Gaya Hidup By: Nani Ramlee February 7, 2018 @ 11:09am

Sayangi Miss V

Majoriti kaum Hawa di luar sana terlalu ghairah dalam menjaga kecantikan wajah dan tubuh badan sehingga lupa tentang pentingnya menjaga aset yang sangat penting bagi mereka iaitu vagina. Mengambil ringan tentang penjagaan kesihatan dan kebersihan Miss V boleh mendatangkan pelbagai risiko penyakit seperti masalah keputihan, penyakit kelamin seperti Aids, Herpes, Hepatitis B dan Gonorrhoea serta kanser pangkal rahim.

Bagi yang sudah berkahwin, ia juga boleh menjejaskan hubungan seks sehingga boleh menimbulkan konflik antara suami dan isteri. Malah, jangkitan kuman juga mungkin boleh merosakkan sistem peranakan serta menyebabkan saluran fallopio tersumbat sekaligus menyukarkan seseorang itu mendapat zuriat. Justeru, usah pandang ringan tentang penjagaan mahkota anda jika tidak mahu menyesal di kemudian hari. Berikut merupakan beberapa info dan panduan yang mungkin berguna untuk memastikan Miss V anda terpelihara. Check it out!

Penjagaan luaran

1.Cuci bahagian luar Miss V menggunakan air bersih. Elakkan penggunaan tisu basah kerana ia dikhuatiri boleh menyebabkan jangkitan kuman pada Miss V.

2. Gunakan seluar dalam yang bersih, selesa dan daripada material kain kapas. Ingat, keringkan dahulu Miss V sebelum memakai seluar dalam.

3. Elakkan penggunaan sabun untuk membersihkan Miss V kerana ia boleh menyebabkan kekeringan dan iritasi pada kulit.

4. Bagi mereka yang sudah berkahwin, bersihkan Miss V sebelum dan selepas bersama pasangan. Amalkan buang air kecil selepas setengah jam bersama untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing.

5. Tukar tuala wanita sekerap mungkin ketika haid bagi mencegah pembiakan kuman. Ini kerana darah merupakan medium yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi yang menggunakan panty liner, tukar lebih kerap untuk memberi udara yang bersih kepada Miss V.

6. Kebersihan alat pencukur perlu dititikberatkan kerana bisul juga boleh terjadi pada wanita yang gemar bercukur.

7. Elakkan penggunaan produk haruman seperti bedak dan pewangi pada Miss V. Ini kerana keseimbangan pH dalam Miss V sangat sensitif.

8. Ada juga segelintir wanita berasa lebih selesa apabila membersih dan merawat Miss V dengan produk yang berada di pasaran. Namun, gunalah bahan pencuci yang tidak alergik, tidak mengubah pH faraj dan telah diuji kebersihannya.

Penjagaan dalaman

1. Amalkan diet yang seimbang. Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran.

2. Elakkan terlalu banyak pengambilan makanan bergoreng dan berlemak.

3. Kurangkan pengambilan gula dan kafein secara berlebihan.

4. Ambil suplemen yang sesuai untuk wanita dan yang penting, dapatkan saranan doktor terlebih dahulu.

5. Amalkan pengambilan yogurt tanpa perisa setiap hari supaya mendapat bakteria yang baik untuk menjaga anda.

Sumber: Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di:

Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid

AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 25 Jan 2019

Lelaki ini membeli ikan tuna pada harga RM12. 74 juta, anda mampu?

Baik beli empat buah rumah banglo daripada makan ikan tuna! 

Featured Wed, 7 Nov 2018

Lelaki ini Sesak Nafas Lalu Maut 10 Minit Selepas Menerima Rawatan Urut Thai

Eh, Thai massage pun boleh membahayakan sampai begitu sekali?

Featured Mon, 19 Aug 2019

Melukis dengan kopi pekat, hasilnya mengagumkan

Aroma kopi buat diri rasa tenang, cubalah!

Featured Fri, 1 May 2020

Kerajaan laksana PKPB mulai 4 Mei 2020

Langkah diharap dapat imbangi ekonomi negara

Featured Sat, 3 Nov 2018

Kafe Starbucks Pertama Berkonsepkan Kontena Ini Memang Cool Habis!

Hualien Bay Mall Starbucks ini mengenengahkan 29 kontena.

Gaya Hidup Fri, 5 Oct 2018

Teh Untuk Golongan “Have-Have”, Harga Segram Lebih Mahal Daripada Emas!

Patutlah harganya mahal, ianya terdapat di kawasan pergunungan sekitar bandar Wuyishan di China.

Gaya Hidup Thu, 15 Feb 2018

Walaupun Anda Score Subjek Geografi, 6 Negara Ini Mungkin Anda Tak Tahu

Dalam 193 (mengikut daftar PBB) negara yang ada di dunia ini, berapa banyak negara yang anda tahu? Kalau anda boleh score dalam subjek Geografi pun, rasanya masih ramai yang tidak dapat senaraikan kesemua 193 buah negara itu. Lebih –lebih lagi negara yang kecil.

Featured Sun, 8 Mar 2020
Featured Fri, 3 Apr 2020

7 sebab Huawei MatePad Pro perlu dimiliki

Tablet baharu memudahkan kerja dari rumah

Featured Wed, 5 Sep 2018

5 Kesan Buruk Jika Anda Kerap Tengok Handphone Sebelum Tidur

Telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis cahaya biru yang boleh merosakkan mata.

| Live TV