Gaya Hidup By: tex_admin November 26, 2019 @ 3:53pm

Pemanasan global: 7 langkah mudah kurangkan jejak karbon

Oleh Amnan Hibrahim

Masalah pelepasan gas hijau yang disebabkan oleh jejak karbon ataupun carbon footprint hasil perbuatan manusia sekian lama dikenal pasti menjadi punca utama kepada terjadinya fenomena pemanasan global, satu isu yang kian menjadi perhatian masyarakat dunia.

Di Malaysia, usaha untuk mengatasi masalah ini dilihat berada dalam landasan yang betul dengan sebuah laporan yang dikeluarkan di Berita Harian menunjukkan kajian pada tahun 2014 mendapati Malaysia berjaya mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 33 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Dengan sasaran untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 45 peratus berbanding KDNK menjelang tahun 2030, usaha ini pastinya akan menjadi lebih mudah apabila masyarakat dan kerajaan bersama-sama berganding bahu melakukan amalan yang menyumbang kepada keberkesanan usaha berkenaan.

Di pihak kerajaan, mereka tentunya akan berusaha untuk memperkenalkan dasar dan polisi yang berkesan bagi mengawal pengeluaran gas rumah hijau di peringkat industri dan dalam masa yang sama turut menggalakkan amalan gaya hidup lestari.

Sehubungan dengan itu, apakah yang boleh dilakukan oleh masyarakat khususnya di peringkat keluarga untuk bersama-sama membantu usaha mengurangkan jejak karbon yang menyumbang kepada penghasilan gas rumah hijau dalam kehidupan seharian mereka?

1. Pengurusan sampah

 

Amalan 3R mampu memainkan peranan penting mengurangkan jejak karbon yang menyumbang kepada pemanasan global. Foto hiasan/NSTP/HAFIZ SOHAIMI

Pengurusan sampah yang betul di rumah adalah antara amalan yang mampu memberikan sumbangan besar kepada usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang terhasil daripada proses pelupusan sampah.

Secara saintifiknya, sampah-sampah akan menghasilkan gas metana ketika melalui proses penguraian. Gas metana adalah sejenis gas rumah hijau yang lebih kuat impak yang diberikannya berbanding gas karbon dioksida.

Namun begitu, tempoh hayat gas metana didapati lebih pendek jika dibandingkan dengan gas-gas rumah hijau yang lain iaitu 12 tahun sahaja berbanding gas karbon dioksida yang mampu bertahan selama 100 ke 300 tahun.

Justeru, mengurangkan pengeluaran gas metana yang dihasilkan di pusat-pusat pelupusan sampah adalah suatu usaha yang pasti sangat berbaloi untuk dilakukan untuk membantu mengatasi masalah pemanasan global.

Oleh itu, amalan 3R ini –  mengurangkan sampah (reduce), guna semula (reuse), dan kitar semula (recycle) adalah satu langkah penting yang perlu dilakukan oleh setiap keluarga yang mahu mengurangkan jejak karbon mereka dalam kehidupan seharian.

Ketiga-tiga langkah hanya akan berlaku sekiranya setiap daripada ahli keluarga memiliki kesedaran yang tinggi berkenaan dengan amalan 3R.

Hal ini kerana amalan ini mula berlaku ketika seseorang itu membeli makanan ataupun sebarang keperluan harian. Sebagai contoh, anda tidak akan mampu mengurangkan penghasilan sampah di rumah anda sekiranya anda secara berterusan menggunakan makanan yang dibungkus dengan plastik.

Bagi langkah guna semula dan kitar semula, pengetahuan yang tinggi berkenaan dengan sesebuah barangan serta kreativiti adalah dua nilai utama yang diperlukan dalam usaha merealisasikan amalan berkenaan.

2. Cabut plag eletrik yang tidak digunakan

 

Apa sahaja langkah yang mengurangkan penggunaan tenaga eletrik akan secara tidak langsung menyumbang kepada usaha untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Gambar hiasan/Foto: maskulin.com

Amalan mencabut plag eletrik yang tidak digunakan didapati bukan sahaja menjimatkan kos pembayaran bil eletrik, malahan tindakan ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada pengurangan jejak karbon oleh sesebuah keluarga yang melakukan amalan berkenaan.

Hal yang demikian kerana proses penghasilan tenaga eletrik adalah salah satu punca utama kepada pelepasan gas rumah hijau di seluruh dunia. Oleh itu, setiap amalan yang mampu mengurangkan mahupun mengelakkan penggunaan tenaga eletrik adalah suatu tindakan yang mampu memberikan kesan kepada pengurangan pelepasan gas rumah hijau

3. Gunakan lampu LED

Penggunaan eletrik bagi lampu jenis light emitting diodes (LED) didapati 80 peratus lebih efektif berbanding lampu kalimantang dan lampu pijar. Hal ini bermakna lampu LED menggunakan tenaga eletrik yang 80 peratus lebih rendah berbanding lampu eletrik tradisional.

Selain itu, penggunaan lampu yang lebih efisien penggunaan tenaganya juga bermaksud bil eletrik akan menjadi lebih rendah dan tentunya menjimatkan.

4. Amalkan penggunaan penghawa dingin yang betul

Pada masa kini, penggunaan penghawa dingin di rumah semakin menjadi suatu kelaziman dalam kalangan rakyat Malaysia. Namun begitu, gas hidroflourocarbon (HFC) yang dihasilkan oleh penghawa dingin dikenal pasti sebagai salah satu jenis gas rumah hijau.

Walaupun HFC membentuk hanya sebahagian kecil gas rumah hijau yang terhasil di seluruh dunia berbanding gas karbon dioksida dan Nitrus Oksida, namun HFC didapati memiliki kemampuan untuk memerangkap haba panas yang beribu kali lebih baik daripada dua gas tersebut.

Selain itu, penggunaan penghawa dingin juga secara tidak langsung memberikan kesan kepada pemanasan global melalui penggunaan tenaga eletrik yang lazimnya berkali ganda lebih tinggi daripada perkakasan eletrik yang lain.

Justeru, selain daripada penggunaan penghawa dingin secara berhemah, pemilihan jenis penghawa dingin yang memiliki kadar guna tenaga yang lebih efisien adalah langkah yang boleh anda lakukan dalam usaha mengurangkan jejak karbon di peringkat keluarga.

5. Kadang-kadang, gaya tradisional juga mampu menyumbang

Bukan semua yang lama itu tidak baik. Malahan, ada juga amalan lama yang lebih baik daripada yang baru.

Dalam langkah mengurangkan penghasilan gas rumah hijau, proses mengeringkan baju dengan menyidainya di ampaian dipercayai memberi lebih berkesan daripada menggunakan mesin pengering baju.

Hal yang demikian kerana mesin pengering baju menggunakan tenaga eletrik pada kadar yang sangat tinggi, dan seterusnya secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan gas rumah hijau.

6. Mulakan menanam

Seiring dengan perkembangan teknologi, terdapat pelbagai teknik tanaman yang boleh dipraktikkan oleh masyarakat tidak kira sama ada mereka tinggal di bandar mahupun di kawasan kampung.

Tambahan pula, kewujudan beberap teknik tanaman seperti tanaman hidroponik turut mengatasi masalah kekurangan ruang untuk seseorang itu bercucuk tanam. Kini, orang yang tidak mempunyai tanah juga boleh bercucuk tanam walaupun dalam kawasan terhad.

Pelbagai teknik tanaman yang dicipta bagi memudahkan masyarakat untun bercucuk tanam. Foto hiasan/STR/SYED ISMAIL SYED ABU BAKAR

Antara impak popular menanam pokok atatupun tumbuhan yang biasa didengari oleh masyarakat adalah keupayaan tumbuhan hijau itu untuk menyedut gas karbon dioksida, gas rumah hijau terbanyak yang berada di atmosfera kita.

Apa yang lebih menarik, aktiviti menanam tumbuhan khususnya sayuran juga boleh mengurangkan kebergantungan sesebuah keluarga itu kepada sayuran yang dihasilkan daripada industri pertanian.

Hal yang demikian kerana industri pertanian adalah merupakan salah satu industri utama yang menyumbang kepada penghasilan gas rumah hijau di seluruh dunia.

7. Membeli barangan yang mesra alam

Di seluruh dunia, kesedaran berkenaan kepentingan memelihara alam sekitar kian meningkat. Disebabkan itu, semakin banyak jenama dan pwengeluar barangan seharian yang mula menekankan penghasilan produk mana proses serta bahannya diperbuat daripada alam sekitar.

Sehubungan dengan itu, semakin banyak produk alternatif yang dihasilkan bagi memenuhi kehendak pasaran yang mula cenderung untuk beralih kepada produk yang mesra alam.

Hal ini boleh kita lihat terjadi kepada hampir keseluruhan segmen produk, daripada produk pengangkutan seperti kereta dan bas eletrik, sehinggalah kepada produk kecantikan dan juga gaya hidup.

Justeru, apa yang perlu dilakukan oleh masyarakat adalah melakukan pilihan yang bijak dalam membeli demi mengatasi pemanasan global.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Thu, 12 Jan 2023

“Cinta Pertama Anak Perempuan Adalah Ayahnya” – Comelnya Gelagat Anak Izara Aishah Manja Bersama Adib Khalid!

Keletah comel anak kepada pelakon Izara Aishah, Irisa Alaia yang terlalu manja bersama bapanya, Muhammad Adib Khalid mencuri tumpuan. @izaraaishahofficialNo man will ever love her more than her baba. ♬ original sound – Umer baba […]

Featured Thu, 1 Aug 2019

Figura Edisi Merdeka, Ogos 2019: Deskripsi Jiwa Merdeka Sarah Hildebrand

Tinggalkan kesedihan, beri fokus untuk perkukuhkan nama.

Gaya Hidup Thu, 22 Nov 2018

Ini Trik Berkesan Nak Perangkap Lipas Di Dalam Kereta

Jangan biarkan lipas bermaharajalela dalam kereta kesayangan anda!

Gaya Hidup Fri, 24 Aug 2018

Nak Suara Selunak Siti Nurhaliza, Amalkan 6 Petua Ini Setiap Hari

Terdapat beberapa petua tradisi yang dapat memperbaiki suara seseorang sekali gus mendapatkan suara lunak dan merdu.

Acara Fri, 26 Jul 2019

Starbucks Malaysia rai 3 barista ‘istimewa’

Penggemar kopi, cuba buat langkah ini!

Gaya Hidup Tue, 29 Oct 2019
Gaya Hidup Thu, 18 Jan 2018

Krisis Pertengahan Usia: Apa Yang Perlu Anda Ambil Tahu

Krisis pertengahan usia adalah transisi antara identiti dan keyakinan diri yang berlaku dalam kalangan individu pertengahan usia dalam lingkungan 45 hingga 64 tahun. Krisis ini boleh dilihat dari segi psikologi dan kelakuan yang berbeza untuk […]

Featured Wed, 7 Nov 2018

Lelaki ini Sesak Nafas Lalu Maut 10 Minit Selepas Menerima Rawatan Urut Thai

Eh, Thai massage pun boleh membahayakan sampai begitu sekali?

Acara Mon, 8 Jan 2018

Guna Ais Kiub Je Untuk Kulit Wajah Cantik? Biar Betul? Kami Kongsi Caranya

Selalu kita dengar bila berkenaan ais, mesti hanya pandangan negatif sahaja. Ais menggemukkan, ais akan menyebabkan masalah kesihatan dan macam-macam lagi. Tetapi, ais juga mempunyai kebaikkan dan faedahnya yang tersendiri. Yang menariknya, ais iaitu ais […]