Gaya Hidup By: Ad Ops September 27, 2018 @ 4:00pm

Saksikan Persembahan Koir ‘Voci Vivace’ Oleh The Canticle Singers 6 & 7 Oktober Ini

Tak bosan ke kalau anda tonton persembahan nyanyian yang konsepnya sama saja setiap kali? Terutama sekali nyanyian secara solo.

Dan anda perasan tak? Setiap tahun ada sekurang-kurangnya dua, tiga pertandingan nyanyian realiti yang ditayangkan di kaca TV. Banyak sangat!

Kalau anda dah rasa muak dan teringin nak tukar mood, apa kata anda check out pula persembahan koir oleh The Canticle Singers.

Bagi anda yang tak kenal, kumpulan penyanyi tempatan ini telah mula aktif sejak 25 tahun lalu. Mereka memang patut dipuji kerana semua ahlinya membuat persembahan secara sukarela! Maknanya, mereka tak mendapat bayaran langsung!

Hasil penjualan tiket untuk konsert-konsert mereka akan menampung perbelanjaan untuk kos penganjuran. Selebihnya pula akan disalurkan kepada kebajikan.

Sungguh mulia kan, misi mereka ini? Jika anda menghadiri konsert mereka, anda bukan saja dapat enjoy tapi boleh beramal.

Satu lagi kelebihannya ialah penyanyi-penyanyi ini menyampaikan lagu daripada bermacam-macam genre seperti pop, rock, klasik, jazz dan muzikal, tak kiralah lagu lama atau baru. Ini menjadikannya sebuah kumpulan koir yang lain daripada yang lain.

Voci Vivace

Jika anda berminat, The Canticle Singers akan mengadakan sebuah konsert tak lama lagi, iaitu pada 6 dan 7 Oktober ini di Luther Lead Centre, Mont Kiara.

Konsert ini dinamakan Voci Vivace yang bermaksud bunyi-bunyi riang dalam bahasa Itali. Jadi anda akan berpeluang untuk mendengar lagu-lagu yang pasti menceriakan anda.

Antara lagu-lagu yang akan didendangkan merupakan seleksi daripada karya oleh Alan Menken, Billy Joel, Bill Withers, Cole Porter, Frederick Loewe, George Gershwin, Gioachino Rossini, Greg Gilpin, Johann Sebastian Bach, John Lennon, Lionel Bart, Richard Rodgers, Stephen Sondheim serta Wolfgang Amadeus Mozart.

Penonton juga boleh enjoy lagu tema dari filem Disney Hercules iaitu ‘Go The Distance’; ‘Let It Be’ daripada kumpulan The Beatles, ‘Nothing There To Love’ daripada muzikal Amazing Grace, ‘Lean On Me’ oleh penyanyi soul Bill Withers dan ‘Ce’st Moi’ daripada filem muzikal Camelot.

“Mungkin ada lagu yang penonton tak pernah dengar, tapi kami percaya mereka akan tetap enjoy. Sesetengah lagu pula memang lagu lama, tapi gubahannya telah diubahsuai untuk berbunyi lebih kontemporari,” kata penerbit Voci Vivace, HK Chong.

HK Chong (kiri) dan Chong Kin Kiat

“Kadangkala kami masukkan juga lagu-lagu tema daripada filem Disney yang kami pasti anak-anak muda kenal,” kata co-producer, Chong Kin Kiat.

“Arrangement bagi setiap lagu yang kami ingin persembahkan perlu diubah supaya ia sesuai untuk didendangkan oleh sebuah koir. Ada beberapa ‘lapisan’ suara yang penonton akan dengar,” tambah HK.

Betul! Lagi best kalau macam itu. Itu sebabnya seni koir ini memerlukan lebih banyak usaha untuk dipentaskan. “Ramai orang memilih untuk menyanyi solo kerana ia lebih mudah,” kata Kin Kiat.

Barisan artis

Konsert Voci Vivace akan dipersembahkan oleh penyanyi solo yang terdiri daripada Ang Mei Foong (soprano), Cipriano De Guzman Jr (baritone), Patrick Leong (tenor) dan Crimson Guirjem dari Philippine Ballet Theatre.

Para penyanyi solo akan disokong oleh kumpulan koir seramai 18 orang, iaitu Alain Boey, Esther Wong, Koh Sin Kit, Anatolia Chiam, Goh Yu Shaine, Lau Chuan Jie, Bibiana Ang, Ivan Liew, Radiance Lim, Brian Cheong, Ivy Chan, Samuel Goh, Chong Kin Kiat, Jeffery Chew, Vaness Ching, Chow Eu An, Joanne Poh dan Yeoh Siu Xi.

Penyanyi-penyanyi ini berjumpa dua minggu sekali untuk berlatih, selama 4 bulan sebelum setiap persembahan.

HK berkata latihan mereka sangat intense jadi jika mereka rasa tak boleh keep up atau beri komitmen, dalam bulan pertama lagi mereka dah tarik diri.

“Sebelum datang ke latihan, mereka sepatutnya dah ready untuk nyanyikan bahagian mereka. Waktu latihan adalah masa untuk mencari keharmonian antara semua penyanyi,” kata Kin Kiat. Wah, susah rupanya!

Lagipun, The Canticle Singers selalunya menampilkan gubahan lagu yang kompleks, dan itu sebabnya mereka memerlukan ahli-ahli yang komited dan berdedikasi.

Sementara itu, Mark Anthony Carpio, konduktor untuk Philippine Madrigal Singers yang bertaraf dunia, akan menjadi konduktor tetamu bagi persembahan lagu Ikaw di konsert Voci Vivace pada 7 Oktober.

Jika anda teringin nak tahu bagaimana rupa persembahan The Canticle Singers ini, saksikan video ini:

Ia dirakam daripada konsert mereka pada tahun lepas. Lagu ini bertajuk ‘Fascinating Rhythm’. Menarik, kan?

Bantu orang susah

Jika anda membeli tiket untuk menyaksikan Voci Vivoce, anda akan berpeluang untuk melakukan kerja amal! Ini adalah kerana sebahagian daripada kutipan koleksi tiket ini akan disalurkan kepada Purple Centers Foundation (PCF).

Ia merupakan sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan yang menawarkan pendidikan, nutrisi, penjagaan kesihatan serta perkhidmatan kebajikan kepada kanak-kanak dan keluarga yang tidak bernasib baik.

Target mereka adalah golongan gelandangan yang tinggal di pusat penambakan dan pembuangan sampah serta tanah perkuburan awam di Filipina.

Foto: Facebook Purple Center Foundation

“Ya, mereka bina rumah di atas kubur dengan menggunakan kadbod. Saya dah tengok dengan mata sendiri dan rupanya memang menyedihkan,” kata HK.

“Kanak-kanak ini disuruh mengutip sampah oleh ibu bapa mereka supaya boleh dapat duit, tapi PCF membuka sebuah sekolah dan menggalakkan kanak-kanak ini untuk datang.

“Mereka juga diberi makan dan setiap minggu, mereka akan diberi sebuah beg berisi barang dapur untuk diberikan kepada keluarga mereka.”

Dari tahun lepas, Purple Centers Foundation telah berjaya menghulurkan pertolongan dari segi pendidikan kepada lebih 1,000 orang kanak-kanak berisiko tinggi.

Berminat? Saksikan konsert Voci Vivace pada 6 atau 7 Oktober di Luther Lead Centre, Jalan Duta Kiara, Mont Kiara, Kuala Lumpur. Tiket berharga RM88 dan boleh dibeli melalui ticket2u.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 Jul 2018

Jika Anda Alami Kemurungan, Makan 7 Jenis Bahan Ini Untuk Melawannya

Apa yang anda makan boleh bantu perbaiki mood anda!

Gaya Hidup Sat, 12 May 2018

Kerana Obses, Wanita Ini Hiasi Rupa Dan Rumahnya Serba Pink, Sakit Mata Tengok!

Pakaian, perabot, kereta serta rumah, semuanya bewarna pink! Anjingnya pun diwarnakan!

Gaya Hidup Mon, 27 Aug 2018

Lindungi Diri & Keluarga Anda Dengan Rangkaian Follow Me Anti-Bakteria

Formulasi rangkaian anti-bakteria baharu Follow Me beri pengalaman mandian yang lebih baik.

Gaya Hidup Sun, 24 Jun 2018

Jenis Makanan Baik Untuk Perkembangan Otak Dan Paling Penting Tak Membosankan

Makanan memenuhi keperluan fizikal manusia agar tubuh badan dapat berfungsi dengan baik.

Featured Fri, 9 Dec 2022

Dedahkan Rahsia Disukai Ramai, Ustaz Abdullah Khairi Tegaskan Bacalah…

Pendakwah bebas, Ustaz Abdullah Khairi tular di media sosial kerana berkongsi tip untuk disukai dan disenangi oleh orang ramai. @ciknurul06 Amalan mengelakkan permusuhan #ceramah #ceramahpendek #selfreminder #ustazabdullahkhairi #fyp #fypシ ♬ original sound – ciknurul06 Perkongsian […]

Gaya Hidup Fri, 15 Jun 2018

Dah Guna Deodoran, Tapi Ketiak Masih Basah? Amalkan 4 Cara Ini

Jangan biarkan diri anda malu dengan keadaan ketiak yang sentiasa basah!

Featured Sun, 4 Aug 2019

Siapa yang belum mulakan ‘tabung warna,’ jom lakukan segera!

Selepas beberapa bulan, anda boleh jatuh pengsan melihat banyaknya duit anda!

Featured Sat, 12 May 2018

Jangan Makan 5 Makanan Ini Secara Mentah. No.3 Itu Yang Selalu Anda Makan!

Jangan fikir bahan masakan yang mentah boleh dimakan sesuka hati ya! Bahaya sebenarnya.

Gaya Hidup Wed, 23 Jan 2019

Pelukis ini menggunakan cawan Starbucks untuk menghasilkan seni kartun menarik!

Bintangnya ialah watak duyung yang sinonim dengan jenama kedai kopi ini.