Gaya Hidup By: Yanie Baharom April 8, 2019 @ 9:00am

Nampak remeh, tetapi  5 benda ‘pelik’ ini membantu memudahkan hidup anda.

Dalam hidup ini, tidak akan pernah ada satu hari yang boleh kita ungkapkan sebagai hari yang sempurna melainkan anda sedang menikmati percutian indah, yang memberi ruang kepada anda untuk melupakan sejenak tanggungjawab dan rutin harian anda.

Selebihnya pasti akan ada hal kecil yang membuatkan kita panik seketika misalnya, air tertumpah, Touch ‘n’ Go terlupa tambah nilai, tertinggal beg duit, misplaced kunci kereta dan pelbagai lagi yang sedikit sebanyak boleh mengganggu mood anda.

Hijab & Heels ingin berkongsi satu produk inovatif di dalam carian Google dengan anda memandangkan ia bermanfaat dan mungkin dapat membantu kehidupan harian anda yang padat setiap hari.

1. Plug pintar yang boleh dikawal menggunakan apps

Foto: techspot.com

Bayangkan anda sekarang ini sedang melancong, namun tidak semena-mena anda terbayangkan rumah dan mula terfikir adakah suis lampu rumah anda sudah ditutup?  Jika anda seorang yang mempunyai masalah paranoid seperti ini, satu solusi terbaik untuk anda ialah mempunyai plug pintar yang boleh dikawal dari lokasi di mana anda berada. Hanya hubungkan dengan WiFi rumah, kemudian ia boleh dikawal menggunakan aplikasi!

Mudah untuk anda buka dan tutup peranti dari mana sahaja anda berada dan bila anda melancong selepas ini, orang luar akan nampak anda seperti berada di rumah.

2. Inovasi label untuk ruang penyimpanan ini akan mudahkan anda mengesan barang

Foto: thegadgetflow.com

Andai laci rumah anda bersepah dan susah untuk mencari barang, dapatkan Smart Storage Label yang boleh mengesan di mana barang anda hanya menggunakan kod QR. Setiap pek mempunyai 32 label, cukup untuk setiap barang peribadi yang anda kerap gunakan.

Apa yang anda perlu buat hanyalah tampal label yang diberikan pada kotak simpanan barang peribadi anda. Kemudian, ambil gambar barangan yang ada di dalamnya dengan aplikasi yang boleh dimuat turun menerusi iOs App Store. Secara automatik, ia akan menyimpan data barangan yang terdapat dalam kotak simpanan itu!

3. Kalau kunci kerap hilang, gunakan tag yang boleh dikawal Bluetooth ini

Foto: Angie Tangerine

Pastinya ada antara kita pernah melalui situasi kehilangan kunci, namun tidak ditemui walaupun sudah puas dicari. Sekarang, dengan TAG La, anda boleh menarik nafas lega! Hanya connect kunci atau barangan peribadi anda dengan TAG La, anda boleh mengesan barang peribadi anda dari mana sekalipun!

Jejaki  kunci dengan aplikasi TAG La atau klik sebanyak dua kali pada tag di kunci jika anda sedang mencari telefon bimbit anda. Ia akan berbunyi walaupun telefon berada dalam keadaan mode senyap!

4.  Lampu glow in the dark untuk tandas

Foto: GlowBowl

Awas , jangan ketawa! Tetapi jujur, siapa perlukan lampu ini untuk mangkuk tandas mereka? Lampu LED untuk mangkuk tandas keluaran Glow Bowl ini sebenarnya direka untuk kanak-kanak. Tetapi, orang dewasa pun boleh juga menggunakannya.

5. Meja clip-on pada sofa buat anda yang tidak ada meja kopi.

Foto: thevocket

Ada antara kita gemarkan rumah yang tampak ringkas dan kemas. Apa kata anda beli Sofa Arm Clip Table ini, senang untuk alat kawalan jauh, telefon atau air semasa menonton TV.

 

Sumber: The Vocket

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 13 Jan 2020
Gaya Hidup Wed, 13 Feb 2019
Gaya Hidup Thu, 5 Apr 2018

Anda Rasa Yang Mana Di Antara Dua Jenis Makanan Ini Ada Lebih Banyak Kalori?

Gambar-gambar menunjukkan yang ada sesetengah makanan yang anda ingat sihat sebenarnya tak.

Gaya Hidup Sat, 7 Apr 2018

Ini Cara Nak Buat Cucur Manis Yang Rangup Dan Lembut. Sedapnya!

Sebenarnya, tidak semua dalam kalangan kita pandai untuk membuat cucur yang lembut, kalau tersalah bancuh tentu cucur akan menjadi keras dan liat!

Featured Thu, 8 Mar 2018

Pengeluar Barbie Lancarkan Koleksi Patung Berinspirasikan Ikon Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia

Pengeluar barang mainan Mattel meraikan kaum Hawa dengan melancarkan patung-patung Barbie yang berinspirasikan ikon-ikon wanita dahulu dan kini dari seluruh dunia.

Featured Fri, 21 Dec 2018
Events Thu, 9 Sep 2021

Peminat ‘ARMY’ Teruja, BTS Pop Up Store Pertama Di Malaysia Mula Dibuka 8 September Di 1 Utama

Kekecewaan para peminat kumpulan K-Pop  nombor satu, Bangtan Sonyeondan (BTS) yang terpaksa membatalkan konsert jelajah Map Of The Soul 7 akibat COVID-19 kini terubat apabila BTS Pop Up Store Showcase dibuka di One Utama mulai […]

Gaya Hidup Tue, 12 Nov 2019

A.Day Lifestyle tawarkan produk gaya hidup tempatan dengan 1001 cerita

Tampilkan produk 100 artis dan pereka tempatan

Featured Fri, 20 Mar 2020