Gaya Hidup By: Yanie Baharom November 30, 2018 @ 4:00pm

Nikmati Kek Kegemaran Anda Dengan Hanya 1 Klik. Wah Hebat!

Dulunya hidangan seperti kek atau pastries, popular dalam kalangan orang Malaysia pada sambutan atau perayaan tertentu saja.

Berbeza dengan sekarang ini, ia bukan lagi dianggap menu sampingan malah menjadi pilihan utama di kalangan Instagrammers yang gemar mempamerkan gaya hidup ‘urban’ dan hipster.

Kepesatan kafe dengan konsep hidangan sebegini juga, mewujudkan kelompok penggemarnya tersendiri.

Foto: junandus.com

Bahkan hidup anda menjadi lebih mudah, kerana kini anda boleh mendapatkan perkhidmatan ‘Eat Cake Today’ iaitu portal pesanan dan penghantaran kek pertama atas talian di Malaysia. Perkhidmatan ini ibarat Grab untuk kek!

Eat Cake Today memudahkan anda untuk menikmati kek kegemaran anda pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja anda teringinkannya dengan hanya membuat tempahan di hujung jari anda.

Foto: Suria FM

Membabitkan 40 pembuat kek, terdapat 400 jenis kek yang boleh dipesan seperti biskut, brownies, bundts, kek keju, biskut, kek cawan, kek tanpa telur, kek fondant krim mentega, kek tanpa gluten, kek buku, mille crepe, pavlova, pai, tart, vegan tanpa susu, kek tempahan khusus, pastri, kek jeli, kek sentuhan pereka dan sebagainya. Kek paling laris termasuk Chocolate Salted Caramel, Gula Melaka Banana, Crunchy Nutella dan Rainbow Ruffle.

Selain itu, Eat Cake Today turut menerima pesanan untuk kek seperti Kek Cermin (Mirror Glaze), Kek Meleleh (Drip Cake), Kek Cantik Berseni boleh dimakan, Kek Biskut Gargeran dan Kek Keju Hangus.

Platform ini juga menyenaraikan bahan yang digunakan untuk membuat kek memandangkan kemungkinan terdapat pengguna yang mengalami alahan.

Foto: Coconuts

Keunikan Eat Cake Today ialah kesediaannya mengaturkan penghantaran pada hari yang sama, dengan menjanjikan penghantaran segera dalam masa 4 jam. Kebanyakan kek dibuat secara homemade oleh pembuat kek dari rumah, pembuat kek tempatan, kafe bakeri dan sebagainya.

Pemilihan kek di laman web dikategorikan mengikut jenis kek dan keperluan masa pemprosesan dan penghantaran minimum, seperti pilihan 4 jam, 1 hari, 2 hari dan juga tiga hari. Harga kek antara RM40 dan RM321 setiap satu dan harga tidak termasuk caj penghantaran.

Foto: Suria FM

Eat Cake Today kini mempunyai 4 pembuat kek yang mendapat sijil Halal daripada JAKIM – iaitu Cake Sense, Cat & The Fiddle, Just Heavenly dan The Honest Treat. Mereka menggunakan bahan-bahan yang disahkan Halal.

Buat masa ini Eat Cake Today membuat penghantaran di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dengan mengenakan caj penghantaran RM10.00, manakala penghantaran ke kawasan luar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, seperti Shah Alam, Klang, Bukit Jalil, Kajang, Rawang dan sebagainya dikenakan caj penghantaran tambahan.

Pesanan boleh dibuat menerusi laman web www.eatcaketoday.com dari Isnin hingga Sabtu antara 9.00 pagi hingga 8.00 malam. Manakala Ahad, dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Sumber: Suria FM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 4 Dec 2018

5 Barangan Isi Rumah Yang Bahaya Buat Si Manja!

Pelbagai jenis produk rumah yang mengandungi bahan kimia dan mampu memberi kesan buat anda sekeluarga.

Featured Fri, 29 May 2020

Kluster baharu dikesan dengan 100 peratus pesakit tidak bergejala

Punca lonjakan jumlah kes harian positif COVID-19

Gaya Hidup Mon, 29 Jul 2019

Panjang umur seperti Tun M dan Tun Siti Hasmah, amalkan 22 tip ini!

Singkirkan aura negatif baru boleh hidup lama

Gaya Hidup Mon, 3 Jan 2022

“Ada Yang Tanya, Kenapa Bagi Telekung? Pakaian Biasa Pun Boleh Dibawa Solat…” – Usahawan Beri Sebab Sumbang Kelengkapan Solat Kepada Mangsa Banjir

Usahawan Datin Aliza Abu Bakar yang merupakan pengasas Munawwareen Holdings Sdn Bhd memberikan sebab mengapa dia menghulurkan bantuan telekung baharu kepada mangsa yang terjejas banjir. Melalui program Munawwareen Prihatin, Aliza memberikan sumbangan 250 pasang telekung […]

Featured Sun, 31 Jul 2022
Gaya Hidup Mon, 8 Oct 2018

Lebih 200 Ekor Siput Beraksi Dalam Kejohanan Lumba Siput Sedunia. Comel Sungguh!

Pemenang berpeluang untuk memenangi hadiah semangkuk salad.

Featured Mon, 18 Jun 2018

Stres Dengan Masalah Rambut Berminyak & Berbau? Cuba 3 Petua Berkesan Ini

Jangan biarkan rambut anda berminyak, atasi dengan 3 cara ini.

Featured Sun, 31 May 2020
Gaya Hidup Mon, 16 Jul 2018

Penutup Balang Kaca Anda Terlalu Ketat Untuk Dibuka? Cuba 6 Cara Ini

Teknik yang akhir sekali itu selalunya menjadi.

Featured Wed, 15 Sep 2021

Saya Pernah Berkata Kepada Tuhan, ‘Bawalah Saya Pulang’- Ras Adiba Dedah Detik Sukar Bergelar OKU

Senator Datuk Ras Adiba Radzi cukup dikenali sebagai figura terkemuka dalam bidang penyiaran dan kini, beliau merupakan Ahli Dewan Negara mewakili orang kurang upaya (OKU). Sejak disahkan lumpuh separuh badan pada tahun 2002, bekas personaliti […]