Gaya Hidup By: Ad Ops March 9, 2018 @ 4:23pm

Pernah Try Omurice? Nasi Goreng Telur Special Style Jepun Yang Meleleh!

Peminat-peminat telur! Anda pernah tak dengar masakan Omurice yang popular di Jepun?

Omurice ini sebenarnya singkatan kepada gabungan perkataan omelette (telur dadar) dan rice (nasi).

Hidangan ini dimasak dengan teknik istimewa, tukang masak akan kuis-kuis telur itu dan flip pannya sampai telur tu berbentuk bujur. Rumit sungguh bunyinya! Kemudian ia dihidangkan di atas nasi, selalunya nasi goreng.

Part yang paling best ialah bila Omorice itu dipotong dan isinya yang separuh masak terburai ke atas nasi macam lava gunung berapi. Tak tipu!

Fuhh! Nampak sedap kan? Memang sedap pun! Teringin nak try? Jom ke restoran Omulab di Petaling Jaya!

Restoran ini menghidangkan omurice dengan pelbagai jenis masakan. Pilihan yang klasik ialah fuwa omurice, seperti yang anda lihat dalam gif di atas. Telur fluffy dan gebu itu dihidang dengan nasi goreng.

Foto: Facebook Omulab

Menu omurice lain yang anda boleh cuba termasuklah Master Demiglaze (nasi goreng daging cincang dengan sos demiglaze), Mentaiko Guru (nasi goreng ebiko dengan sos Mentaiko) dan Black & White (nasi goreng dakwat sotong dengan sos putih).

Menu yang menarik ialah Omurice yang dihidang dengan sos blue cheese. Berani try?

Foto: Facebook Just Food

Telur dadar special yang dihidang tanpa nasi pun ada! Ia dihidang dengan menu seperti yaki soba, seafood yaki udon dan salad.

Di Omulab ini, anda juga boleh try snek ringan berinspirasikan Jepun, seperti Miso Soup, Edamame dan Tamagoyaki Nori Cheese Roll.

Selain itu, ada juga seleksi minuman teh dan kopi premium, kek, puding, jus buah-buahan dan ice cream.

Kalau berani, peminat telur boleh try egg puding dan egg coffee. Bunyi macam menarik!

Foto: Facebook Just Food

Terliur tak tengok gambar-gambar ni? Jom try!

Nota penting: Omulab belum lagi disahkan halal oleh JAKIM, tapi ia menggunakan supplier ayam dan daging halal. Kalau nak kepastian, mereka ada post gambar sijil supplier tersebut di laman Facebook mereka. Omulab juga bebas dari daging babi, lemak babi dan alkohol.

Sumber: www.havehalalwilltravel.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Apr 2020

Elak jangkitan COVID-19 antara manusia dengan haiwan peliharaan

KKM bekerjasama dengan Jabatan Veterinar

Featured Fri, 15 Mar 2019
Acara Wed, 20 Nov 2019
Featured Thu, 22 Aug 2019

Bateri telefon anda cepat habis? Ikuti 5 cara untuk panjangkan hayatnya

Tak perlu tukar bateri baharu atau tukar telefon!

Featured Tue, 16 Apr 2019

Larangan bawa bunga segar ketika melawat pesakit kanser di wad hospital. Peringatan buat semua!

Pesakit yang menjalani kemoterapi mempunyai kurang daya tahan badan.

Gaya Hidup Wed, 20 Jun 2018

Perkahwinan Berkonsepkan Taman Atau Di Waktu Malam Memang Romantis Tapi…

Meskipun resepsi yang dilatari hutan hijau dan disemarakkan dengan bunyian unggas kedengaran sungguh mengasyikkan, realitinya, sungguh mengejutkan.

Gaya Hidup Fri, 6 Apr 2018

Seteruk Mana Anda Dalam Bowling, Anda Mungkin Tak Seteruk Wanita Ini. Kelakar Sungguh!

Kalau tak ada skill, bowling memang susah tapi bagi ada sesetengah orang, bola mereka tak sampai pun ke lorong!

Gaya Hidup Thu, 15 Nov 2018

Ini Cara Nak Elak Dapur Gas Kaca Daripada Meletup

Dapur gas kaca yang meletup boleh cederakan anda!

Gaya Hidup Tue, 9 Oct 2018

7 Sebab Kenapa Ramai Orang Tak Boleh Hidup Tanpa Telefon Pintar Mereka

Tidur pun wajib ada telefon pintar di sebelah!

| Live TV