Gaya Hidup By: tex_admin March 29, 2019 @ 5:15pm

Nicole Kidman dilarang menghadiri perkahwinan anak lelakinya oleh bekas suami, Tom Cruise

Tom Cruise terkenal bukan saja kerana wajah tampannya, tetapi juga kehebatan lakonannya. Setiap filem yang dilakonkan sering mencapai kutipan tertinggi walaupun ada yang tidak mencapai tahap pecah panggung (box office).

Beliau yang pernah berkahwin dengan Nicole Kidman, seorang lagi pelakon hebat di Hollywood, dikatakan masih tidak ‘merestui’ perpisahan dengan wanita yang muncul sebagai Ratu Atlantis dalam filem Aqauman itu.

Sebagai penganut fahaman Scientology, Tom Cruise komited dengan prinsip fahaman itu yang memerlukan komitmen sepenuhnya terhadap ajaran Scientology dan Nicole dikatakan tidak terlalu suka dengan nilai yang diketengahkan.

Scientology ialah agama yang dianuti Tom Cruise yang banyak menimbulkan kontroversi apabila dikatakan menindas ramai ahlinya. Tom juga dikatakan ahli tertinggi dalam fahaman terbabit.

Selepas berpisah dengan Nicole, Tom berkahwin dengan seorang lagi pelakon, KatieHolmes dan mempunyai seorang anak, Suri, sebelum kedua-duanya membawa haluan masing-masing.

Nicole pula berkahwin dengan penyanyi terkenal, Keith Urban sejak tahun 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Foto: Vulture

Sepanjang perkahwinan dengan Nicole, mereka mengambil dua anak angkat iaitu Connor dan Isabella Jane Cruise.

Connor bakal melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya dari Itali juga menganut fahaman yang sama dengan ayahnya.

Selain itu, tunangnya juga diberi gelaran ‘Puteri Scientology’ kerana sanggup berpindah dari negara asalnya untuk berada dekat dengan Connor.

Tom juga dilaporkan ‘mengagumi’ tindakan bakal menantunya itu dan tidak mengambil sebarang bayaran daripada keluarganya bagi melangsungkan perkahwinan.

Foto: News.com.au

Menariknya, Nicole langsung tidak dijemput ke majlis perkahwinan mereka, malah beliau dan Tom didakwa mempunyai hubungan yang tidak baik selepas perceraian mereka pada 2001 dan tindakannya yang meninggalkan Scientology.

Penganut yang meninggalkan Scientology diberi gelaran sebagai penindas oleh ahli tertinggi fahaman tersebut dan Nicole adalah salah seorang daripadanya.

Jadi, tidak hairanlah jika beliau tidak menghadiri majlis perkawinan anak angkatnya, Isabella yang diadakan pada tahun 2016 walaupun mereka berdua berada di London ketika itu.

Foto: Ireland’s Wedding Journal

Sementara itu, Nicole juga dikhabarkan menyalahkan Scientology sebagai punca kegagalan perkahwinannya dan memisahkan Connor dan Isabella.

Menurut laporan dari The Insider, Tom tidak akan menjemput Nicole ke perkahwinan Connor kerana dua sebab. Yang pertama, Nicole dianggap sebagai orang yang menindas Scientology selepas meninggalkan fahaman tersebut. Kedua, Tom tidak mahu Nicole menghadiri perkahwinan tersebut.

Tom juga dikatakan telah lama melupakan Nicole dan tidak akan lagi berpaling ke belakang.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 20 Mar 2018

Mariah Carey Kongsi Makan Dua Benda Ini Saja Setiap Hari. Biar Betul, Tak Bosan Ke?

Kalau makan benda yang sama setiap kali, mesti boring! Tapi ada orang yang berpendapat, kalau dah jumpa sesuatu yang anda suka, makanlah benda yang sama sampai mati, untuk breakfast, lunch dan dinner.

Gaya Hidup Tue, 28 May 2019
Featured Sat, 12 May 2018

Jangan Makan 5 Makanan Ini Secara Mentah. No.3 Itu Yang Selalu Anda Makan!

Jangan fikir bahan masakan yang mentah boleh dimakan sesuka hati ya! Bahaya sebenarnya.

Gaya Hidup Fri, 15 Mar 2019

Pengebumian suku Toraja di Indonesia ambil masa lama, sanggup tidur dengan mayat

Semakin kaya si mati, maka lebih lama proses pengebumian berlangsung.

Gaya Hidup Tue, 24 Jul 2018

Jangan Biarkan Perasaan Gayat ‘Membunuh’ Hobi Anda! Tangani Dengan 5 Langkah Ini

Nak atasi perasaan gayat ini anda perlu fokus dan berani!

Featured Thu, 8 Aug 2019

Tengah cari kerja? Pastikan resume anda tiada bahagian yang tidak relevan ini

Pengurus pengambilan pekerja tiada masa nak tengok!

Gaya Hidup Fri, 27 Jul 2018
Gaya Hidup Tue, 19 Jun 2018

Saya Bangga Dan Bersyukur Dengan Kulit Melayu Saya – Nabila Huda

Nabila berpendapat wanita tidak seharusnya obses menjadi putih. Sebaliknya cukup sekadar memilih kulit yang bersih dan sihat.