Gaya Hidup By: Ad Ops April 11, 2018 @ 12:53pm

Sebenarnya Berapa Kerap Patut Anda Cuci Seluar Jeans Anda? Ini Jawapannya

Sebelum ini sudah ada banyak perbincangan tentang bila sebenarnya kita kena basuh seluar jeans. Selepas dua kali pakai atau 4 kali? Ada yang kata lepas 90 kali, baru basuh!

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat jeans denim ternama Levi’s, Chip Bergh berkata anda tak perlu cuci jeans anda dalam mesin basuh. Alasannya, anda akan dapat jimat air, dan supaya jeans itu tahan lebih lama.

Walau bagaimanapun, sains pula telah menunjukkan bahawa anda perlu cuci setiap 4 ke 6 hari.

Foto: NBC

Jadi yang mana yang betul? Jawapannya ialah di tengah-tengah.

Selepas sekali pakai, jeans anda akan dilitupi dengan mikrob seperti bakteria, sel kulit, minyak badan asli serta kotoran atau habuk dari persekitaran anda. Kalau anda duduk di atas permukaan kotor, gerenti kotoran itu akan melekat.

Foto: Facebook Levi’s

Kebanyakan mikrob ini tak merbahaya, jadi tak membasuh jeans anda takkan membahayakan kesihatan.

Tapi isunya sekarang ialah bau. Takkanlah anda tak nak basuh kalau jeans anda dah berbau tengik?

Chip dan syarikat pakaian denim lain mengesyorkan untuk meletakkan jeans di dalam freezer, kerana bakteria dipercayai tidak boleh hidup di dalam suhu sejuk beku.

Malangnya freezer di rumah anda tak cukup kuat untuk membunuh bakteria di jeans anda, dan ia semestinya takkan dapat menghilangkan kesan minyak dan sel kulit mati yang terperangkap di celah-celah seluar anda.

Chip berkata dia hanya mencuci jeansnya dengan tangan, tapi teknik ini tak cukup untuk betul-betul menyingkirkan kotoran pada permukaannya. Seluar jeans bukannya macam pakaian dalaman lembut dan delicate yang anda tak boleh cuci dalam mesin basuh. Kena gosok kuat-kuat baru bersih.

Jadi setelah menilai semua point-point di atas, anda rasa berapa kerap perlu anda cuci jeans anda?

Foto: Facebook Levi’s

Kalau anda pentingkan kebersihan, cucilah bila anda rasa perlu. Tapi betul juga kata Chip. Lagi kerap anda cuci, lagi cepat warna kain denim anda akan luntur. Tak apa, jeans lusuh pun masih cantik.

Kalau anda risau warnanya akan turun, terbalikkan seluar anda, baru cuci. 

Kalau anda sayangkan kualiti jeans anda, cuci apabila ia dah mula berbau. Tapi kalau air kopi tertumpah ke atas kain denim itu, janganlah biarkan je!

Sumber: Business Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 4 Jul 2019

Figura Julai 2019: Hawa Rizwana, Wajah Pelaris TV3.

Hawa merupakan penyampai berita termuda di TV3!

Featured Fri, 3 Aug 2018
Featured Thu, 16 May 2019

Keliru waktu berbuka puasa dan imsak ketika dalam penerbangan? Ini panduannya

Bagi anda yang kaki jalan, info ini untuk anda hadam!

Featured Fri, 15 Mar 2019
Gaya Hidup Wed, 21 Mar 2018

Tips Penting Untuk Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Sindrom Down. You Can Do It!

Anda dikurniakan dengan anak yang ada Down Syndrome? Jangan bersedih! It’s not the end of the world!

Gaya Hidup Wed, 15 May 2019

4 bahan dalam penjagaan wajah yang perlu anda elakkan! Ini sebabnya

Keempat-empatnya berpotensi merosakkan alam sekitar.

Featured Mon, 18 May 2020

Kerajaan mungkin kuat kuasa larangan keluar bagi kanak-kanak

Elak golongan berisiko terdedah pada COVID-19

Featured Wed, 15 Sep 2021

Saya Pernah Berkata Kepada Tuhan, ‘Bawalah Saya Pulang’- Ras Adiba Dedah Detik Sukar Bergelar OKU

Senator Datuk Ras Adiba Radzi cukup dikenali sebagai figura terkemuka dalam bidang penyiaran dan kini, beliau merupakan Ahli Dewan Negara mewakili orang kurang upaya (OKU). Sejak disahkan lumpuh separuh badan pada tahun 2002, bekas personaliti […]

Gaya Hidup Wed, 8 Aug 2018

5 Tip Untuk Mencegah Uban Di Kepala. Baru Sentiasa Nampak Muda!

Jangan biar rambut beruban burukkan penampilan anda!