Gaya Hidup By: tex_admin September 10, 2018 @ 2:00pm

Saintis Ini Kongsikan Sebab Kenapa Anda Tidak Boleh Duduk Terlalu Lama. Bahaya Rupanya!

Adakah anda menghabiskan setiap hari dengan lebih kerap duduk daripada berdiri? Bagi yang anda yang bekerja di pejabat, pastinya akan duduk 7 hingga 8 jam mengadap komputer. Betul tak?

Tapi, sebenarnya kekerapan anda duduk setiap hari boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri anda? Menurut saintis, Dr. James Levine, hasil kajiannya mendapati, apabila seseorang telah duduk terlalu lama dan kemudian bangun, reaksi molekul berlaku dalam sistem tubuh.

Sebagai contoh, dalam masa 90 saat anda berdiri, fungsi sistem tubuh anda termasuklah sendi dan sistem selular yang bertindak memproses gula dalam darah, kolestrol dan lain-lainnya yang disertai insulin akan aktif secara langsung.

Apabila selular ini aktif, ia akan memberi rangsangan positif kepada sel-sel. Apabila dilakukan dengan kerap, ia boleh mengurangkan risiko menghidap obesiti dan diabetes. Sebab itulah, manusia dilahirkan untuk sentiasa bergerak dan bukannya hanya duduk saja.

Foto: Youtube

Selain itu, jika anda seorang yang suka bermalas-malasan, fungsi dalaman tubuh anda akan semakin lemah (tidak aktif) sekaligus mempercepatkan kematian!

Bukan itu saja, terdapat juga kesan sampingan yang lain kalau anda kerap duduk daripada berjalan ataupun berdiri. Jom kita semak!

1. Masalah penghadaman

Duduk sebaik selepas makan akan memberi tekanan kepada abdomen. Ini akan menyebabkan anda kembung perut, buncit, pedih ulu hati dan sembelit.

2. Kerosakan otak

Bila anda duduk terlalu lama, otak akan berfungsi perlahan. Sebab itu, kita akan mudah berasa mengantuk dan hilang tumpuan. Otak juga tidak dapat sumber darah dan oksigen yang segar semasa anda duduk.

3. Masalah postur badan

Anda akan rasa sakit pada bahagian leher dan bahu. Ini kerana, badan secara automatik akan membengkok ke depan sewaktu duduk terutamanya apabila bekerja dengan komputer. 

Anda juga akan mengalami sakit belakang apabila terlalu kerap duduk. Apabila anda duduk, ia akan menyalurkan lebih tekanan kepada tulang belakang.

Apabila anda kerap duduk, cakera tulang belakang (yang sepatutnya diaktifkan dengan gerakan) menjadi lemah seterusnya tidak dapat menyerap darah dan nutrien.

Foto: Natural living

4. Masalah pinggul

Untuk pengetahuan anda, pinggul adalah bahagian utama yang digunakan sewaktu duduk. Jadi, kekerapan duduk akan menyebabkan bahagian pinggul kaku dan mengeras kerana jarang bergerak. Ini akan membuatkan tulang pinggul menjadi lemah.

Kesimpulannya, tak salah duduk lama, tapi dalam tempoh tersebut anda boleh bangun dam ambil masa 10 minit untuk merenggangkan segala otot. 

Semoga bermanfaat!

Sumber: Wanista & Fitness Mercola 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 31 Oct 2018
Gaya Hidup Thu, 28 Mar 2019

Wanita dari United Kingdom ini tidak boleh merasai kesakitan dan ini sebabnya

Beliau tidak mempunyai kebolehan untuk berasa sakit seperti manusia normal lain.

Gaya Hidup Wed, 18 Mar 2020

Manisnya wajah Puteri Ameerah, cantik persis ibunya Azrinaz

Tampil berhijab, Puteri Ameerah curi perhatian!

Gaya Hidup Sun, 21 Apr 2019
Gaya Hidup Thu, 7 Nov 2019

Coffee Bean & Tea Leaf kumpul RM30,000 bagi pemuliharaan burung enggang

Spesies burung ini diancam oleh pemburuan haram

Gaya Hidup Fri, 19 Oct 2018

Untuk Elak Kereta Calar-Balar Selepas Cuci, Ikuti Tiga Langkah Ini

Teknik pencucian yang salah boleh mengakibatkan masalah yang tidak diingini.

Gaya Hidup Wed, 20 Feb 2019

Kajian terkini dapati hubungan cinta boleh lindungi anda daripada dijangkiti demam selesema

Orang yang dilamun cinta didapati mempunyai sistem imuniti lebih kuat

Featured Wed, 12 Feb 2020
Eat Travel Tue, 21 Apr 2020

Resipi badak berendam unik Catrionna Brian Ross

Pupuk minat anak hargai kuih tradisional