Acara By: tex_admin September 25, 2019 @ 11:21am

Pameran Harumanis ketengah keunikan budaya Perlis

Oleh Muhammad Amnan Hibrahim

Sebanyak 32 lukisan karya pensyarah Fakulti Rekaan Komunikasi Visual Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dipertontonkan pada Pameran Harumanis yang menampilkan pelbagai karya abstrak yang menggambarkan keistimewaan Perlis khususnya keunikan harumanis, buah istimewa yang hanya boleh didapati di Perlis.

Perasmian pameran itu disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Baginda bertitah, pelbagai pihak khususnya sektor swasta tampil menyemarakkan industri seni visual tempatan sama ada menerusi penajaan tau penyediaan ruang untuk berkarya. 

“Kebajikan pelukis negara perlu diberikan perhatian agar usaha mereka untuk mencipta karya besar dan hebat tidak terhenti. Melalui kerjasama dengan pihak korporat, ruang-ruang seni boleh diwujudkan sebagai ruang kerja dan studio mereka, misalnya di kilang, gudang, pusat beli-belah dan juga bangunan serta kediaman kakitangan kerajaan yang tidak digunakan.

“Jika perkara ini boleh direalisasikan, ruang itu boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan baharu yang bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan kepada pelukis, malah turut menjana pendapatan bagi industri pelancongan, seni dan budaya di Malaysia,” titah baginda. 

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua kanan) berkenan merasmikan majlis pameran Harumanis sempena sambutan ASWARA Ke-25 Tahun di ASWARA. NSTP/ASWADI ALIAS.

Baginda bertitah ketika mencemar duli merasmikan Pameran Harumanis di Galeri ASWARA di sini, hari ini.

Yang turut hadir pada majlis perasmian pameran terbabit ialah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Mohamaddin Ketapi; Rektor ASWARA, Prof Madya Sahar Sa’di Hashim dan Kurator yang juga pensyarah ASWARA, Rosyida Mohd Rozlan.

Pameran itu diadakan bersempena dengan  sambutan ulangtahun ke-25 ASWARA dan sebanyak 15 karya daripada pameran itu akan dijadikan sebagai koleksi tetap Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) di Perlis. 

Pada majlis itu, baginda turut diberi penerangan oleh pelukis yang mengambil bahagian mengenai karya yang dihasilkan.

Antara karya yang dipamerkan pada pameran Harumanis yang berlangsung di Galeri Aswara.

Sementara itu, Rosyida berkata, pameran berkenaan mengenengahkan subjek lukisan yang merujuk pada budaya, ekonomi, masyarakat dan sosial yang ada di Perlis.

“Walaupun tiada mangga harumanis yang dipamerkan dalam pameran yang menggunakan nama buah terbabit sebagai tajuk, terdapat beberapa karya yang dihasilkan untuk pameran ini yang menterjemahkan intipati buah berkenaan. Begitu pun, ada karya lain yang mengenengahkan tema secara literal mengenai keindahan alam semula jadi di Perlis.

“Di samping itu, pameran ini diadakan bagi menyatakan penghargaan pihak ASWARA kepada Raja Muda Perlis yang sentiasa menyokong pelbagai kegiatan seni oleh pelukis negara,” katanya.

Pengunjung melihat lukisan yang dipamerkan di Pameran Harumanis.

Pameran Harumanis itu yang terbuka kepada orang ramai akan berlangsung sehingga 30 Oktober 2019 di Galeri ASWARA.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 3 Sep 2018

Kenali Ratu Elizabeth II Melalui Pantang Larang Menu Makanannya

Dia masih kelihatan sihat di usia 92 tahun, segalanya diperoleh daripada penjagaan makanan.

Gaya Hidup Sun, 13 Jan 2019
Featured Thu, 9 Apr 2020

Kes keganasan rumahtangga meningkat sejak penularan wabak COVID-19

Krisis akibat arahan perintah duduk di rumah

Featured Mon, 13 Aug 2018
Gaya Hidup Fri, 17 May 2019

Ikuti cara mandi wajib yang betul supaya puasa anda sah

Selepas habis datang haid atau bersama pasangan, anda perlu mandi wajib.

Gaya Hidup Wed, 28 Mar 2018

Letih Ketika Hamil? Ini 7 Makanan Terbaik Untuk Anda

Jika anda baharu saja disahkan hamil, tahniah kami ucapkan! Memandangkan anda bakal menjadi ibu, pasti anda tertanya-tanya tentang apa yang boleh dan tidak boleh dimakan.

Featured Tue, 31 Jul 2018

30 Hasil Lukisan Ilustrasi Ini Pasti Buat Anda Terpukau

Kalau anda lihat hasil lukisan Diego Cusano ini, pasti anda kagum!

Gaya Hidup Sat, 24 Nov 2018
Featured Fri, 8 May 2020
Featured Wed, 1 Apr 2020

Manfaatkan fasa ke-2 PKP sebaik mungkin

Set minda agar hargai masa duduk di rumah

| Live TV

error: Content is protected !!