Acara By: Fadzlena Jafar September 22, 2019 @ 8:26pm

Mira Filzah lancar Honor 20 Pro Icelandic Frost

Pelakon terkenal, Mira Filzah, antara selebriti yang tersenarai dalam Top 5 Anugerah Bintang Popular BH edisi ke-32 (ABPBH 32) sempat hadir ke Sunway Pyramid bagi melancarkan Honor 20 Pro Icelandic Frost, sebentar tadi.

Pelancaran pilihan warna baharu telefon bimbit Honor 20 Pro itu dilakukan bersempena dengan pembukaan kedai Honor baharu di pusat beli-belah Sunway Pyramid.

Kelvin Lee (tiga dari kiri) bersama-sama  Jasmond Lee (tiga dari kanan) dan James Lai (dua dari kanan) merasmikan pembukaan kedai Honor baharu di Sunway Pyramid.

Kehadiran Duta Honor 20 Pro atau Honor 20 Series Wonder Girl itu dinanti-nantikan ratusan peminatnya, lebih-lebih lagi menjelang malam kemuncak ABPBH 32 kerana Mira Filzah dikatakan antara yang disebut-sebut bakal mengungguli ABPBH 32 berikutan menerima tujuh pencalonan dalam senarai akhir anugerah terbabit. 

Selaku Duta Honor 20 Pro, Mira Filzah berkata, kerjasama beliau dengan jenama terkemuka itu memberi peluang kepadanya untuk mempromosikan kerjayanya yang memerlukan rakaman gambar mahupun video.

“Sebagai seorang artis, saya selalu mengambil gambar atau merakam video termasuk berswafoto di sepanjang pengembaraan saya sebagai seorang pelakon dan juga pengacara.

“Oleh itu, kerjasama denga Honor 20 Pro ini banyak memudahkan kerja saya kerana gambar dan video yang saya rakam menggunakan telefon ini tampak cantik serta memuaskan,” katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan kedai Honor baharu di Sunway Pyramid, sebentar tadi.

Kedai Honor di tingkat 1, Sunway Pyramid memudahkan pengguna untuk mendapatkan telefon bimbit Honor pilihan masing-masing.

Yang turut hadir ialah Pengarah Access Mobile Marketing (M) Sdn Bhd (Access Mobile Marketing), Kelvin Lee; Pengurus Runcit Kanan Access Mobile Marketing, Jasmond Lee dan Pengurus Runcit Access Mobile Marketing, James Lai.

Mira Filzah disunting selaku Honor 20 Series Wonder Girl untuk tempoh setahun bermula awal tahun 2019 membabitkan pelbagai siri promosi Honor 20 Pro di seluruh negara.

Selain warna baharu Icelandic Frost yang menampilkan warna merah jambu berkilat, Honor 20 Pro juga didatangkan dalam dua warna pilihan lain iaitu Phantom Black dan Phantom Blue yang elegan.

Honor 20 Pro Icelandic Frost adalah pilihan warna baharu yang pasti memikat pengguna.

Mira Filzah berkata, selain warna yang tampak moden dan menawan, Honor 20 Pro turut mempunyai beberapa kelebihan yang pasti memberi manfaat kepada pengguna yang gemar merakam gambar atai video.

“Warna baharu Icelandic Frost ini amat memikat kerana warna merah jambu memang sinonim dengan wanita dan paling penting, ia tampak elegan dan bergaya. Selain itu, ia mempunyai beberapa kamera termasuk kamera khusus untuk berswafoto dan anda tidak memerlukan applikasi untuk mencantik wajah anda.

“Antara kelebihan Honor 20 Pro adalah ia mempunyai penstabil imej, jadi gambar tidak kabur apabila dirakam ketika dalam keadaan bergerak, malah gambar tampak jelas apabila dirakam pada waktu gelap atau malam dan anda juga boleh zum masuk apabila merakam gambar objek yang jauh,” katanya.

Honor turut menawarkan pelbagai aksesori seperti Honor Band 5, Honor Body Fat Scale dan Honor Monster Headpone II.

Sementara itu, ketika ditanya peluang beliau dalam ABPBH 32, Mira Filzah akui beliau tidak mengharapkan untuk memenangi hadiah utama iaitu Bintang Paling Popular meskipun dicalonkan dalam tujuh kategori.

“Saya berharap untuk memenangi satu daripada kategori yang saya dicalonkan, siapa yang tidak? Tetapi untuk anugerah utama (Bintang Paling Popular) mungkin agak sukar kerana ABPBH berasaskan undian peminat, justeru sesiapa saja mempunyai peluang untuk menang.

“Apapun, peminat saya sudah melakukan yang terbaik. Kalah menang adat pertandingan,” katanya.

Honor 20 Pro kini boleh didapati di pasaran di semua kedai telekomunikasi Honor pada harga RM2,299.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Feb 2020

Bekas wartawan kini pengusaha katering berjaya, ini resipi kejayaannya

Kongsi panduan jatuh bangun dalam perniagaan

Acara Thu, 2 Mar 2023
Gaya Hidup Sat, 30 Jun 2018
familuv Sat, 24 Dec 2022

Selepas Tertusuk Kaca, Isteri Kongsi Keadaan Terkini Tajul

Tular sebuah video memaparkan isteri kepada penyanyi Tajul Arif, Nurul Shamieza Eddie berkongsi momen ketika suaminya dirawat di hospital setelah mengalami kecederaan tertusuk kaca. @icaaeddie2Terima kasih semua yg mendoakan 🫶 alhamdulillah suami dah makin stabil, […]

Gaya Hidup Tue, 6 Mar 2018

Anda Ingat “Bearded Lady” Dalam Filem The Greatest Showman Hanya Fiksyen? Ini Bukti Wanita Berjanggut Memang Wujud!

Sebenarnya, memang ada sejenis penyakit yang boleh menyebabkan golongan wanita untuk tumbuh rambut berlebihan di muka atau di badan.

Acara Thu, 9 Aug 2018

Dapat Kuruskan Badan, Ini Antara 8 Manfaat Yang Bikin Anda Mahu Kayuh Basikal Sekarang!

Makin lama anda kayuh, makin banyak manfaat anda dapat!

Featured Wed, 7 Nov 2018

Lelaki ini Sesak Nafas Lalu Maut 10 Minit Selepas Menerima Rawatan Urut Thai

Eh, Thai massage pun boleh membahayakan sampai begitu sekali?

Cahaya Mata Thu, 22 Dec 2022

Hantar Anak Check Up Dentist, Alih-Alih Gigi Fizo Omar Yang Kena Cabut!

Pelakon Fizo Omar terkejut apabila mengetahui dia masih memiliki gigi bongsu biarpun sudah menginjak usia 40 tahun.   View this post on Instagram   A post shared by Fizo Omar (@fizoomar) Perkara tersebut diketahui Fizo […]

Acara Fri, 25 May 2018

Dari Siri TV, Mak Cun Tampil Dengan Permainan Digital

Ceriakan hari anda dengan permainan digital Mak Cun’s Adventure!