Gaya Hidup By: Shaidah Shafie December 3, 2019 @ 10:49am

Seni Meraikan Tetamu Jadikan Anda Tuan Rumah Disenangi

Semua orang boleh mengadakan majlis, tapi boleh jadi juga tidak semua mampu mengendalikan majlis yang diadakan dengan baik kerana mungkin ada antara tetamu berasa tidak puas hati lantaran tidak dilayan sewajarnya.

Sehubungan itu untuk menganjurkan majlis atau dalam erti kata lain disebut sebagai tuan rumah atau penganjur majlis yang disenangi semua undangan, perlu ada pengetahuan serta tatacara bagaimana mahu memastikan majlis yang dianjurkan berjalan lancar serta berupaya meninggalkan ingatan menyenangkan terhadap setiap tetamu.

“Alang-alang mengadakan jamuan biar berbekas dan meningalkan kenangan manis di hati tetamu.” – Raja Ferin Raja Azman. Foto: Devotion Malaysia Life Event

Perunding majlis  yang juga pengasas Devotion Malaysia Life Event, Raja Ferin Raja Azman, berkata seni meraikan tetamu bukan perkara baru dalam penganjuran sesuatu majlis, namun ramai yang tidak mengamalkannya kerana stigma masyarakat yang ada kalanya memandang mudah akan sesuatu undangan.

“Adalah penting menghantar undangan secara peribadi dan tidak menjemput secara umum di dalam kumpulan mesej pesanan ringkas atau menghantar emel secara pukal kerana di sini juga orang boleh menilai kesungguhan kita menjemput tetamu.

“Sama ada undangan yang dijemput adalah ramai, ini bukan alasan untuk kita menjemput secara umum kerana kelebihannya jika menjemput secara peribadi, sebagai penganjur kita sudah boleh mengira berapa ramai yang akan hadir,” katanya ketika ditemui di Sepang, baru-baru ini.

Raja Ferin berpengalaman luas dan memperoleh kemahiran serta pengetahuan dalam biang ini ketika menetap di luar negara kerana banyak mengendalikan tetamu asing dan tempatan lantaran tuntutan kerja, malah dengan kombinasi pengalaman sebagai Pengarah Jualan di Carcosa Seri Negara dan Pegawai Meet and Greet Shell ketika di Doha, disiplin ini menjadi begitu mudah bagi beliau. 

Katanya, memang menjadi gaya hidup masyarakat di Malaysia menganjurkan majlis dengan jemputan yang ramai, namun pada masa sama penganjur perlu memastikan tetamu yang dijemput berasa diraikan.

“Anjurkan majlis yang tidak ramai jemputannya tapi meninggalkan kesan di hati tetamu, jadi wujudkan senarai semak supaya majlis berkenaan berjalan sempurna.

“Antara yang perlu dilakukan ialah berapa ramai yang ingin dijemput, makanan yang hendak dihidangkan sama ada menu Barat atau tempatan dan makan di meja atau bersila. Perkara ini kelihatan remeh, tapi membawa makna besar bagi sesuatu perjalanan majlis,” katanya.

Senario lazim dalam sesuatu majlis, penganjur atau tuan rumah sibuk di dapur menyediakan keperluan tetamu sedangkan sebagai tuan rumah, mereka perlu melayan tetamu yang hadir dan tidak meninggalkan majlis sama ada menghilang ke dapur atau hanya bertumpu pada satu meja undangan sahaja.

Tetamu tepati atur cara

Begitu juga apabila tuan rumah menetapkan majlis berlangsung dalam tempoh masa tertentu dan ia tertera pada kad jemputan, adalah lebih baik tetamu mengikuti apa yang ditetapkan sebagai menghormati undangan.

Kuih muih tradisional seperti bingka jagung,  kuih bakar bijan dan kuih lapis menyuntik kemeriahan untuk sarapan pagi atau minum minum petang. Foto: Devotion Malaysia Life Event

“Sebagai penganjur juga, elakkan bercakap atau bercerita mengenai diri sendiri dan lakukan sedikit penyelidikan mengenai tetamu yang diundang untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.

“Umpamanya mengenai status undangan, adakah mereka berkahwin dan mempunyai cahaya mata, apa pekerjaannya dan jangan menyentuh mengenai agama kerana ia mungkin tidak disenangi sesetengah pihak,” katanya.

Raja Ferin berkata, perancangan awal penting bagi memastikan majlis diadakan berjalan sempurna dan menyenangkan hati semua pihak terutama tetamu yang diundang mahupun pengajur sendiri.

Hidangan tempatan termasuk ulam-ulaman antara menu yang membangkitkan selera dalam sesuatu majlis jamuan. Foto: Devotion Malaysia Life Event

Katanya, jika penganjur memilih menyediakan hidangan ala Barat, pastikan sudu, garfu dan pisau disusun atur mengiku etika yang sepatutnya dan jika memilih hidangan Timur yang memerlukan tetamu bersila, sediakan bekas khusus untuk membasuh tangan.

“Tiada masalah sama ada kita ingin menyediakan hidangan Barat atau tempatan, tapi sebaik-baiknya utamakan keselesaan tetamu.

“Meskipun namapak remeh, perlu untuk kita mengamalkan etika menghadiri majlis yang betul agar memudahkan urusan kedua pihak,” katanya.

Raja Ferin turut berkongsi lima panduan mudah mengenai bagaimana menceriakan majlis.

5 panduan mudah untuk ceriakan majlis:

Aktiviti bermain congkak juga boleh menceriakan majlis yang dianjurkan. Foto: Devotion Malaysia Life Event.

  1. Adakan permainan ringkas seperti congkak atau mewarna dan melukis sekiranya ada kanak-kanak di majlis berkenaan
  2. Sediakan aktiviti selesa umpamanya membuat lukisan henna 
  3. Adakan acara cabutan bertuah
  4. Pasangkan muzik bersifat universal supaya suasana tidak sunyi dan suram
  5. Jika ingin menyediakan cenderahati, pasikan semuanya sama supaya tidak ada tetamu yang berasa dibeza-bezakan

Bagi anda yang berminat mempelajari Seni Meraikan Tetamu, Raja Ferin menganjurkan bengkel berkenaan bermula pertengahan Januari 2020, jam 9.30 pagi hingga 5 petang di Kuala Lumpur dan bayarannya ialah RM220, namun bagi individu yang mendaftar sebelum 31 Disember, dikenakan harga istimewa iaitu RM180 sahaja.

Sebarang maklumat lanjut mengenai bengkel ini, hubungi Raja Ferin menerusi emel [email protected] atau ikuti media sosial www.instagram.con/devotionlifevent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 22 Mar 2018

Resepi Air Jagung Kaw, Minum Segelas Gerenti Ketagih

Tambahan pula kalau dapat yang pekat melekat kaw, fuhh..memang ketagih la.

Gaya Hidup Tue, 13 Mar 2018

Ini 4 Sebab Kenapa Nyamuk Suka Serang Anda Berbanding Orang Lain

Pernah tak anda perasan? Kadang-kadang nyamuk suka attack orang-orang tertentu je. Orang lain tak pula kena gigit!

Featured Mon, 24 Feb 2020
Featured Sun, 8 Mar 2020
Gaya Hidup Fri, 12 Apr 2019
Featured Fri, 17 Apr 2020

Keselamatan dan kesihatan murid lebih utama, Peperiksaan UPKK turut dibatalkan

Satu kaedah pentaksiran baharu akan diperkenalkan

Featured Wed, 15 Apr 2020

UPSR dan PT3 dibatalkan, SPM, SVM dan STAM ditunda ke suku pertama 2021

Sesi persekolahan hanya dibuka apabila selamat

Gaya Hidup Sun, 6 Jan 2019