Gaya Hidup By: Yanie Baharom September 11, 2018 @ 10:00am

Para Ibu Segera Amalkan Petua Ini Agar Si Suami Kembali Memuji Anda!

Topik ini khusus buat golongan ibu-ibu saja. Akan tetapi sekiranya anda ingin membantu sahabat anda, mana tahu mereka pernah menyuarakan tentang hal yang bakal dibincangkan ini atau isteri-isteri tuan sendiri berdepan masalah sama, teruskan membaca artikel ini.

Fakta bahawa perubahan tona kulit di sekitar Miss V atau kelengkang wanita yang bertukar menjadi sedikit gelap selepas bersalin, adalah sesuatu yang normal.

Sesetengah perempuan tidak peduli dengan perubahan yang dialami, namun sebahagian besarnya pula runsing memikirkan bagaimana untuk memutihkannya dan mengembalikannya pada keadaan asal kerana permasalahan ini membuatkan seseorang berasa rendah diri dan malu kepada suami.

Menurut Dr. Katrina Canlas-Estrella, pakar dermalogi di Makati Medical Center, masalah kulit yang semakin gelap dipanggil sebagai melasma.

Mengapa faraj semakin gelap selepas bersalin?

Wanita lebih cenderung untuk mengalami melasma atau chloasma ketika mengandung kerana peningkatan hormon yang membuatkan pigmentasi.

Sebab itu, ada wanita yang akan mengalami tompok-tompok hitam di ketiak, leher, puting, bahagian alat sulit dan lain-lain.

Tapi menurut The American Academy of Dermatology pula, kawasan kulit yang terkena pigmentasi ini akan pulih seperti sediakala selepas beberapa bulan bersalin. Itu ketika kulit mendapatkan “warna sebenarnya” semula.

Namun, wanita yang berkulit gelap secara semula jadi, seperti kebanyakan wanita di Malaysia, akan mengambil masa lebih lama untuk pulih. Kadang-kadang, mungkin ia takkan kembali ke warna asal!

Ada kajian mengatakan ini kerana keturunan, ataupun akibat depresi ketika mengandung. Malah kemungkinan faktor diet juga memainkan peranan penting!

Apa cara memutihkan Miss V yang saya boleh buat?

Menurut Jasmin Bolano, seorang pakar kulit dan kecantikan, kini terdapat pelbagai penyelesaian secara semula jadi untuk masalah kulit ini. Antaranya seperti ini.

3 cara memutihkan Miss V (penjagaan yang dibenarkan bahagian luaran saja)

Terdapat pelbagai bahan semula jadi (yang ada di rumah) boleh dijadikan ubat untuk melasma. Bahan-bahan ini boleh dipakai setiap hari, 2 kali sehari selepas mandi.

Biarkan bahan-bahan ini selama 30 minit sebelum bilas ia dengan air. Antara bahan semula jadi yang anda boleh guna ialah:

1. Limau nipis dan yogurt

Foto: The Olive Crush

Limau nipis memang terkenal sebagai salah satu ejen pemutih semula jadi. Perah limau ini ke dalam yogurt dan sapukan pes ke kawasan vagina.

Anda juga boleh mencampur air limau nipis dengan serbuk kunyit. Yogurt mengandungi bakteria bagus yang baik untuk kulit. Lemon pun boleh ganti limau nipis!

2. Buah betik

Foto: lifealth.com

Buah betik memang bagus untuk kulit sebab ia mampu membuang sel-sel kulit mati lantas meremajakan kulit anda.

Apa yang perlu anda buat mudah saja. Ambil 2 sudu betik yang sudah dikisar, masukkan 1 sudu madu dan 1 sudu lidah buaya. Gaul dan sapu ramuan ini pada bintik-bintin hitam di kulit.

Selain buah betik, anda juga boleh menggunakan buah avokado.

3. Gel lidah buaya

Foto: Eh!

Gel lidah buaya terkenal kerana mampu menjadi salah satu cara memutihkan Miss V yang paling berkesan. Gunakan ia dengan kerap seakan-akan losyen.

Cara lain memutihkan Miss V 

Selain ketiga-tiga bahan semula jadi yang disebut di atas, masih ada beberapa bahan lain yang anda boleh cuba untuk memutihkan Miss V selepas bersalin.

Antaranya ialah:

  • Campur jus tomato atau timun dengan susu. Kemudian basuh di sekitar kulit
  • Buat campuran kacang badam dan madu untuk memutihkan kulit 
  • Potong kentang jadi 2 bahagian dan gosok pada kawasan yang gelap.
  • Buat pes dari baking soda yang dimasukkan air dan titisan lemon.
  • Minum banyak air masak.
  • Menyusu juga telah terbukti mampu membuatkan kulit ibu lebih bersinar. Jadi, teruskan menyusu bayi anda.

Para ibu sudah tahukan apa yang perlu dilakukan anda? So, jangan berlengah cubalah segera agar suamimu kembali teruja untuk bersama!

Sumber: The Asian Parent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 13 Feb 2018

Nak Kuruskan Badan Tak Semestinya Perlu Ke Gym, Ikuti 7 Tips Mudah Ini! Ramai Dah Berjaya

Nak kuruskan badan tak semestinya perlu kerap ke gym atau betul-betul mengawasi pengambilan makanan. sekali. Jangan seksa badan anda. 

Featured Wed, 2 May 2018
Featured Mon, 1 Jun 2020
Featured Mon, 15 Jun 2020

Tag roti Gardenia jadi aksesori cantik penyambung pelitup muka

Murah, bergaya, paling penting kitar semula

Featured Wed, 28 Dec 2022

“Seronok Duduk Makkah Rasa Tak Nak Balik KL” – Maria Tunku Sabri Tunai Umrah

Personaliti TV3, Maria Tunku Sabri kini berada di Tanah Suci Makkah bersama suami, Ahmed Nazri Abd Malik dan anak, Aleeya Nazneen untuk menunaikan ibadah umrah. Menerusi hantaran di Instagram, Maria menzahirkan rasa syukur kerana selesai […]

Gaya Hidup Tue, 20 Feb 2018

Setajam Manakah Mata Anda? Jom Cari Benda Tersembunyi Dalam Puzzle Yang Telah Viral Ini

Sejak beberapa tahun lalu, ada individu yang telah memuatnaik pattern puzzle, dan cabarannya adalah anda perlu cari benda tersembunyi di dalam gambar yang diberikan.

Gaya Hidup Wed, 10 Jan 2018

Rahsia Power Nap

Setiap kali berasa letih atau mengantuk pada waktu tengah hari, pasti ramai yang memilih untuk bergantung pada kafein bagi mengatasi masalah tersebut. Namun, tahukah anda tidur sekejap atau power nap merupakan cara paling berkesan untuk […]

Gaya Hidup Tue, 19 Nov 2019

6 larangan bagi warga Arab Saudi wanita yang tidak masuk akal

Hak kebebasan wanita di sana terbantut. Kasihannya!

Featured Fri, 3 Feb 2023