Gaya Hidup By: Padin March 13, 2021 @ 1:18pm

Pengasas Produk Kecantikan Saman Bekas Ejen RM1 Juta

Pengasas produk kecantikan ESW, Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi, mengemukakan saman RM1 juta terhadap bekas ejen yang memfitnah dan melemparkan kata-kata kesat kepada beliau.

Tindakan tegas itu diambil bagi membersihkan nama baiknya termasuk pengurusan ESW, kerana beliau berpendapat fitnah adalah satu perbuatan berat dan tidak boleh dipandang remeh.

“Fitnah dan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan bukan sahaja mencemarkan nama baik saya, malah reputasi syarikat secara keseluruhannya.

“Tempias ini turut dirasai ejen ESW yang mahu mencari rezeki tetapi kerana fitnah ‘periuk nasi’ mereka terjejas,” kata Iddin yang juga merupakan seorang selebriti media sosial.

Diwakili peguam Hussin Othman dari syarikat guaman Hussin Othman & Co, ahli perniagaan berusia 27 tahun itu menjelaskan, isu berkenaan timbul sekitar April 2020 semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang pertama (PKP 1.0).

“Jualan mendadak naik, namun kekangan untuk mendapatkan bekalan produk dari kilang, disebabkan pelaksanan PKP 1.0 yang ketat, menjadi punca utama fitnah ini berlaku.

“Apabila bekalan produk tidak mencukupi dan tidak boleh diproduksikan oleh kilang kerana PKP, saya dan syarikat di tuduh makan duit ejen selain dilemparkan dengan kata-kata kesat.

“Peliknya semua ini disebarkan menerusi ruangan WhatsApp tanpa bertanyakan secara empat mata atau menulis aduan kepada saya untuk sama-sama menyelesaikan masalah yang timbul,” katanya yang mempunyai sebanyak 20,000 ejen.

Difahamkan kes ini masih lagi berjalan, dan perbicaraan yang kedua akan bersambung pada September depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 9 Oct 2019

Dituduh menunjuk-nunjuk kekayaan, Kylie Jenner padam foto kereta mewahnya

Komen orang ramai di Instagramnya pedas-pedas belaka!

Gaya Hidup Thu, 6 Dec 2018

Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang ‘Doorway Effect’

Jangan risau, kesan lupa ini hanya seketika saja.

Featured Wed, 20 Nov 2019

Ketahui rutin jaga kulit Wany Hasrita

Ini rutin mudah untuk kulit sihat

Gaya Hidup Wed, 28 Feb 2018

Bujur, Segitiga Atau Bulat? Ini Contoh Potongan Rambut Ideal Berdasarkan Bentuk Muka

Bentuk muka akan mempengaruhi gaya rambut atau pemakaian tudung seseorang.

Gaya Hidup Mon, 30 Jul 2018

Impi Perut Kempis? Elakkan Minuman Jenis Ini

Paling penting, elak minuman yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.

Featured Sat, 11 Apr 2020
Gaya Hidup Tue, 20 Feb 2018

Setajam Manakah Mata Anda? Jom Cari Benda Tersembunyi Dalam Puzzle Yang Telah Viral Ini

Sejak beberapa tahun lalu, ada individu yang telah memuatnaik pattern puzzle, dan cabarannya adalah anda perlu cari benda tersembunyi di dalam gambar yang diberikan.

Gaya Hidup Tue, 11 Jun 2019

5 tanda hubungan cinta terbaharu anda berkembang dengan terlalu pantas

Jangan terburu-buru, nanti menyesal kemudian hari!

Gaya Hidup Wed, 1 Aug 2018

5 Cara Ini Boleh Tingkatkan Tahap Kesuburan Wanita

Tahap kesuburan yang rendah akan mengganggu proses untuk hamil.