Gaya Hidup By: Padin February 15, 2023 @ 7:44pm

Ruang Usahawan Muda Untuk Serlah Potensi… SAY Aspire Tawar Geran, Peluang Buat Pembentangan Di Hadapan Raja Muda Selangor

Kerajaan Selangor menerusi Exco Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail bakal menganjurkan satu program pembangunan Industri Mikro, Kecil dan Sederhana (IMKS) berorientasikan eksport melalui program SAY Aspire.

Program ini dijadualkan bermula Mac sehingga Mei 2023 dan menyasarkan penyertaan 30 usahawan IMKS di Selangor yang bersedia untuk menerokai pasaran global.

Antara kriteria ialah syarikat hendaklah beroperasi di Selangor, pengarah syarikat berumur 18 hingga 40 tahun, tidak diisytiharkan muflis dan tidak disenarai hitam.

Antara manfaat penyertaan ialah kursus latihan eksport, rangkaian kerja bersama agensi kerajaan seperti Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) dan Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank Malaysia), peluang membuat pembentangan di hadapan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan peluang untuk memenangi geran SAY Aspire pada pusingan akhir.

Program ini merupakan kerjasama di antara EXCO Pembangunan Usahawan Selangor dan Selangor Youth Community, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh Raja Muda Selangor untuk membangunkan usahawan belia di persada antarabangsa.

Program tahunan ini bermula sejak 2018 dan telah melahirkan ramai usahawan berjaya seperti Medics-Pet, PopsMalaya dan Innersejuk.

“Kerajaan negeri Selangor berharap agar program seperti SAY Aspire ini bukan sahaja dapat diteruskan malah diperluaskan lagi demi memupuk semangat juang dan daya saing yang tinggi dalam kalangan usahawan IMKS di Selangor agar terus berdaya maju dan kekal berdaya tahan, sekaligus dapat mengharumkan nama Selangor di persada dunia melalui eksport produk buatan tempatan namun setanding kualiti antarabangsa,”

Untuk informasi lanjut, layari laman web www.entrepreneurshipselangor.com.my/sayaspire.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sat, 21 Apr 2018

Diiktiraf Rumah Paling Mahal, Tabiat Tuan Rumah Ini Berbelanja Sangat Menggerunkan!

Misteri rumah paling mahal di dunia iaitu Chateau Louis XIV terbongkar apabila ramai pihak cuba menjejakinya sebelum menemuinya di sempadan utara Perancis berdekatan dengan Versailles.

Featured Mon, 24 May 2021

Kini Berkahwin Dengan Kerabat Brunei, Tengku Amalin Aisyah Putri Pernah Bergelar Majistret

Semenjak mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, YAM Pengiran Muda Abdul Qawi Ibni DYTM Pengiran Hj Mohamed Bolkiah, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Amalin Aisyah Putri dilihat lebih banyak menumpukan masanya terhadap keluarga dan kerjaya.

Featured Tue, 23 Oct 2018

Beradu Sambil Ditemani Haiwan Marin, Bilik Neelofa RM208,000 Satu Malam, Wow!

The Muraka memberikan pengalaman seolah beradu di dalam akuarium!

Gaya Hidup Wed, 24 Jan 2018

11 Cara Atasi Insomnia

Penghidap insomnia atau mereka yang mengalami kesulitan untuk tidur sering kali mengambil pil tidur bagi menyelesaikan masalah. Namun, pengambilan pil tidur haruslah dielak kerana selain menyebabkan ketagihan, ia juga boleh mendatangkan kemudaratan seperti cepat menjadi

Gaya Hidup Mon, 1 Oct 2018

Doktor Ini Kongsi Tindakan Kecemasan Bagi Merawat Sengatan Tebuan

Kelemahan daya ketahanan dan kesan alergi pada mangsa itu sendiri akan mengorbankan nyawanya.

Featured Fri, 23 Dec 2022

Kongsi Video Kemas Bilik Belajar, Ramai Jadikan Intan Najuwa Sebagai Inspirasi

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di TikTok yang menunjukkan pelakon Intan Najuwa sedang mengemas bilik belajarnya. Menerusi hantaran tersebut, Intan sedang mengemas segala buku-buku belajarnya dalam keadaan tersusun. Namun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah

Events Thu, 8 Dec 2022

Lebih Dekat Dengan Arwah Ibu, Sheila Majid Akui Pandemik Covid-19 Beri Hikmah

Penyanyi tersohor, Datuk Sheila Majid memberitahu bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah satu rahmat buatnya kerana dapat meluangkan lebih banyak masa bersama arwah ibu tercinta, Datuk Paduka Saadiah Adam yang meninggal dunia pada 1 Ogos

Featured Fri, 29 May 2020
Gaya Hidup Fri, 12 Apr 2019

| Live TV