Gaya Hidup By: Yanie Baharom April 13, 2018 @ 6:27pm

Seronoknya Bila Diberi Diskaun Gila-Gila, Ini 10 Tips Gerenti Dapat Harga Durian Runtuh

Sikap segelintir individu, selagi boleh melakukan tawar-menawar serendah harga yang mungkin, itulah yang mereka akan lakukan.

Ia bagai satu kepuasan bagi mereka. Bagaimanapun konsep tawar-menawar biasanya tidak membabitkan pusat membeli-belah utama dan hanya boleh dilakukan di Flea Market, Pasar Karat, Night Market, Free Market termasuk  lokasi tarikan pelancong di serata dunia yang menjual pelbagai cenderahati sebagai ole-ole buat keluarga dan teman-teman.

Bagaimanapun taktik tawar-menawar yang dilakukan, harus guna pakai pendekatan secara hemah kerana jika tidak anda boleh mengundang rasa ketidakpuasan hati peniaga.

Pernah dengarkan ada pengunjung di Petaling Street dimarahi peniaga kerana selepas menawar gila-gila untuk mendapatkan serendah harga yang diinginkan dan setelah diberi, tidak jadi pula membeli. Apalagi mengamuklah si peniaga tadi!

Foto : iodonna.it

Justeru, harus hati-hati bila melakukan tawar-menawar dan pastikan beli barangan yang ditawar atau anda menerima akibat seperti yang disebutkan. Hijab & Heels ingin berkongsi tips bagaimana anda boleh melakukan tawar-menawar.

1. Jika anda tidak merancang untuk membeli sesuatu barangan itu, sebaiknya jangan malakukan tawar-menawar kerana anda akan membuang masa anda sekaligus peniaga.

2. Teliti harga barangan yang dijual peniaga lain kemudian buat perbandingan harga. Selepas menemukan barangan yang sama dengan harga yang jauh lebih rendah, barulah membeli barangan yang  diinginkan daripada peniaga yang memberikan anda harga durian runtuh!

3. Buat peruntukan bajet terlebih dulu sebelum melangkah masuk ke kedai cenderahati untuk memastikan anda tidak ‘over spending’. Bahaya okay kalau tidak mengawal perbelanjaan apatah lagi ketika melancong, bimbang tidak boleh pulang kerana tidak cukup duit atau poket kering setelah hari ke-2 walhal banyak lagi tempat belum sempat dikunjungi. Untuk tujuan ini pastikan juga anda dalam keadaan tenang semasa melakukan tawar-menawar. Masa inilah nak guna pakai ayat manis.

Foto : click2gothailand.com

4. Sebelum tiba di lokasi membeli-belah, semak senarai harga terlebih dulu di internet supaya anda tidak ditipu dan boleh melakukan tawar-menawar dengan harga logik akal.

5. Katakan harga sepasang kemaja-T berharga RM10, anda disaran terus meminta diskaun 50% dari peniaga. Sekiranya ingin membeli secara pukal minta terus 5 helai kemeja-T untuk harga RM20 atau 6 helai untuk harga sama.

6. Jika peniaga memaklumkan dia sudah memberikan harga terlalu murah buat anda sehingga membuatkan anda berasa malu, disarankan jangan panik. Rileks dan teruskan menawar malah buat muka kesian supaya peniaga tahu anda sungguh-sungguh mahu membeli barangan yang dijualnya.

7. Tetapkan pendirian anda untuk mendapatkan harga yang anda inginkan mengikut logik sesuatu barangan yang ingin dibeli. Jika peniaga sombong dan enggan memberikan diskaun sebagaimana diminta, beredar saja dari situ.

Foto : youngisthan.in

8. Jika anda benar-benar menyukai sesuatu barangan, yang mana ianya tidak dijual di tempat lain, beli saja walaupun diskaun yang diberikan cuma sedikit. Ini kerana bimbang kerana terlalu mahukan harga murah, anda akan membazirkan banyak masa dan akhirnya menyesal kerana tidak sempat membeli.

9. Hal yang satu ini amatlah sensitif bagi para peniaga yakni membandingkan harga barangan mereka dengan penjual yang lain. Kalau perbezaan harga cuma beberapa sen atau seringgit dua, tak perlulah sampai menyebutnya di hadapan peniaga lain. Malah sekiranya teman anda membeli barangan yang sama tetapi dengan harga sedikit murah, sebaiknya anda redha saja asalkan harga yang dibayar anda itu tidaklah membebankan anda.

10. Terakhir, persiapkan diri anda untuk menjadi tarikan peniaga. Bukan diminta pakai seksi tetapi membuatkan mereka tertarik menjadikan anda pelanggan mereka. Kalau mereka terdesak untuk menjual barangan mereka dan kebetulan pula suka dengan penampilan anda, pasti anda berjaya peroleh diskaun yang anda inginkan.

Foto : turkishtourism.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 18 Mar 2020

Manisnya wajah Puteri Ameerah, cantik persis ibunya Azrinaz

Tampil berhijab, Puteri Ameerah curi perhatian!

Gaya Hidup Sat, 27 Oct 2018
Featured Wed, 10 Jan 2018

8 Makanan Zero Kalori Untuk Diet

Pernah dengar tentang makanan zero kalori? Jika anda seorang diet junkie, pasti tahu apa yang dimaksudkan dengan makanan zero kalori. Sebenarnya makanan zero kalori ini bukanlah tidak mengandungi kalori sama sekali, tetapi makanan itu mengandungi […]

Featured Mon, 8 Jan 2018

7 Kesilapan Semasa Mencuci Rambut Yang Anda Selalu Lakukan

“Eh apasal rambut aku masih kasar dan gatal, padahal baru sahaja basuh dan syampu malam tadi? Masuk ni dah banyak kali tukar syampu tapi masih tak jumpa yang sesuai. Tak tahulah ni masalah syampu atau […]

Featured Mon, 17 Sep 2018

Lingkaran Gelap Bawah Mata Bukan Saja Disebabkan Kurang Tidur, Tapi Juga Faktor Ini!

Jika anda selalu terdedah kepada sinaran matahari, ia akan menarik pigmentasi permukaan kulit dan membuatkan lingkaran hitam pada bawah mata!

Gaya Hidup Tue, 17 Apr 2018

Ini Resipi Mudah Untuk Biskut Oat Coklat, Tak Perlu Bakar Dalam Oven!

Bukan kek saja yang anda boleh buat tanpa menggunakan ketuhar, ya. Biskut pun boleh!

Events Thu, 8 Dec 2022

Lebih Dekat Dengan Arwah Ibu, Sheila Majid Akui Pandemik Covid-19 Beri Hikmah

Penyanyi tersohor, Datuk Sheila Majid memberitahu bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah satu rahmat buatnya kerana dapat meluangkan lebih banyak masa bersama arwah ibu tercinta, Datuk Paduka Saadiah Adam yang meninggal dunia pada 1 Ogos […]

Gaya Hidup Tue, 19 Jun 2018

Saya Bangga Dan Bersyukur Dengan Kulit Melayu Saya – Nabila Huda

Nabila berpendapat wanita tidak seharusnya obses menjadi putih. Sebaliknya cukup sekadar memilih kulit yang bersih dan sihat.

Gaya Hidup Sat, 13 Oct 2018

Wanita Ini Dipenjara 3 Bulan Kerana Periksa Telefon Bimbit Suami!

Biar betul kena penjara sebab check telefon bimbit suami?