sedang berusaha untuk hamil. Fasa ini agak panjang berbanding tiga fasa sebelum ini. Dalam tempoh ini, anda perlu menunggu selama dua minggu untuk mengetahui sama ada anda berjaya hamil ataupun tidak.

Ketika fasa ini, hormon Progesteron mengambil alih tugas hormon Estrogen. Progesteron berfungsi untuk merangsang uterus sebagai persediaan untuk hamil. Tempoh ini agak mengelirukan kerana simptom PMS yang biasa anda lalui sama dengan simptom di awal kehamilan. Kekejangan perut, sakit kepala, kulit kusam, emosi yang tidak stabil merupakan simptom biasa sebelum kitaran haid yang seterusnya bermula ataupun sebelum anda disahkan hamil.

Pada fasa ini, selera makan anda meningkat dan ianya normal untuk memuaskan selera makan anda. Bagaimanapun, pastikan makanan yang anda ambil merupakan makanan yang sihat. Elakkan makanan yang diproses, makanan yang tinggi kandungan gula dan bahan pengawet serta perasa tiruan.

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 1 May 2020

Malala, Greta guna kuasa wanita tuntut hak

Saling menyokong antara satu sama lain

Gaya Hidup Mon, 16 Dec 2019
Featured Thu, 25 Oct 2018

Bagaimana Mendapat Gambar Yang Perfect Untuk Instagram, Ini Taktiknya!

Kalau nak gambar dapat banyak tanda suka, foto-foto yang dimuat naik mestilah kena perfect!

Gaya Hidup Tue, 3 Dec 2019

ISETAN The Japan Store tampil segar dengan wajah baharu

Bukan sahaja jenama Jepun, jenama tempatan pun ada

Gaya Hidup Sun, 11 Nov 2018

6 Perkara Anda Patut Tahu Tentang Pas Unlimited Untuk Perkhidmatan Bas & Keretapi Malaysia

Pas bulanan bernilai RM100 ini adalah sebahagian daripada peruntukan dari Bajet 2019.

Gaya Hidup Mon, 10 Sep 2018

Saintis Ini Kongsikan Sebab Kenapa Anda Tidak Boleh Duduk Terlalu Lama. Bahaya Rupanya!

Jika anda seorang yang suka bermalas-malasan, fungsi dalaman tubuh anda akan semakin lemah!

Featured Sun, 29 May 2022
Gaya Hidup Tue, 14 May 2019
Featured Sun, 22 Mar 2020