Categories: Gaya Hidup

Panggang, Kukus, Bakar, Rebus, Reneh… 5 Selera Volcano Tampil Kelainan, 200 Juadah Enak Tambat Selera di Bulan Ramadan

Mahu kelainan dengan mencuba hidangan berbuka puasa yang memaparkan lima cara masakan? 5 Selera Volcano, Mercure Living Putrajaya adalah lokasinya!

Selepas dibuka pada tahun lalu, ini merupakan tahun pertama hotel yang terletak di Shaftsbury Putrajaya ini menyediakan buffet berbuka puasa dengan 200 hidangan yang menyelerakan.

Jangan risau kerana ia menampilkan lima cara masakan yang pastinya membuka selera orang ramai iaitu panggang, kukus, bakar, rebus dan reneh.

Antara hidangan menarik yang bakal Kambing Panggang Berani Mati, Sup Tulang Volcano, Sup Lava Gunung Berapi, Seafood On Ice, Satay Tingkap dan banyak lagi.

Jika anda penggemar steamboat, pastinya lokasi ini menjadi pilihan anda untuk menikmati aneka hidangan steamboat yang bakal memuaskan keinginan anda!

Selain itu, aneka lauk pauk, pencuci mulut, kuih muih serta banyak hidangan lain yang bakal membuatkan anda pulang dengan senyuman!

Dengan harga RM138 nett untuk Adult dan RM68 nett untuk kanak-kanak 6 hingga 12 tahun, hubungi 0176729975 di aplikasi WhatsApp untuk tempahan!

Padin