Gaya Hidup By: Ad Ops September 20, 2018 @ 6:00pm

Nak Mulakan Perniagaan Online Tapi Takut Ia Remeh? Avana Membantu Permudahkan Kerja Anda

Sekarang ini perniagaan di platform Facebook bersepah-sepah. Mudah sangat untuk mulakan bisnes tapi realitinya hanya segelintir saja yang bertahan.

Kenapa? Yalah, untuk urusan jual beli, besar kemungkinan mereka berkomunikasi dengan pelanggan menerusi Whatsapp. Untuk menghantar produk kepada pembeli, mereka sendiri kena pergi ke Poslaju.

Kalau ada 100 orang pelanggan pada sesuatu masa, tak ke penat nak layan permintaan atau kerenah mereka?

Bagi anda yang tak kisah dengan kerja renyah ini, tak apalah. Tapi kalau pada masa yang sama anda ada kerja tetap, ada keluarga untuk dijaga atau sedang menuntut di universiti? Macam mana nak teruskan?

Jangan risau… Avana ada!

Avana, sebuah syarikat peneraju sistem e-dagang di Malaysia, ada cara penyelesaiannya. Secara ringkasnya, ia menawarkan sebuah sistem di mana anda boleh uruskan jual beli perniagaan anda dengan lebih teratur. Dalam kata lain, ia boleh memperkasakan bisnes anda dengan teknologi inovatif.

Anda cuma perlu ada sebuah akaun Facebook dan melanggan perkhidmatannya di www.avana.asia. Memang mudah dan murah!

Tujuan Avana menawarkan perkhidmatan sebegini adalah kerana ramai usahawan akhirnya putus asa dan kuburkan perniagaan mereka kerana proses keseluruhannya adalah terlalu remeh dan susah.

Bila dah ada bisnes, sampai bila nak jadi orang tengah saja di antara pemborong dan pembeli? Dengan bantuan Avana anda boleh meluaskan lagi perniagaan anda hingga ke peringkat global. Sekarang ini ada demand tinggi untuk barangan pakaian Muslimah, tau!

Teruskan membaca untuk ketahui kelebihan servis ini.

1. Pengurusan inventori

Setelah mendaftar di Avana, anda akan diberi dua platform untuk “kedai” anda: Satu daripadanya adalah sebuah akaun Facebook, satu lagi adalah sebuah laman web anda sendiri.

Di Avana, anda juga disediakan sebuah “Dashboard” di mana anda boleh uruskan kemasukan dan keluaran inventori serta semua aktiviti penjualan. Semuanya di satu tempat!

Anda boleh uruskan inventori di Dashboard anda.

Nota: Tak perlu risau jika anda tak tahu bagaimana nak uruskan sebuah website. Anda cuma perlu upload gambar dan info product anda di Dashboard. Ia akan publish secara automatik di laman web dan akaun Facebook anda.

Tak perlu susah-susah nak design laman web anda, pilih saja mana-mana template yang anda suka.

Ini contoh laman web seorang pelanggan Avana.

2. PM tepi

Satu kelebihan besar perkhidmatan Avana ini adalah kemudahan penghantaran PM (mesej peribadi) secara automatik.

Dah menjadi budaya orang Malaysia untuk menghantar mesej “PM harga, sis” kepada penjual.

Secara alternatifnya, apabila si pembeli ada sebarang pertanyaan, dia akan sampaikan soalannya kepada si penjual melalui WhatsApp. Tidakkah merunsingkan bagi peniaga itu jika 50 orang pembeli bertanyakan soalan yang sama?

Tak apa! Menerusi servis Avana, anda boleh menetapkan sendiri jawapan untuk soalan-soalan yang lazim ditanya, seperti “Berapa harga barang ni?” atau “Berapa kos penghantaran ke Sabah/Sarawak?”

Jadi apabila mereka meninggalkan komen dalam bentuk soalan, jawapan akan diberikan secara automatik. Anda tak perlu pun jawab secara manual.

Senang, kan? Ia memang akan menjimatkan masa.

3. Bayaran secara online

Online banking taklah susah, tapi dengan servis Avana, anda boleh pautkan terus link bank-bank ke kedai anda menerusi payment gateway. Lagi senang!

Jika tidak menggunakan integrasi ini, ada kemungkinan yang anda menjadi mangsa kes penipuan.

Upload sendiri gambar produk di Dashboard, dan ia akan muncul di website.

4. Penghantaran produk

Satu lagi perkara yang merenyahkan adalah bila nak kena hantar produk ke customer. Memang leceh!

Anda kena isikan sendiri nota konsainan untuk setiap bungkusan produk (kalau ada 50 order, 50 notalah yang anda kena isi!). Lepas itu anda kena pergi sendiri ke cawangan Poslaju yang terdekat. Penat!

Jika anda menggunakan servis Avana, print saja nota konsainan anda. Lepas itu tak perlu pergi ke Poslaju. Posmen akan datang ke rumah anda dan collect!

5. Bantuan tambahan

Untuk pelanggan baru, Avana ada tawarkan tutorial supaya mereka tahu selok-belok penggunaan Dashboard.

Jika anda tak faham tentang sesuatu perkara, anda boleh bertanya dengan pegawai khidmat pelanggan Avana menerusi Live Chat di Dashboard ataupun WhatsApp.

Avana juga menyediakan training percuma secara bulanan untuk pelanggannya tentang bagaimana untuk mempertingkatkan lagi bisnes mereka.

Selain itu ada juga bengkel untuk kaum wanita yang ingin cuba memasuki bidang e-dagang.

Amacam? Mudah, kan? Kerja pengurusan sales anda gerenti akan menjadi lebih ringkas dengan adanya sistem Avana. Sesuailah dengan tagline mereka: “Tidur pun boleh buat duit”.

Jika berminat, anda boleh mendaftar di laman web rasmi Avana.

Harga pelan langganan bermula daripada RM429 untuk setahun. Maknanya anda cuma bayar RM1.18 sehari! Memang berbaloi. Kalau anda was-was, daftar untuk mendapatkan servis percubaan selama 14 hari secara percuma.

Ketua Pegawai Pemasaran Avana, Yienyee Soh berkata, “Kami sedar yang ramai daripada usahawan yang ada di Malaysia ini merupakan ibu yang tidak bekerja dan pelajar universiti. 

“Sebab itu, kami ingin sediakan sebuah platform di mana sesuatu yang dilihat sebagai side income, boleh dijadikan kerjaya yang memberikan untung lumayan.”

Tambahnya lagi, “Bila anda bekerja di dalam bidang perniagaan, anda perlu percaya pada jenama anda dan berikan komitmen kepada bisnes anda.”

Foto: América Retail

Yienyee juga berpendapat, kebanyakan orang Malaysia, walaupun mereka tahu tentang e-dagang, mereka tidak berani untuk bertukar daripada gaya perniagaan lama.

“Jadi ia menjadi tanggungjawab kami untuk mendidik orang ramai di luar sana supaya mereka faham yang ada cara yang lebih mudah dan menguntungkan.”

Kini ada lebih daripada 30,000 kedai e-dagang yang beroperasi dengan perkhidmatan Avana.

Syarikat yang berpusat di Ara Damansara ini telahpun dikembangkan ke Indonesia dan Singapura. Lokasi seterusnya dalam perancangan adalah di seluruh Asia Tenggara dan kemudiannya negara-negara lain.

Layari www.avana.asia untuk info lanjut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 6 Apr 2018

[VIDEO] Anak Diragut, Ini Sebab Ibu Bapa Perlu Fikir Dahulu Sebelum Pakaikan Anak Barang Kemas!

Kalau orang dewasa pun boleh kena ragut, inikan pula budak kecil yang lemah dan mudah diperdaya.

familuv Sat, 17 Dec 2022

[VIDEO] Buat Trend Video Anime Di TikTok, Zulin Aziz Undang Tawa – “Dah Kenapa Sampai Tukar Jantina Ni Oi!”

Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz memuat naik video memaparkan dia dan suami, Farhan Norzaini melakukan ‘challenge’ made you look yang menukarkan wajah seseorang dalam bentuk anime 3D di TikTok. @zulinazizDah kenapa sampai tukar jantina ni […]

Gaya Hidup Fri, 6 Apr 2018

Kolestrol Dalam Badan Tinggi? Guna Bendi Saja Untuk Turunkannya

Jumlah kolestrol yang tinggi dan berlebihan dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan.

Featured Wed, 11 Sep 2019

Panduan minum kopi dengan betul

Hidup cergas dan sihat dengan secawan kopi

Gaya Hidup Tue, 20 Nov 2018

Jom Intai Rutin Pagi Yang Dilakukan Enam Wanita Berpengaruh Ini Setiap Hari!

Setiap hari wanita-wanita ini akan melakukan hal yang sama untuk kekal sihat, bertenaga dan bersemangat!

Gaya Hidup Wed, 11 Apr 2018

Ayam Kampung Publika Gerenti Bikin Anda Jilat Jari, Tak Percaya Cubalah!

Restoran Ayam Kampung Publika antara restoran yang menghidangkan ayam kampung goreng original yang boleh anda nikmati bersama lauk-pauk yang lain.

Gaya Hidup Mon, 5 Mar 2018

Restoran Baru Ini Menghidangkan “Fast Food” Yang Berkhasiat, Sesuai Untuk Orang Yang Berdiet. Jom Try!

Ada restoran baru di Lower Ground Level 1Utama, Petaling Jaya yang menawarkan makanan segera, tapi menunya khas untuk sesiapa yang tengah berdiet.

Gaya Hidup Tue, 29 May 2018

Ikuti 5 Cara Ini Agar Kulit Wajah Kekal Hidrat Sepanjang Bulan Ramadan

Kulit wajah juga harus dijaga sepajang bulan Ramadan ini.

Gaya Hidup Wed, 17 Oct 2018