Gaya Hidup By: Ad Ops September 17, 2018 @ 2:00pm

Model Mengandung Ini Melalui Proses Kelahiran Ketika Catwalk Untuk Fashion Show Rihanna

Pertunjukan fesyen Rihanna untuk jenama pakaian dalaman wanitanya, Fenty x Savage merupakan salah satu show yang paling lain daripada yang lain di New York Fashion Week.

Untuk acara tersebut yang berlangsung pada 12 September lalu, penyanyi dan pelakon itu telah menampilkan dua orang model yang mengandung di pentas peragaan terkemuka itu. Salah seorang daripadanya adalah rakannya Slick Woods.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @slickwoods on

Memang ketara yang model ini sedang berbadan dua di atas runway. Dia memperagakan pakaian dalaman berwarna hitam dengan jayanya, tapi sebaik saja dia turun pentas dan pergi ke backstage, situasinya menjadi sedikit rumit.

Menurut TMZ, Slick terus melalui proses kelahiran (went into labour) sebaik saja dia menamatkan sesi peragaannya. Tapi Sabtu lalu model berumur 22 tahun ini mengesahkan menerusi sebuah post Instagram, yang ia telah berlaku “semasa” fashion show itu sedang berlangsung!

Gambar yang dimuat naik adalah Slick sendiri ketika dia sedang memperagakan pakaian Fenty x Savage di acara itu.

Caption bertulis: “Sebuah rupa, proses kelahiran selama 14 jam, seorang Raja telah dilahirkan.

“Inilah rupa seorang wanita yang sedang dalam labor. Kita bertahan. Ramai daripada kita tak tahu pun sesukar mana perit getir yang kita sendiri lalui.

“Saya boleh buat apa saja yang saya mahu, bila-bila saya nak; dan anda pun boleh!”

Foto: Getty/Ilya S. Savenok

Waaaah!

Slick dan teman hidupnya Adonis Bosso (juga seorang model) menamakan bayi lelaki mereka Saphir, sempena batu kelahiran untuk bulan September, sapphire.

Mungkin lambat lagi untuk Saphir mendengar sendiri kisah menakjubkan di sebalik kelahirannya, tapi syabas untuk Slick Woods!

Dia telah menguasai runway Fenty x Savage dan kemudian melalui proses kelahiran selama 14 jam. Kalau itu tak berikan anda motivasi untuk bekerja keras, tak tahulah.

Sumber: Marie Claire

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Sat, 29 Jan 2022

Teater Tanjong Beri Wadah Kepada Remaja & Kanak-Kanak

Teater Tanjong merupakan sebuah teater anjuran Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan dengan kerjasama JKKN Negeri Sembilan dan disokong oleh MyCreative, Cendana dan juga PRISMA. Pementasan ini bertujuan untuk memberikan wadah buat anak remaja dan kanak-kanak […]

Featured Fri, 11 Oct 2019

Pemberian hibah lindungi hak wanita

Ketahui 6 cara urus harta peninggalan

Gaya Hidup Fri, 26 Oct 2018

Selebriti Hollywood Paling Diva, No. 3 Anda Mesti Tak Percaya!

Sikap diva mereka sehinggakan diberi jolokan ‘The Mean Girls’ oleh wartawan hiburan di Hollywood.

Featured Sun, 24 May 2020
Featured Fri, 7 Dec 2018

Pusat Hiburan Tidak Dibenarkan Beroperasi Melabihi Jam 1 Pagi bermula 2019. Ini Berita Baik!

Pada si kaki clubbing, tiba masanya untuk anda mencari hobi yang lebih berfaedah!

Featured Mon, 13 Jan 2020

Muflis pada usia muda, ini puncanya?

Nafsu dan pengurusan wang yang lemah!

Featured Fri, 27 Dec 2019
Gaya Hidup Fri, 20 Jul 2018

Pening Bau Durian Dalam Kereta? Ini 5 Cara Paling ‘Win’ Untuk Atasinya

Janganlah biarkan bau durian melekat berhari-hari dalam kereta anda, buat pening kepala saja!

Gaya Hidup Thu, 30 Aug 2018

Nak Tahu Bagaimana Anda Mentafsir Sesebuah Kehidupan, Jom Layan Kuiz Ini

Objek pertama yang anda lihat menerusi gambar ini bakal mengungkap bagaimana anda mentafsir sesebuah kehidupan selain goals yang ingin dicapai!

Featured Fri, 30 Dec 2022

Netizen ‘Serang’ Irfan Khairi Semasa Sesi Live, Tanya Mana Rumah Siti Nurhaliza Di Dubai

Jutawan internet, Irfan Khairi yang kini menetap di Dubai ‘diserang’ netizen semasa sesi live di TikTok kerana ingin mengetahui keberadaan rumah Datuk Seri Siti Nurhaliza. @cikumi77 #CapCut #dubai –#sitinurhaliza #ctdk #irfankhairi #worldwide @Siti Nurhaliza ♬ suara […]