Gaya Hidup By: Ad Ops October 29, 2019 @ 4:17pm

Sarung telefon canggih ini mirip kulit manusia, cubit untuk kawal ‘gadget’ anda

Semakin moden dunia hari ini, semakin ramai orang tampil dengan idea yang bukan-bukan. Anda setuju atau tidak?

Kebanyakan idea ini sememangnya membawa kebaikan kepada hidup manusia, tetapi ada juga idea yang langsung tidak diperlukan.

Sebagai contoh, baru-baru ini sekumpulan saintis di Perancis mereka cipta sesuatu yang betul-betul luar biasa: sarung telefon pintar yang boleh mengawal gajetnya berdasarkan sentuhan manusia.

Bunyinya menarik, bukan? Ini bermakna penggunaan peranti mudah alih pada masa akan datang akan jadi lebih mudah.

Tetapi yang peliknya, dari segi rupa bentuknya, pencipta benda ini memilih untuk mengambil inspirasi daripada kulit manusia sebenar!

Lihatlah teksturnya; seolah-olah sekeping daging manusia sekali dengan kulitnya ditampalkan pada telefon anda. Realistik tetapi menggelikan!

Sumber: Mark Teyssier

Interface sarung telefon ini, yang digelar Skin-On, ialah hasil reka cipta seorang pelajar PhD, Marc Teyssier dari Perancis. Ia boleh digunakan pada peranti mudah alih, peranti yang boleh dipakai serta pad sentuhan.

Bagaimanapun, ia bukan sekadar rupa sahaja. Di bawah kulit tiruan ini terdapat elemen-elemen teknologi yang boleh mengawal operasi alat anda.

Jadi untuk menggunakan peranti anda menerusi sarung telefon ini, anda perlu cubit, geletek atau pukul permukaannya. Ia mampu mengesan dan menterjemah pelbagai isyarat jari.

Contohnya, tindakan memukulnya menunjukkan rasa marah, manakala tindakan mencubit menandakan pengguna alat ini sedang rasa kecewa.

Jika seseorang menggeletek aksesori ini, isyarat dalam bentuk emoji orang ketawa akan disampaikan ke telefonnya. Jika anda mencubit dan memulas ‘daging’ pada sarung ini, anda boleh meninggikan kelantangan bunyi gajet anda.

Tontonlah video ini untuk melihat apa yang sarung ini boleh buat. Geli tetapi menarik!

“Apabila kita bercakap dengan seseorang secara bersemuka, kadangkala kita gunakan sentuhan untuk meluahkan emosi dan secara umumnya memperkayakan lagi perbualan itu.

“Memandangkan pada masa kini komunikasi pengantaraan dilaksanakan menerusi peranti, komunikasi dari segi sentuhan pula semakin hilang,” kata Marc, menurut Cnet.

Skin-On datang dalam dua versi, iaitu versi ‘Simple’ dan ‘Ultrarealistic.’ Tetapi buat masa ini, ia hanya sebuah prototaip.

Ternyata ciptaan sarung telefon ini mendekatkan lagi jurang di antara anda dan telefon pintar anda. Jika Skin-On berada di pasaran, adakah anda berminat membelinya?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 Oct 2021

Dah Suntik 2 Dos Vaksin, Melancong Pun Dah Dibenarkan… Negara Mana Yang Kita Boleh Pergi Ni?

Berikutan dengan pengumuman kebenaran rentas negeri, melancong dalam dan luar negara telah dibenarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bermula Isnin, pasti ramai yang tak sabar nak pergi menggunakan peluang tersebut. Nanti dulu! […]

Gaya Hidup Tue, 11 Jun 2019
Featured Tue, 11 Dec 2018

Bukan Manusia Saja Boleh Melengahkan Penuaan Kulit Wajah, Malah Buah Juga Ya!

Kesegaran buah dapat dipanjangkan sehingga 14 hari dengan pelekat StixFresh.

Gaya Hidup Sun, 21 Jan 2018

5 Cara Elak Stress Dengan Berkesan

Mengelak belenggu stress lagi mudah berbanding mengendalikannya. Tak semestinya perlu berbelanja ribuan ringgit untuk satu pakej staycation di pinggir kota, atau sesi spa berjenama popular.

Gaya Hidup Sat, 14 Apr 2018

7 Tips Supaya Suami Sentiasa Rindukan Isteri. Anda Wajib Amalkan!

Sebelum suami bosan dengan perangai isteri lebih baik kita cepat berubah dan bertindak!

Acara Fri, 19 Jul 2019

Nak menang telefon? Jom sertai cabaran Dare To Leap

Realme anjur aktiviti esktrem sempena pelancaran slogan baharu

Gaya Hidup Fri, 20 Dec 2019

9 cara mudah untuk buat majikan dan rakan sekerja sukakan anda

Setakat skil sahaja tidak mencukupi untuk menjadi pekerja yang bagus.

Gaya Hidup Tue, 26 Mar 2019

Ini risikonya jika anda tidak mencabut selumbar yang tertusuk pada kulit

Jangan pandang remeh walaupun selumbar kecil sahaja.

Acara Wed, 13 Nov 2019

Starbucks Malaysia perkenal 3 perisa istimewa sempena perayaan

Penggemar kopi jangan terlepas peluang cuba kopi enak!

Featured Mon, 3 Dec 2018