Gaya Hidup By: Ad Ops April 14, 2018 @ 8:00am

Restoran Ini Memasak Steamboat Dengan Teknik Persis Bilik Sauna, Rasanya Memang Unik!

Mencari restoran steamboat yang halal dan sedap di Kuala Lumpur? Apa kata jom try steamboat di Medini’s Barbecue Restaurant.

Steamboat di sini bukan macam biasa-biasa punya tau! Hidangan yang dipanggil “Korean Style Sauna Ramen” ini mempunyai keunikan tersendiri kerana ia bukan dimasak di atas api gas.

Sebaliknya steamboat ini dimasak dalam kuali besar yang diletakkan di atas arang panas. Macam di bilik sauna!

Menurut pemilik restoran ini, teknik ini melahirkan rasa yang jauh berbeza daripada biasa. Menarik!

Foto: Facebook Medini’s Barbecue Restaurant

Steamboat ini didatangkan dengan sup kimchi, salad, kobis Cina, jagung manis, cendawan, terung, lobak merah, pak choi, ketumbar, ramen dan suhun.

Harganya hanya RM19.90 seorang. Gerenti puas makan!

Kalau nak add-on, anda boleh order makanan laut, daging, rice cake, telur, tauhu dan keju, tapi anda perlu bayar extra sikit.

Foto: Facebook Medini’s Barbecue Restaurant

Masak dulu bahan-bahan ini dalam sup dan kemudian cicah dalam sos istimewa seperti sambal dan kicap manis. Fuh!

Selain steamboat ini, Medini juga menawarkan hidangan BBQ serta menu masakan Korea lain yang anda boleh juga cuba.

Tunggu apa lagi? Jom ke Medini!

Ia terletak di 2-G Ground Floor Ukay Boulevard MRR2 Ulu Kelang, Ampang dan dibuka setiap hari dari pukul 12 tengahari hingga 11 malam.

Sumber: Facebook Medini’s Barbecue Restaurant

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Anugerah Mon, 9 Jan 2023

AISHM: Dinobat Ikon Sukan Terbaik, Al-Jufferi Anggap Rezeki Anak Bakal Lahir

Tahniah Jufferi! Sememangnya layak digelar Ikon Sukan!

Featured Fri, 9 Dec 2022

Nasihat Netizen Sabar Tempuhi Dugaan Dunia, Ustaz Wadi Anuar Tekankan Tak Perlu…

Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Anuar menasihati warganet agar bersabar dengan segala ujian hidup di dunia kerana ianya bersifat sementara. @mfazzy BERSABAR SEKEJAP DI DUNIA #dunia #tiktokguru #jombelajar #mfazzy #ustazwadiannuar ♬ Kenangan Terindah X Pilihan Yang […]

Gaya Hidup Wed, 13 Feb 2019
Featured Mon, 12 Nov 2018

Ketahui Logo Halal Dari Seluruh Dunia Yang Diiktiraf Jakim

Teliti dahulu logo halal sebelum membeli!

Featured Tue, 27 Aug 2019

Transformasi luar biasa seni macrame, rotan dan daun kering jadi pilihan mempelai!

Konsep perkahwinan berkonsepkan Boho jadi pilihan pengantin 2019

Gaya Hidup Tue, 12 Nov 2019

Elemen inovasi, ‘sporty’ dan sejarah warnai koleksi terbaharu Onitsuka Tiger

Koleksi pakaian musim bunga dan musim sejuk tahun 2020

Featured Mon, 5 Nov 2018

Jangan Buat Perkara Ini Ketika Berada Dalam Kapal Terbang Kalau Tak Nak Terhempas!

Kerana perbuatan anda, kapal terbang boleh terhempas!

Featured Mon, 11 Nov 2019
Gaya Hidup Fri, 18 Oct 2019

Apakah yang dimaksudkan dengan gangguan narsistik?

Ketahuinya sekarang, mungkin anda salah seorang daripadanya.