Gaya Hidup By: Ad Ops March 5, 2018 @ 2:58pm

Restoran Baru Ini Menghidangkan “Fast Food” Yang Berkhasiat, Sesuai Untuk Orang Yang Berdiet. Jom Try!

Bila sebut sahaja fast food, mesti ramai yang membayangkan makan itu tak berkhasiat kan? Tetapi tidak semestinya! 

Restoran baru di Lower Ground Level 1Utama, Petaling Jaya ini menawarkan makanan segera, tapi menunya khas untuk sesiapa yang tengah berdiet.

grEAT – The Healthier Fast Food baru je dibuka Februari lepas dan ia bukan saja mendapat perhatian sebagai restoran automatik pertama di Malaysia.

Malah semua makanan yang disediakan diperbuat daripada sayur-sayuran dan bebas dari segala jenis daging, lemak babi dan MSG. Wah, dapat imagine betapa sihatnya makanan-makanan tu!

Menunya ringkas je tapi ada macam-macam jenis pilihan. Pertama sekali, kalau fast food, memang tak sah kalau tak ada burger.

Di grEAT, anda boleh try pelbagai jenis burger berkhasiat, seperti burger kacang kuda, burger tempe, burger kimchi dan burger nasi lemak!

Selain itu, ada juga Power Bowl, yang dihidangkan dalam sebuah mangkuk mengandungi pelbagai jenis sayur dan daging vegetarian. Antara menu yang menarik ialah Flavorful Satay Bowl, Green Curry Bowl dan Crunchy Tempura Bowl.

Nak tengok macam mana rupa burger dan Power Bowl ni? Ni dia:

www.facebook.com/pg/greathealthierfastfood

https://www.facebook.com/tanyongjen

Nampak sedap!

Tapi kalau anda tak minat burger atau Power Bowl ni, no problem! Anda boleh cuba pasta dan salad mereka. Gerenti berkhasiat juga.

Kalau tak nak makan makanan yang berat, ada juga snek dan dessert, seperti Matcha Lava Cake. Kalau snek tu berkhasiat, apa salahnya, kan?

Jadi kalau anda teringin nak makan fast food tapi masih nak jaga badan, jom check out grEAT!

Layari laman web Facebook grEAT untuk ketahui lebih lanjut tentang menunya atau teknologi canggih yang disediakan.

Restoran ni tak ada pakai waiter atau chef! Kalau nak order, pakai aplikasi WeChat je. Wah! Modern dan mudah betul!

www.facebook.com/greathealthierfastfood/

Jom try!

Sumber: grEAT – The Healthier Fast Food Facebook

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 28 Apr 2018
Featured Wed, 28 Aug 2019
Gaya Hidup Thu, 19 Jul 2018

Amalkan 3 Perkara Ini Setiap Kali Bangun Tidur, Anda Pasti Rasa Bahagia

Rutin ini sangat bermanfaat untuk kecantikan dan kesihatan tubuh badan anda.

Gaya Hidup Mon, 2 Apr 2018

Sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia: Ini 9 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Austime

Tahukah anda bahawa satu daripada 160 kanak-kanak di dunia adalah kanak-kanak autistik?

Featured Fri, 12 Jun 2020
Featured Mon, 5 Aug 2019
Gaya Hidup Thu, 15 Feb 2018

Walaupun Anda Score Subjek Geografi, 6 Negara Ini Mungkin Anda Tak Tahu

Dalam 193 (mengikut daftar PBB) negara yang ada di dunia ini, berapa banyak negara yang anda tahu? Kalau anda boleh score dalam subjek Geografi pun, rasanya masih ramai yang tidak dapat senaraikan kesemua 193 buah negara itu. Lebih –lebih lagi negara yang kecil.

Featured Wed, 7 Nov 2018

Lelaki ini Sesak Nafas Lalu Maut 10 Minit Selepas Menerima Rawatan Urut Thai

Eh, Thai massage pun boleh membahayakan sampai begitu sekali?

Featured Mon, 1 Jul 2019