Gaya Hidup By: Ad Ops February 20, 2018 @ 11:43am

Nak Gigi Kekal Putih Bersih Dan Bersinar? Jangan Makan Atau Minum 7 Bahan Ini

Senyuman ini ada banyak manfaatnya, termasuklah mengurangkan stres dan menguatkan immune system badan anda. Selain itu, dengan hanya memberikan senyuman, nescaya anda akan lebih mudah disenangi dan disukai ramai.

Tapi tak syoklah kalau gigi anda nampak kekuningan. Lagi putih berseri gigi anda, lagi confident anda akan rasa untuk melemparkan senyuman. Betul tak?

Walaupun teknik memutihkan gigi, atau “teeth bleaching“, semakin popular sekarang, ia tak digalakkan kerana ia akan melemahkan akar gigi serta meningkatkan kadar sensitivitinya.

Jadi, anda tak perlu susah-susah atau bayar lebih untuk dapatkan gigi yang putih berseri. Cuma elak atau kurangkan penggunaan bahan makanan dan minuman yang boleh menguningkan gigi anda, seperti ini:

1. Teh hitam

wikimedia.org

Air teh biasa yang berjenama Boh dan Lipton, atau yang kita selalu order kat kedai mamak tu, itulah black tea. Warna perang yang keluar dari daun teh itu dipanggil tannin, dan itulah ramuan yang menguningkan warna gigi.  Jadi teh hijau adalah pilihan yang lebih baik dan lebih berkhasiat.

2. Kopi O

 

Kalau minum sekali-sekala itu tiada masalah, tapi jika anda ketagih dengan kafein dan minum lima ke enam cawan kopi O sehari, besar kemungkinan lama-lama warna gigi anda akan suram. Kalau nak juga minum kopi dalam jumlah yang banyak, anda boleh cuba tambahkan krim atau susu untuk kurangkan kesan kopi tersebut.

3. Minuman kola

Flickr.com

Air minuman seperti Coca-Cola dan Pepsi bukan saja tinggi kandungan gula yang boleh menyebabkan gigi anda mereput jika tak dijaga. Air ini juga mengandungi banyak pewarna tiruan yang boleh mencacatkan senyuman anda.

4. Buah dan sayur yang berasid

Pixabay.com

Ya, memanglah ia kaya dengan nutrien tapi jus extract dari buah-buahan dan sayur-sayuran yang berasid boleh membuat gigi anda nampak kekuningan; terutamanya buah sitrus dan tomato. Ia akan menghakis enamel pada permukaan gigi hingga mendedahkan lapisan dentin di bawahnya.

5. Minuman isotonik

www.procaffenation.com

Kononnya setelah minum air ini, anda akan dapat habiskan marathon dengan jayanya atau jadi lebih bertenaga untuk sesuatu perlawanan sukan. Sebenarnya ia mengandungi terlalu banyak gula dan ramuan tiruan. Jadi lebih baik minum air masak je. Kebanyakan air minuman isotonik jugak bergas dan berasid.

6. Gula-gula

delishably.com

Bukan sekadar mengurangkan kekuatan gigi dengan kandungan gulanya, kebanyakan jenis gula-gula juga mempunyai warna tiruan yang boleh merosakkan warna putih gigi anda.

7. Kicap

maxpixel.freegreatpicture.com

Tengok warna pun boleh tahu yang kicap ini tak elok untuk gigi kalau digunakan selalu. Lagipun kicap atau mana-mana bahan makanan yang masin boleh meningkatkan tekanan darah tinggi. Jadi lebih baik kurangkan.

Kesemua jenis makanan dan minuman ini memang kita selalu jumpa, tapi mesti ada alternatif yang lebih baik untuk kesihatan badan serta gigi anda.

Sumber: Viral Ventura

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 8 Jan 2018

Hilangkan Senggugut Dengan 8 Tips Berkesan, Kena Cuba Tips Ke-6 Tu!

“Sakitnya pinggang. Kepala pening, rasa loya dan nak muntah… ‘Miss V’ pula rasa berdenyut-denyut. Semuanya serba tak kena…! Macamana nak hilangkan senggugut ya?” Padanlah orang perempuan selalu ‘moody’, PMS katanya… Habis satu badan diserang sakit-sakit. […]

Gaya Hidup Thu, 4 Oct 2018

Tip Pemanduan Ketika Musim Hujan Yang Perlu Anda Praktikkan

Paling banyak kematian berpunca daripada kemalangan jalan raya.

Featured Fri, 21 Dec 2018
Gaya Hidup Thu, 30 Aug 2018

Nak Tahu Bagaimana Anda Mentafsir Sesebuah Kehidupan, Jom Layan Kuiz Ini

Objek pertama yang anda lihat menerusi gambar ini bakal mengungkap bagaimana anda mentafsir sesebuah kehidupan selain goals yang ingin dicapai!

Featured Mon, 27 Apr 2020
Gaya Hidup Mon, 9 Apr 2018

Stres Bila Ada Stretch Mark Lepas Bersalin? Amalkan Cara Mudah Ini

Anda mesti akan berasa risau bila ada stretch mark pada bahagian perut semasa hamil. Betul tak?

Gaya Hidup Tue, 26 Nov 2019

Ini respons betul ketika berdepan dengan individu yang ingin bunuh diri

Kadangkala niat baik kita boleh memberi impak negatif.

Gaya Hidup Thu, 13 Sep 2018

Pelakon Hollywood Jennifer Lawrence Dedah Sebab Dia Membenci Platform Media Sosial

Bukan ke semua artis sekarang mesti ada sekurang-kurang satu akaun?

Featured Fri, 16 Dec 2022
Featured Fri, 6 Jan 2023

Athisha Khan Berpurdah, Noor Kartini Terkejut Ingatkan Neelofa.. Netizen Komen: “Takkan Tak Kenal Anak Sendiri?”

Tular sebuah video memaparkan Datin Noor Kartini, ibu kepada pengacara terkenal, Neelofa yang terkeliru apabila salah seorang anaknya, Athisha Khan tampil mengenakan purdah. @cikketayapmadu Hahahaha comey Mak Neelofa ni berlakon 😂❤️ Athisha lawa pakai jilbab […]