Gaya Hidup By: Yanie Baharom April 3, 2018 @ 5:57pm

Nak Makan Churros Yang Panas Dan Sedap? Jom Serbu Street Churros Sekarang

Street Churros, jenama makanan yang sememangnya gah sebagai rangkaian kafe churros terbesar di dunia. Berasal dari Korea Selatan yang cukup popular dengan makanan-makanan di jalanan (street food) yang dimasak secara segar (fresh) dan panas-panas.

To all Malaysian yang sudah mencubanya pasti bersetuju churros di Street Churros, menjanjikan kenikmatan lazat sehingga menjilat jari. Apatah lagi variasi churros yang versatil ada ditawarkan ditambah pula dengan harganya yang affordable dengan kualiti makanan yang ditawarkan.

Ini kerana setiap bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan Churros menggunakan bahan premium, ‘segar’ dan handmade. Memang feel bila menikmati churros di outlet Street Churros sendiri. Susun atur yang menggunakan konsep santai dengan hiasan yang cukup minimalis mewujudkan ambience eksklusif dan menarik.

Foto Kredit : Street Churros Malaysia

Terdapat 3 jenis churros yang ditawarkan iaitu cinnamon, coklat dan keju. Tetapi yang sentiasa menjadi permintaan pelanggan adalah ‘cinnamon churros‘ (top-seller).

Ada juga filling churros yang mana anda dapat merasai ‘filling’ yang telah dimasukkan secara terus dalam churros. Harga bagi setiap churros adalah RM5.90.

Selain itu terdapat juga perisa  cream cheese dan korean strawberry yang ditawarkan untuk tempoh terhad. Di mana harganya cuma RM7.90 untuk setiap satu.

Menambahkan kenikmatan dalam hidangan churros anda cicah bersama dipping ‘butterscotch’ atau perisa yang lainnya antaranya coklat, krim cheese dan blueberry. Untuk dipping boleh didapatkan dengan tambahan harga RM1.90.

Foto Kredit : sallysamsaiman.com

Satu lagi jenis churros yang disediakan, adalah ‘Stick Churros’ yang mana setiap satu berharga RM9.90, selain boleh gabungkan dua kombinasi perisa antaranya seperti coklat, cheese (keju) dan cinnamon.

Selain itu terdapat juga Ice-Cream Churros dengan seleksi perisa vanila berharga RM7.90. Akan tetapi untuk musim terhad kita boleh merasai ‘swiss cheese’.

Untuk tambahan topping seperti chocoloate cheese, blueberry cheese dan butterscotch cheese, harga yang dikenakan cuma RM8.90.

Berada dalam senarai kegemaran pelanggan adalah ‘Churros Fries’ yang rasanya seperti french fries. Ia dihidang bersama sos pilihan iaitu ‘sour-cream’, tomato dan seaweed dengan harga RM7.90.

Foto kredit : instpeek.com

Tidak terbatas pada makanan saja, Street Churros juga menyediakan pilihan menu minuman seperti Shake – O’MY Mango dan O’MY Coconut, masing-masing berharga RM9.90.

Termasuk Coffee- Cafe Latte, Caramel Macchiato dan Spanish Latte. Bagi penggemar kopi, anda pasti jatuh cinta dengan variasi kopi yang ditawarkan di sini terutama Spanish Latte, berharga RM8.90 (panas) dan RM9.90 (sejuk).

Terdapat pelbagai hidangan penyejuk tekak lain yang turut disediakan, tetapi kenalah datang ke cawangan Street Churros sendiri!

Foto Kredit : Street Churros Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 18 Jan 2018

Krisis Pertengahan Usia: Apa Yang Perlu Anda Ambil Tahu

Krisis pertengahan usia adalah transisi antara identiti dan keyakinan diri yang berlaku dalam kalangan individu pertengahan usia dalam lingkungan 45 hingga 64 tahun. Krisis ini boleh dilihat dari segi psikologi dan kelakuan yang berbeza untuk […]

Gaya Hidup Sat, 19 Oct 2019
Featured Mon, 18 Jun 2018

Stres Dengan Masalah Rambut Berminyak & Berbau? Cuba 3 Petua Berkesan Ini

Jangan biarkan rambut anda berminyak, atasi dengan 3 cara ini.

Gaya Hidup Mon, 2 Jul 2018
Gaya Hidup Thu, 14 Jun 2018

Hanya Guna Ais Sahaja Untuk Bakar Lemak. Cuba Dan Lihat Keberkesanannya!

Ya! Hanya guna ais sahaja mampu bunuh lemak-lemak degil pada badan anda!

Gaya Hidup Mon, 10 Sep 2018

12 Foto Cara Pembungkusan Bahan Makanan Yang Kreatif! No. 7 Paling Genius

Pandai sungguh orang-orang yang mereka bentuk packaging ini.

Gaya Hidup Thu, 27 Sep 2018
Gaya Hidup Tue, 6 Mar 2018

Tips Kilatkan Kembali Barang Kemas Hanya Menggunakan Bahan Masakan! Jimat & Mudah!

Tetapi, apabila sudah dipakai setiap hari pasti akan kelihatan pudar dan kurang berkilat.

Gaya Hidup Wed, 15 May 2019

4 bahan dalam penjagaan wajah yang perlu anda elakkan! Ini sebabnya

Keempat-empatnya berpotensi merosakkan alam sekitar.

| Live TV